Senin, 31 Oktober 2011

Terkini : Bon Bangi 26.11.2011

Terkini : Bon Bangi Selangor

Tarikh ": 26hb Nov 2011

Nota : Maklumat terkini dari beberapa sumber memberitahu editor bahawa masih belum dapat dipastikan samada Bon ini dapat dijalankan.
Sebarang maklumat akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Sekian. Terima kasih

Editor Blog Serama Malaysia

Koleksi Abg Jan (Pok Jang)









Roti UFO..... Haishhhh :(

Assalamualaikum & salam sejahtera


Pagi semalam, berkenan dengan roti UFO yang dibuat Kak Ros. Adik beradik dengan Mexican Bun, cuma yang ni xde inti. Cheq sue terus mark resepi, memang nak cuba, tambahan pulak kuantitinya yang sedikit. Xde la susah sangat nak habiskan nanti. So balik petangnya, cheq sue pun sediakanlah bahan2 dan campak aje dalam BM...

Nak diceritakan, tengah2 BM dok uli tu, ada la sekali dua pi tengok. Mmmm nampak macam tak naik aje dohnya. Agaknya sebab cheq sue bubuh telur sebiji tak? Malas pulak nak timbang. Kalau  guna separuh aje, camana yang separuh lagi tu.... Inilah agaknya sebab derhaka pada resepi, dah jadi vantat roti UFO ku...


Okey...xpelah, abaikan aje roti yang segan x segan nak naik tu. Dah buat, kena la teruskan. Untuk toppingnya tu cheq sue agak2 ajelah, mood pun dah ke laut sebab roti x jadi. Kira2 jadi ke x jadi jalan ajelah...nak buang sayang... Bila dah bakar tu, naik jugak lah setengah kali ganda. Dengan toppingnya yang dah meleleh-leleh sampai ke dulang. Bau sedap sebab cheq sue bubuh nescaffe. Memang semerbak. Bila dah masak tu...tengok2 bahagian bawah pulak terhangit. Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kalau x hangit sedap jugak. Bila makan tang roti dengan toppingnya memang sedap, tapi x sanggup nak gigit bahagian bawahnya. Sakit gigi!

Begitulah resam bila memasak ni, terimalah kenyataan sekiranya apa yang dicuba tidak memuaskan hati. Alhamdulillah bila menjadi. Kat dalam blog ni, jangan nak tunjuk yang elok2 aje...yang tak elok tu tunjuk jugak sebagai pengajaran masa depan. Cheq sue x link kan resepi kat sini, next time cuba baru kita masukkan. Kak Ros, nampaknya pasni kena buat balik roti ni...memang tak puashati betul.....

Ikan Bawal Masak Kuali

Assalamualaikum & salam sejahtera

Dah kol 6, kira halal la ye masukkan n3 ikan bawal ni. Masak tadi untuk lunch merangkap dinner. Alhamdulillah dah kenyang pun rasanya. Cerita tentang ikan bawal masak kuali ni, memang unik rasanya. Tak tahu la pulak kenapa dinamakan begitu, padahal memang memasaknya menggunakan kuali pun... Agaknya ada kisahnya sendiri kot.  Kalau dilihat resepi asalnya menggunakan ikan kembung, tapi boleh saja ditukar kepada ikan2 yang disukai. Cheq sue ni kebetulan ada ikan bawal...memang kena sungguh. Istimewanya kalau guna ikan bawal ni, bila digoreng sedikit garing, semua boleh makan kecuali tulang belakangnya itu saja... Percaya tak???

Nak dijadikan cerita pulak waktu salin resepi ni, terlepas pandang si halba, jadi x la cheq sue masukkan. Asam jawa tu pulak agak terlebih, dah jadi sedikit masam pulak. Tapi bila dimakan dengan nasi + kangkung goreng belacan, mmmmmmmm sedap aje lalu kot tekak ni. Masalah betul kalau resepi yang disalin ni...mesti ada miss apa-apa. Cicip pulak rempahnya dengan salad butterhead tu... sedar2 dah habis pun sepinggan


Kalau tengok ke laporannya di MyR tu memang dah ramai yang cuba. Cuma yang cheq sue ni xde la jadi merah sgt sosnya, tenggelam dek kuning kunyit barangkali. Cili giling yang digunakan pulak x berapa merah. Pastu cheq sue pun x ikut sukatan bahan2 ni, agak2 ajelah sebab ikan pun saiz sedang2 saja... Rempah2 tu pulak cheq sue tumbuk aje. Sempat jugak berpeluh kat ketiak tadi. Hi hi hi...

