Tampilkan postingan dengan label Ayam / Itik / Burung. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ayam / Itik / Burung. Tampilkan semua postingan

Kamis, 19 September 2013

Kerutuk Itik Serati (Gaya Kelantan)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Inilah antara n3 yang saya nanti-nantikan untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Setelah melihat Kak Azie menayangkan kerutuk itik serati di blognya, terus saya terasa nak makan juga. Saya ni pelik sikit, kalau kata nak makan memang saya kena dapatkan. Jangan kata orang mengandung aje berperangai pelik mengidam begitu....

Kebetulan balik ke kampung, memang saya dah pasang niat nak cuba cari daging itik di pasar Pasir Puteh. Sembang punya sembang rupa-rupanya di kampung kawan saya di Kok Lanas, memang ada orang yang jual itik (siap proses) juga ayam kampung. Jadi pucuk dicita ulam mendatang, maka saya pun bookinglah seekor. Macam dah terbayang-bayang rasanya nak makan kerutuk itik masa tu.

Seekor yang saya beli tu harganya dalam RM30. Boleh tahan jugak ya. Tapi tak apalah, janji dapat. Bab harga ni tak kisah sangat. Semuanya saya bawa ke CH sebab tak menyempat nak memasak di kampung. Lagi pula emak dan ayah saya tak makan itik.


Inilah kerutuk itik (gaya Kelantan) yang sudah siap. Bila cakap pasal kerutuk ni mungkin resepi di sesetengah tempat berbeza dengan tempat yang lain. Penggunaan bahan-bahan dan cara memasak tentunya tidak sama. Saya secara jujurnya mengaku tidak tahu membuat kerutuk gaya ini. Jadi saya meminta bantuan kawan karib saya Mok Ja a.k.a Norliza untuk memasaknya. Beliau memasak menggunakan bahan dan cara seperti yang dibuat oleh emaknya yang merupakan seorang tukang gulai di Kampung Bukit Tegayong, Kok Lanas. Sebab itulah saya dapat mengambil gambar step by step ni. Selain menengok, saya hanya tolong-tolong kacau aje. Diharapkan apa yang saya kongsikan memberi manfaat kepada saya dan semua yang membaca.


Ini antara bahan-bahan yang digunakan. Rempah kerutuk tu agaknya kalau tak ada bolehlah digantikan dengan rempah kari. Cuma rasanya mungkin agak berbeza la sikit. Kerisik tu sampai keluar minyak dikerjakan kawan sekolah saya Kak Norjanah. Hiiiiii kuat betul stamina dia. *_*


Ini pula antara langkah2 penyediaan awal. Saya gunakan kuali untuk memudahkan kerja mengacau. Masa ni boleh nampaklah kerja mengacaunya memang tak berhenti sebab tak mahu rempah tu hangit. Api agak2 la ya, kalau boleh biarlah sederhana sahaja. Masa ni juga ditambahkan gula dan garam secukupnya. Bab ni saya memang fail. Selalu je termasin atau tawar...

Cuba tengok gambar ke 4. Itu adalah daging itik yang telah direbus lebih kurang 15 minit dalam periuk tekanan. Memang empuk sungguh. Tak terasa menggigitnya. Masa memasak pun tak lama sebab itik pun dah lembut. Saya paling suka bahagian kulitnya. Rasa sedap sangat. Nak terangkan pun susah kecuali siapa yang pernah memakannya. Terbaik!


Bila rempah dah bercampur dengan daging itik bolehlah dimasukkan santan. Saya hanya gunakan sebiji kelapa sahaja. Jadi kerutuk ni tak la lemak sangat, terpulanglah pada citarasa. Kalau tengok gambar tu bukanlah rempah tu hangit, tetapi memang warnanya begitu. Bila rempah dah sebati dengan santan, tengok warnanya pun dah berubah.

Gambar yang di bawah ni pula apabila kuah dah mula mendidih. Daripada warna yang agak kemerahan, ianya bertukar ke warna yang lebih gelap. Masa ni bolehlah kita biarkan ia merenih dan kacau sesekali. Kalau rasa masa ni macam ada yang kurang bolehlah ditambahkan apa yang perlu.

Bila dah masak, kerutuk ni sudah tentu sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan ulam timun. Jika ada boleh disertakan dengan 'sambal jantan' atau sambal belacan. Tak perlu kawan yang lain dah...tak gitu Kak Azie?