Kalau korang dah kehabisan idea nak masak apa, boleh la cuba buat ikan ni. Kata Che' Iza lagi, lagi sedap kalau diperam semalaman baru dimakan. Pada cheq sue, makan terus pun dah sedap, kalau semalaman lagi mesra bumbunya tentulah lagi sedap! Cuba jangan x cuba tau... Wassalam...

IKAN BAWAL MASAK KUALI

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap) cheq sue guna ikan bawal
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
  5. Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.

Minggu, 30 Oktober 2011

Tools : SSF Home Deco & Kedai Bundle

Assalamualaikum & salam sejahtera

Alhamdulillah dapat kembali bersiaran dari CH... Perjalanan balik tadi diiringi hujan sehingga Gua Musang, selepas itu cuaca cerah ceria. Syukur pada Allah x ada apa-apa yang berlaku.

Malam ni nak share sikit tentang 3 bende yang cheq sue beli di 2 tempat berbeza. Memang seronok la dengan cerita yang bakal dinyatakan ni. Rasanya ada segelintir blogger masakan ni yang berperasaan sama macam cheq sue.. Apa? Ye la...daripada xde apa2, dah ada apa-apa...maksud cheq sue dari segi penggunaan peralatan masak dan menghidang tu... Macam cheq sue ni sikit2 kumpul dan beli peralatan untuk menghidang. Konon la nak ambik gambar tahap diva kan... he he he...tapi xpelah untuk kepuasan sendiri.


Bende yang pertama ni adalah pot yang ada tutup ni. Apa ke namanya ya? Yang ni cheq sue beli di KB, semasa dalam perjalanan balik dari KB. Selalu tengok aje SSF Deco Home, aritu terniat pulak di hati nak singgah. Memula ingatkan barangan rumah aje...rupanya bermacam2 ada dalam tu... Opssstttt jakunz! Skodeng sana sini, terberkenan dengan bende pot ni, yang lain tu bukan tak berkenan tetapi bila melihat tang harganya dok menelan ayaq liur aje la.. Yang ni pun regenye 10 hengget (macam mahal aje) saiznya lebih kot dalam 10 cm diameter.  Cumanya bila nak bayar tu, bila tgk cashier bungkus pot tu menggunakan kertas pembalut yang cantik, berpandangan jugak cheq sue dan member... Amboi, patot le boleh up harga! Cheq sue tengok pon, yang masuk kat situ semua curlast-curlast you...


Bende yang kedua ni pulak cheq sue beli di kedai bundle di Selising, memang glemer. Cheq sue tak pernah singgah, tapi memang selalu ramai orang kat situ. Bila dah masuk...terus teringat pada Che Mat DTS. Eh eh eh...bukan nak propa okeh...tapi kat dalam tu banyak sangat pingggan mangkuk antik, yang dah lama-lama tu, macam2 pesen tau. Che Mat kan banyak koleksi pinggan2 camtu...agak2 kalau Che Mat pi kan mesti diborongnya semua. Cheq sue ni memang la rabun jadinya bila masuk ke sana. Kalau boleh itu hendak ini pun hendak. Tapi cheq sue cuma beli claypot dan caserol seramik 3 beradik ni aje. Boleh la nanti buat bakar makaroni. Harga? Claypot tu 10 hengget manakala caserol tu 18 hengget. Mmmmmm kalau nengok ke bungkusnya tu memang la guna 5 6 keping surat khabar. He he he... Janji dapat guna...

Dah ada 3 bende ni, boleh la mula skodeng resepi. Ramekin pun x test lagi...dah masuk yang ni. Haishhhhh...
Sekian alkisahnya... Wassalam...

Yorkshire Pudding With Strawberry Jam

Assalamualaikum & salam sejahtera

Mmmmm...seminggu berehat, hari ini sudah tiba masa untuk bekerja semula. Dengan bekal yorkshire puding dan jem strawberi, memang gabungan yang ngam. Kalau dulu dengan seafood dalam sos thai, gitu-gitu aje rasanya. Tapi semalam cheq sue tgk di 703, diorang makan yorkshire ni dengan steak. Macam ok jugak nampaknya. Nanti lah lain kali cuba buat tengak camana rasanya.


Macam biasalah, cheq sue buat ni malam tadi, dinner dulu sebijik, pastu selebihnya ditapau ke sekolah. Memang senang buat yorkshire ni, tapi kali ke dua ni adunan agak pekat, puding pun x naik gebu geban macam yang 1st time, tapi stil ada lubang kat tengahnya. Agaknya sebab cheq sue guna susu cair kot... :). Kalau tak pun agaknya mata dah berpinar di malam hari, terlebih timbang tepung mana nak tahu kan...

Mmmmm...sape2 yang nak tgk resepi tu boleh la nengok kat sini ye....

Peserta GA, Resepi Pilihan & Pemenang

Assalamualaikum & salam sejahtera

Alhamdulillah...tamatlah sudah 1st Anniversary GA yang cheq sue anjurkan. Dengan penyertaan seramai 9 orang (tq so much) dan resepi sebanyak 10 diutarakan oleh para peserta. 1 dah cuba, menghitung hari la pulak ye nak cuba 9 yang lain lagi tu. Agak2 resepi mana yang paling sedap?

Untuk 5 pemenang tu cheq sue akan buat cabutan, sebab peserta pun x ramai. Hadiah pun dah ada...harap2 dapat pos sebelum balik cuti raya haji ni. Tapi kalau kata x sempat harap pemenang tu sabar ye...

  1. Tun telani - Cookie 'n' Cream Aiskrim
  2. Nani - Kek Gula Hangus (Widad) 
  3. Mieza - Marble Cheese Brownie 
  4. Yana - Kuzi Ayam
  5. Ira - Nasi Ayam Penyet
  6. Zuraida - Jelly Kelapa
  7. CB Biskut Strawberri / Tart Strawberri @ Daging Dendeng Masak Merah
  8. Ucu Faridah - Mee Kasar  Di Goreng Lembut 
  9. Nieda - Bingka Roti Berlauk
Jom tengok siapa yang bertuah dipilih oleh cheq sue...





Tapi yang 4 x tercabut namanya tu pun, jangan risau, cheq sue nak bagi sedikit cenderahati kepada anda2 semua. Jadi 9 yang menyertai GA akan mendapat buah tangan daripada cheq sue. So, sila emailkan nama & alamat anda ke kemren0104@yahoo.com ye.... Wassalam..

Ila_cheqSue : 1st Anniversary Giveaway

Assalamualaikum & salam sejahtera


Sempena dengan ualangtahun "Ila_cheqSue" yang pertama, tuan tanah dengan sukacita ingin membuat GA untuk pembaca2 tersayang.

SYARAT-SYARAT :
- GA ni khas untuk BLOGGER MASAKAN SAHAJA
- kalau ada 2 blog pun (peribadi & GA) sila sertai melalui blog peribadi
- cuma buat satu n3 tentang GA ni dan dalam n3 tu perlu ada
"Saya rekemenkan cheq sue untuk cuba ................... " 
apa2 resepi dalam blog korang tu, dan sertakan link resepi tersebut
- jangan lupe masukkan gambar kat atas tu
- kemudian masukkan link n3 korang tu kat komen box ni

TARIKH TUTUP :
30 Oktober 2011 - Midnite

HADIAH :
- akan di update sekembalinya tuan tanah ke CH
- hadiah untuk 5 pemenang
- cabutan secara lucky draw, nak guna random x reti lagi (*_*)
- GA ni tetap jalan walaupun dengan 1 penyertaan

SELAMAT MENCUBA!!