Jadi, alhamdulillah dah lepas rasa nak makan kerutuk itik. Terima kasih tak terhingga buat Mok Ja yang sudi memenuhipermintaan selera saya. Sayang dia ketat-ketat... T_T... Di bawah ni saya kongsikan resepi yang telah saya salin daripada beliau kalau2 ada yang nak mencuba. Saya pun lepas ni kalau nak buat kerutuk nak refer resepi ini jugaklah....

Rasa macam panjang lebar je penerangan n3 ni... He he he he....

KERUTUK ITIK SERATI
Resepi : Norliza Hussin

Bahan-bahan :
1/2 ekor itik - potong sederhana kecil
1 batang serai
1 genggam kelapa - sangai dan jadikan kerisik
Santan pekat 1 biji kelapa
4 sb rempah kerutuk (Kelantan)
1 sb serbuk cili
* rempah kerutuk + serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan minyak
Garam, gula secukupnya

Bahan kisar halus (blend) :
3 hiris lengkuas
2 cm halia
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan tumis :
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 cm halia - mayang halus
5 biji bawang merah - mayang
2 biji bawang putih - mayang

Cara-cara membuatnya :
Rebus itik hingga agak empuk (saya rebus dalam periuk tekanan)
Panaskan minyak
Masukkan bahan tumis, masak hingga kekuningan
Kemudian masukkan bancuhan rempah kerutuk dan serbuk cili serta bahan kisar halus. Tumis hingga wangi dan masukkan serai. Perasakan dengan garam dan gula.
Kacau sentiasa hingga ke dasar periuk / kuali supaya rempah tidak hangit. Gunakan api sederhana
Masukkan itik yang telah direbus, kacau hingga rata dan masukkan santan. Tambahkan juga kerisik.
Perlahankan api, biarkan merenih sehingga kuah agak pekat dan sesuaikan sekali lagi garam dan gula dengan secukupnya. Jangan lupa mengacaunya untuk mengelakkan hangit
Bila mencapai kepekatan yang dikehendaki, bolehlah di matikan api dan dihidangkan.

Nota : 
Rempah kerutuk yang digunakan semasa ni agak banyak, mungkin boleh dikurangkan menjadi 2 atau 2 1/2 sudu besar sahaja
Begitu juga dengan minyak, boleh kurangkan menjadi 1/3 cawan sahaja

Senin, 16 September 2013

Roti Jala & Kari Ayam Caca Marba

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Nampaknya masih juga kena keluarkan n3 tertunggak. Sekarang ni payah sikit nk dapat n3 fresh. Tak menyempat rasanya nk mengadap lappy lelama dek kerana komitmen yang sangat diperlukan dalam pekerjaan yang lain. Saya harap kawan2 boleh faham la ya!

Berbalik pada n3 kali ini saya buat setelah 2 3 kali dok tengok roti jala yang dibuat oleh Kak Yatie. Kebetulan pula saya memang dah lama nak makan roti jala. Dan kebetulan pula lagi ada bahan2 untuk membuat kari ayam yang mudah2.


Daripada adunan yang dinyatakan, saya hanya buat separuh saja. Dapat agak banyak, boleh la makan 2 3 kali dan boleh bawa bekal ke sekolah juga. Seperti selalu..saya menggunakan acuan muncung 3 untuk menjala dengan menggandingkan warna hijau dan kuning.


Untuk roti jala tu, agak suram sikit gandingan warnanya. Rasa macam dah letak banyak tapi masih tak terang. Tak ngapelah... ♥

Untuk karinya pula saya buat ikut suka aje... guna apa yang ada je. Karinya lebih banyak air dari santan. Yang penting dapat masuk tekak dan menepati citarasa.

TQ pada Kak Madihaa dan Kak Yatie yang berkongsikan resepi ni.



ROTI JALA
Resepi : Kak Madihaa
Sumber : Kak Yatie

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
 
Cara2nya
Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.
 