Sabtu, 29 Oktober 2011

Blended Orange Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera


Kalau saja disebut ‘blended orange cake ~ BOC’ cheq sue percaya rata2 daripada para bloggers @ non bloggers dah pernah cuba membuatnya. Bukan saja dengan oren, malah ada yang mencubanya dengan strawberry, pisang, epal, carrot dan juga nenas. Kalau tengok di laporan MyR, dah 132 orang yang menunjukkan hasil masing-masing. Yang belum tu jangan kira lah…Begitulah penangan BOC ni. Cheq sue sendiri pernah membuatnya beberapa kali, dalam bentuk kek atau cupcake. Satu resepi yang mudah dan InsyaAllah x menghampakan. Rasanya pun sedap dan mewah dengan aroma oren. Terima kasih kepada Kak Fida yang memperkenalkan resepi ni. Selalunya resepi2 yang dimasukkan di MyR memang tidak mengecewakan.



1st time buat kek ni dulu memang agak manis pada tekak cheq sue. Bila dah 2 3 kali buat ni memang akan kurangkan gulanya. Ye lah, tahap kemanisan seseorang tu tak sama. Tambah2 kalau buat guna lima yang agak masam, tentu nak lebih manis sedikit supaya lebih seimbang rasanya.
Untuk  adunan kali ni cheq sue lebihkan sedikit limau kerana saiznya yang agak kecil. Time nak blend tu memang kena amik masa agak lama sebab x dapat adunan yang halus…maklumlah blender pun dah agak using usianya… Tu kot agaknya penyebab kek ni cedera sikit kat bahagian atasnya. Tapi xpelah…takat nak makan2 sendirik no hal punye… (ayat cover!)


Mmmmmm okeylah…Korang jemput2 lah tengok… Kalau rasa2 dah lama tak buat kek boleh buat sekali lagi BOC ni. Cheq sue tengah OTW balik ke CH…ni pun autopublish. Jumpa malam nanti ya… Wassalam…

BLENDED ORANGE CAKE

Bahan-bahan :

  • 1 bji buah limau cheq sue guna 2 biji, 1 sekali dengan kulit dan 1 lagi isinya shj
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus cheq sue guna 3/4 cawan aje
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 
  • Biji bunga matahari untuk tabur di atasnya

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170'C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. Bakar ni dalam 40 minit aje

Bon Melaka 291011 (Anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka)-Updated

Aksi 'Terbaik" BOTB : "Raja Melaka" & Abg Khaled Tanjung Minyak (yang bertepuk tangan)

Alhamdulillah...semalam selesai satu lagi Bon anjuran bersama antara Kelab Peminat Serama Melaka dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka yang dilangsungkan di Dataran Air Keroh. Suasana bon berjalan dengan baik dengan sambutan dari peserta yang hadir amat menggalakkan walapun berlangsung satu lagi bon di Melor Kelantan.

Dengan sokongan yang baik dari Jabatan Veterinar, bon kali ini di langsungkan sempena Hari Peladang dan Penternak.

Kehadiran 'breeder' otai seperti Pok Lias Jelebu, Hj Iskandar, Cg Hatta, En Sayuti dan ramai lagi breeder terkenal seperti Khairul RC, Ijan Serama negeri, Geng Kajang, , Serama POS, Serama Jengka tambah menghangatkan suasana bon hari tersebut.

BOTB kali ini dipegang oleh "Raja Melaka" serama breeder otai Melaka iaitu Abang Khalid Tanjung Minyak.
BOTB : Raja Melaka (Khalid Tanjung Minyak)

Di bawah ini adalah sebahagian suasana yang dapat ditangkap oleh lensa saya....

Baru sampai untuk bersaing...masing-masing dengan pelurunya

Geng Serama Kajang nampak serius dengan Abg Jan Telok Mas
Di belakangnya geng serama telok mas - saudara Maizal sedang berkongsi info dengan serama jengka

Aksi : "....kalau tak silap ayam Pok Lias"

Induk selam dari Geng Telok Mas..hehehe

Nampak serius je Tuan Farid Kuala Ibai aka Serama Melaka (FB)

Barisan "Otai"

"Apa tengok tue bang..."