KARI AYAM CACA MARBA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Semangkuk kecil ayam (cincang saiz kecil) 
1/2 bji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 sb serbuk kari - saya guna serbuk kari ikan
1 sk serbuk cili
1/2 kotak santan
1 cawan air
1 biji ubi kentang - belah 8
2 tangkai daun kari
Rempah empat sekawan - agak-agaklah
Gula garam secukupnya

Cara membuatnya :
Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dan bawang yang dicincang. Setelah agak layu masukkan daun kari, rempah kari dan serbuk cili. Tumis hingga garing
Masukkan ayam. Tambah air dan ubi kentang. Masak hingga ayam dan kentang empuk. Kalau kentang kecil boleh masukkan lambat sikit.
Bila sudah mendidih masukkan santan, kacau hingga rata. 
Perasakan dengan garam dan gula. Manis sikit pun tak apa.

Senin, 09 September 2013

Ayam Palembang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Sejuknya sejak dua menjak ni. Matahari langsung malu nak tunjukkan diri. Secara purata duhu setiap hari di bawah 20 darjah. Paling sejuk 14 darjah... macam duduk di negara 4 musim pulak. Musim2 gini memang syok dok diam dalam rumah. Budak2 pun kurang aktifnya dek kerana sejuk. Cikgu nak marah pun tak jadi kerana cepat sangat rasa cool down... 

Inilah dia kawan kepada nasi harissa yang saya dah publish dalam n3 sebelum ini. Resepi sebenarnya adalah daging palembang, tetapi kerana ada ayam je maka saya tukarlah menjadi ayam palembang. Stok daging jarang2 sangat ada di rumah sebab tak boleh nak simpan lama dan nak memasaknya pun tak padan kalau sikit2. Ayam ini pun dah hampir seminggu lebih baru habis sebelah.


Skodeng punya skodeng saya terjumpa resepi ni di blog Kak Yatie dan Kak Amie (beliau menggunakan daging) di mana beliau mengatakan resepi ini diperoleh dari FP Kak Maria Hakem. Setelah buat memang agak unik dan sedap. Lebih kurang sama dengan resepi masak hitam tetapi resepi ini menggunakan santan. Satu kelainan.Yang saya buat ni kuantiti ayam tak banyak sangat, dalam 4 ketul je jadi saya tambahkan 2 biji ubi kentang (goreng dulu) untuk memberikan rasa sayur pada masakan.

Kalau sape2 yang nak cuba rasa kelainannya tu boleh la buat resepi ni. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.


AYAM PALEMBANG
Sumber : Kak Yatie

Bahan-Bahan:
700 gm daging - potong lebar dan nipis saya guna ayam yang digoreng 3/4 masak
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat
2 sudu besar kerisek
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak utk menumis

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering- Yatie guna 1 cawan cili kisar

Bahan Tumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang merah-hiris-Yatie tambah
2 ulas bwng putih-hiris -Yatie tambah

Cara Memasak
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.

**Kalau guna daging beku, rebuslah dulu sehingga empuk barulah masak seperti biasa.
  
P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik (Kak Amie)

Kamis, 29 Agustus 2013

Resepi Ayam Sos Lada Hitam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila cerita tentang lauk ayam yang kita masak seharian, saya percaya kebanyakan kita dah habis idea tentang bagaimana mahu memasaknya. Saya sendiri pun kadang-kadang tak tahu nak masak apa walaupun hanya untuk di makan sendiri. Kalau ada suami dan anak-anak lagilah pening nak menyediakannya. Tentulah saja kita tidak mahu menyediakan juadah yang sama. Asyik-asyik tomyam, atau ayam goreng..sesekali kita masaklah lain sikit....

Baru-baru ni ketika nak masak untuk berbuka, saya fikir-fikir la nak masak apa. Dalam dok belek perencah segera yang ada, saya terjumpa rempah campuran lada hitam MAGGI. Jadi, terus je datang idea untuk mencampurkannya dalam masakan. Selalunya kalau masak saya suka mencampurkan dengan sayur, kiranya dah tak perlu masak sayur berasingan. Saya ni suka jugak kalau makan nasi ada sayur...kalau tak ada macam pelik la pulak.

Buat yang nak mencuba, saya tuliskan resepi di bawah ini ya...


AYAM SOS LADA HITAM  
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
4 ketul ayam - cincang kecil, garam kunyitkan. Goreng hingga agak garing.
1 biji ubi kentang - potong dadu, goreng
1/2 biji bawang besar - mayang kasar
2 bawang putih - ketuk
Sedikit halia - mayang
Bunga kobis
Lobak merah
2 sb serbuk  perencah berlada hitam MAGGI (black pepper mix MAGGI)
Air
Kicap manis
Minyak

Cara membuatnya :
Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi
Tambahkan sedikit air, masukkan serbuk perencah lada hitam MAGGI. Masukkan pula kobis bunga dan lobak merah. Kalau nak berkuah, lebihkan air.
Masak hingga mendidih. Masukkan ayam dan ubi kentang. Tambahkan sedikit kicap.