Geng penganjur ...Rahman Persona

Petai

Assalamualaikum & salam sejahtera


Alhamdulillah...semangat sungguh makan tengah hari tadi. Balik dari KB sedang elok perut berkeroncong. Dapat sepinggan nasi berlaukkan daging goreng, berkuahkan ikan singgang dan berulamkan petai....hurmmmmm memang senang hati. Siapa x suka petai? Mana nak tengok sikit... Petai ni memang la sejenis ulam yang sangat2 membuka selera. Pekena pulak dengan budu, sambal belacan atau sambal tempoyak, x sedar boleh menambah nasi berpinggan-pinggan. Selain dimakan segar, petai ni sedap jugak dicelur, dijeruk ataupun as known boleh juga dibuat sambal tumis. Kalau dicampur dengan ikan bilis ke, ayam ke, udang ke memang layan habes...

Petai kat dalam gambar tu adalah segar dari pokok... cek cheq sue baru saja memetiknya dari pokok. Eh, bukan dia yang panjat, tapi beruk la...baru 2 3 bulan perlihara dan boleh turunkan kelapa dan petai, tapi bila bab makan tersangat la memilih... **Tak padan dengan beruk!!

Jom kita tengok ape khasiat petai ni... Walaupun bau kureng menyenangkan tapi khasiatnya memang diakui...

Strok.
Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.




Merokok.
Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin. 

Anemia.
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia. 

Sembelit.
Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit

Kegemukan.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan. 

Depresi.
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

Sumber : Fazlisyam

Jumat, 28 Oktober 2011

New Tools ~ RAMEKIN

Assalamualaikum & salam sejahtera

Wahhhh...harini xde n3 masak2 ye... Bukan tak masak, tapi masak yang biasa2 aje. Lagipun arini agak sibuk ckit. Pagi tadi ke KB, baliknya pulak kena siapkan nasi untuk dibawa ke masjid. Sambil2 tu ada jugak bua apam nasi. Tapi dek kekangan waktu, x nyempat nak bergambar. So malam ni kita layan pulak story ramekin yang cheq sue dah draf bulan lepas. Aikkkkk............


*RAMEKIN? Alah...orang lain dah lama ada bende ni, cheq sue baru nak bising-bising. Kampung mana datang ni?

Agaknya itulah yang difikirkan sesetengah orang. Ye ye...cheq sue ngaku memang jakun pasal bab2 ni. Bila mula menskodeng myResepi barulah cheq sue kenal dan amik kisah tang bende2 ni. Bila tengok kawan2 guna, search dalam glossary dan di google, barulah tahu namanya ramekin. Ohhhhh....

Bila tgk kawan2 guna ramekin ni untuk buat souffle, puding atau  yang sewaktu dengannya, memang cun tahap Maya Karin lah... Kadang2 bila ke kedai ke mana2 ke skodeng jugak kot ada jual bende ramekin ni. Memang nak sangat tambah barang dalam koleksi.

So cheq sue try ushar satu kedai barang2 dapur ni yang letaknya berdepan dengan TESCO 18, Ipoh. Selalu tengok je kedai tu bila kuar TESCO, terdetik hati tu nak masuk ke sana. Bila dah masuk.........mak aiiiiiiiiiiiiiiiiii banyaknya barang yang boleh dibeli. Rasa nak borong semuanya. Tapi lupa nak tgk ape ke nama kedai tu tapi letaknya betul2 di jalan keluar TESCO. Kalau sape yang ada lalu kat sana tu bolehla singgah. Yang cheq sue beli ni saiz ape tah...harganya RM2.30 seunit.  Untuk permulaan ni cheq sue tangkap dulu setengah dozen, tengok la kalau rasa nak tambah boleh pi lagi ye dak... Jom guna ramekin pulak pasni...  Wassalam!

Kamis, 27 Oktober 2011

Nostalgia : SYARIKAT MUDA OSMAN

Assalamualaikum & salam sejahtera


Petang semalam cheq sue ke Pasir Puteh, ada sedikit urusan yang perlu dibuat. Kemudian singgah seketika di Syarikat Muda Osman - SMO (kedai buku). Dah agak lama jugak tak ke sana, rupa2nya sekarang urusan penjualan sehingga 10 malam Mmmmm dah banyak berkembang rupanya kat Bandar PP ni.Kalau sebut saja MUDA OSMAN, memang satu ikon yang sangat popular di serata ceruk negeri Kelantan. Daripada cheq sue sekolah rendah sampai la sekarang, SMO tetap berdiri teguh seiring pembangunan. Kalau dulu lokasinya berhadapan SK Laki-Laki, sekarang kedudukannya lebih strategik, berdekatan stesen bas dan di tengah2 bandar.

Tujuan cheq sue ke SMO adalah untuk mencari frame gambar. Sedang memilih tu, ditegur oleh seorang pekerja veteran, membahasakan dirinya Pokcik Me (Man). Seingat cheq sue, dia merupakan pekerja yang sangat setia dengan SMO. Setiap kali ke sana memang akan ternampak dia. Kalau dulu badannya tegak, misainya melentik hitam pekat, tapi sekarang sudah ada garis2 tua di wajahnya. Tak tahu la berapa lama dia kerja di sana, tapi sekarang dengan statusnya seorang atuk, dengan 3 cucu tentulah sudah agak lama dia bekerja di situ. Orangnya ramah, sangat baik hati. Bermacam2 di tanya pada cheq sue. Duduk di mana, kerja di mana, orang rumah kerja kat mana, pakai kereta apa, bila nak balik ke Pahang... eh eh eh....

Bagi anak-anak Kelantan di mana-mana sekalipun, mesti ada kenangan di SMO. Cheq sue percaya, paling tidak sekali dua pernah membeli buku-buku @ peralatan sekolah di sana. Jangan ketawa pula kalau cheq sue kata di SMO juga boleh menjadi tempat untuk 1st date. Ada jugak yang bertemu jodoh di sana. Ye la...sambil2 memilih pensel dan pen, sambil mata mengintai ke sana sini. Al maklumlah rata2 pelanggannya masih bergelar pelajar samada di sekolah, universiti atau maktab. Aduhhh...bila diingat balik, tersenyum sendiri dengan nostalgia di SMO ni.... Sekian, wassalam...

Nasi Ayam Penyet : Ira ~ GA #5

Assalamualaikum & salam sejahtera 

Alhamdulillah…baru  aje siap makan tengah hari bermenukan nasi ayam penyet. Mmmm ini adalah kali pertama mencuba memasak menu ni, memang dah lama dalam simpanan. Semalam ternampak Tun masak ni, pastu cepat2 cheq sue sedia dan perap ayam dulu malam tadi. Rupa2nya Ira pun suggestkan menu ni untuk dicuba.  Btw, tq pada kawan2 yang dah join untuk 1st GA : Ila-CheqSue, tapi maaf sgt2 sebab cheq sue xleh nak komen kat n3 korang, mana yang lepas tu nasib baik la ye. Sape2 BLOGGER MASAKAN  yang berminat boleh la join, ada masa lagi sebelum end date 30 Oktober ni.



Buat kt kg ni biasalah, banyak bahan yang tak cukup. Ulan tu nasib baik ada timun, kalau ada salad lagi best. Memang sedap dicicip dengan sambal, macam makan sambal belacan aje. Aduhhhh...sampai lekat bau ni kat tangan..

 


Memula Nampak resepi ni dulu di MyR, dok ingat ayam tu kena penyekkan dulu…macam ayam kena langgar. Haishhh…rupa2nya tidak benar sama sekali. Ayam yang dihasilkan ni lebih kurang ayam biasa cuma agak istimewa dengan kehadiran rempah ratus yang membuka selera. Cheq sue bagi  5/5 bintang untuk resepi ni. 

Sebenarnya nasi dan sup tu boleh dibuat macam biasa…dah selalu masak nasik ayam, tentu dah boleh agak kan. Cheq sue buat tadi dalam 1 pot aje…  Yang menyedapkan nasi ayam penyet ni adalah ayam dan sambal cilinya. Perghhhhhhh memang layan betul la. Cheq sue siap boleh colek2 lagi sambal cili tu, sebab x pedas, guna cuma 4 biji cili merah besar. Mmmm kalau yang suka pedas tu bolehla dilebihkan…

Ayam tu pulak cheq sue guna dalam 8 ketul saja, jadi segala rempah2 tu cheq sue kurangkan sedikit kuantitinya. Pastu semasa perap cheq sue masukkan sekali sedikit bijan putih. Bila dah goring ayam tu terasa jugak lemak2 bijan. Memang sedap. Tapi tak tahu la ye, time salin resepi tu boleh pulak termiss serbuk kunyit dan bawang putih…dah masuk peti ais baru la ternampak.  Sebab tu la Nampak pucat aje ayamnya. Apapun Alhamdulillah xde pulak terkurang rasa sedap ayam tu



Masa tengah hidang tadi, cheq sue siap2 la untuk ambil gambar. Sekali mek balik dari rumah depan, dia senyum aje. Alamak dah kantoi…agaknya dia nampak kot 2 3 hari ni cheq sue dok tertonggeng sana-sini bawah pokok nak ambil gambar.‘Nok puko gamba la tuh….’ Tu le ayat dia bagi kat cheq sue… Seb baik dia tak tanya nak buat gapo…kang kalau cheq sue bagi tau nak bubuh dalam blog, jenuh pulak nak eksplain. He he he… Bagi korang yang belum buat lagi, sila-sila la ye… Rugi kalau tak cuba. Wassalam…

NASI AYAM PENYET
Resepi : Ijan ~ blogresepi @ MyR


Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup & masak nasi)
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Cara-cara

Untuk Ayam Penyet
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam  tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Nasi
Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.


Rabu, 26 Oktober 2011

Kopi Tarik & Lempeng Kelapa


Assalamualaikum & salam sejahtera

Dah sarapan belum? Kalau belum jom la santap kopi tarik dengan lempeng kelapa ni. Tengah panas lagi ni tau... Resepi? Ala korang campak2 aje... Semua dah tahu buat.... *_*

Wassalam...

Cinta dan Kasih Kepada Anak


Binatang pun sayangkan anak







 

Namun Ada Manusia Membuang Anak Sendiri



Mesin Membasuh Manusia ( Mesin Memandikan Manusia )



Mesin aneh ini telah dinamakan sebagai "Ultrasonic Bath". Mesin mencuci tubuh manusia ini telah diperkenalkan sebagai konsep perintis memandikan manusia menggunakan robot pada Expo Dunia 1970 di Osaka, Jepun. Mesin ini dibina dengan ketinggian 2 meter dan menggunakan sebuah tangga untuk memasuki ke dalamnya. Setelah itu, pengguna perlu menetapkan suhu air yang dikehendaki untuk mencuci tubuhnya. Selepas 15 minit maka proses permulaan pencucian tubuh badan pun akan bermula.

Proses pertama adalah selama 5 minit yang diberi nama sebagai proses pre-rinse iaitu proses penyemburan air ke tubuh badan pengguna dengan menggunakan air suam. Setelah itu mesin tersebut akan diisikan dengan air yang telah ditetapkan suhunya dan kemudian diperuntukan pula masa selama 3 minit untuk proses mandian mencuci bersih tubuh badan pengguna.

Setelah selesai, tubuh badan pengguna berkenaan akan dibilas dengan menggunakan air suam selama 2 minit. Proses terakhirnya pula adalah diperuntukkan selama 5 minit untuk proses pengeringan tubuh. Ketika proses pengeringan ini berlaku, udara hangat akan ditiupkan ke tubuh pengguna, sementara itu sinar inframerah dan ultraungu juga dipancarkan bagi membunuh bakteria yang masih berada pada tubuh pengguna.

  
Lihat jenama penciptanya-Sanyo

Syarikat Elektrik Terkemuka Sanyo turut juga mengeluarkan mesin yang seumpama ini yang telah diberi nama sebagai HIRB (Human In Roll-lo Bathing). Mesin ciptaan syarikat Sanyo ini modelnya adalah lebih kecil dan diletakkan di rumah-rumah orang tua (warga emas) untuk digunakan sebagai tujuan memudahkan proses memandikan warga emas di sana.

P/S: Namun rekaan mesin ini tidak pula dikeluarkan dan dipasarkan secara banyak di pasaran dunia. Agaknya mungkin kurang relevan untuk digunakan oleh manusia kerana nampak seperti tubuh je dicucinya. Kepala tak cuci sekali ke?