Catatan : 
Saya tak masukkan garam kerana rasa macam dah masin (Puasa, malas nak rasa). Kalau kata kurang masin (tambah sedikit garam) atau termasin (tambahkan sedikit air)

Senin, 13 Agustus 2012

Ayam Bakar Lada Hitam Mayonis & Sos Cendawan

 
 
Asyik-asyik keluar n3 biskut raya... nak buat camana kan dah gitulah resamnya. Makin dekat nak raya makin banyak koleksi biskut yang ditunjukkan sehingga menggoda-goda nak membuatnya juga. Tapi kali ni nak bagi laluan dulu pada ayam panggang ni. Cheq sue buat minggu lepas, panggang dengan pemanggang ajaib aje pun. Memang mudah kerjanya, letak aje kat dalam tu...tak sampai sejam dah buleh makan.
 
Ni kes berkenan dengan manok panggang yang Q tunjuk la ni. Tapi masa tu tak sempat nak search resepi, guna je resepi dari e-book Ros dan digandingkan dengan sos cendawan campak-campak. Ada pulak hirisan kentang untuk melengkapkan hidangan. Memang kebaboooom sungguh la. Budak-budak makan bertambah. Lain kali boleh la cuba buat lagi....
 
Pada kawan2 yang kehabisan idea nak buat lauk berbuka tu boleh la cuba ayam panggang ni. Memang tak menyesal punya! Wassalam...
 
AYAM BAKAR LADA HITAM MAYONIS

Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia ( agak-agak je)
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah
Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, kicap manis madu dan serbuk lada hitam.

2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit atau satu jam, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.
( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

Stylish Thankyou

Selasa, 10 Juli 2012

Ayam Burma



 
 
Dah lama jugak tengok pasal ayam burma ni, tak ingat dah kat blog mana. Belek2 resepi ayam kat Dapur Tanpa Sempadan tu terjumpa pulak resepi ni. Dengan cara2 dan bahan2 yang simple cheq sue try la buat untuk berbuka Isnin lepas. Sebenarnya banyak bahan yang tak cukup, tak ada, dan kuantitinya cheq sue buat sedikit aje, tapi alhamdulillah sedap jugak rasanya. Sekali pandang bukan ayam burma, tapi dah jadi kentang burma sebab lebih kentang pada ayamnya. As usual la kan, dalam sikit2 tu pun dapat gak makan dua kali. 
 
Dalam masakan tu jugak cheq sue masukkan sebiji terung dan sedikit capsicum. Memang sedap sungguh la, dengan wangi baunya semerbak. Agak2 kalau ada daun pudina lagi wangi baunya. TQ pada Che Mat atas perkongsian resepi ni. Kawan2 bila lagi nak cuba? Wassalam...
 






AYAM BURMA
Resepi : Che Mat @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4
15 helai daun pudina
Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..

Stylish Thankyou

Sabtu, 12 Mei 2012

Ayam Sri Tanjung

 

Hari Ahad.... Lambat sikit bersiaran hari ni kerana menyiapkan tempahan untuk petang nanti. Alhamdulillah dapat siap, harap2 menepati apa yang diingini.  Semalam cheq sue post nasi kuning kan, Mieza tanya mana lauknya. Ish ish ish... Mieza ni saje je tau, takkan la cheq sue makan nasi sesaje. Rahel pun sama tau, segan cheq sue jadinya!

Jadi inilah pelengkap nasi kuning tu, selain udang bakar dan papadom. Ini merupakan olahan dari resepi di blog Kak Amie. Sebenarnya guna daging tapi paham2 ajelah kat rumah ni memang jarang benar ada stok, ayam ni pun dah dekat 2 minggu rasanya dok bertapa dalam peti ais tu.. ^^

Pada pendapat cheq sue, masakan ni lebih kurang dengan masak kicap jugak. Cuma penambahan cuka tu buat dia rasa dan bau lain sikit. Oleh sebab cheq sue masak sikit aje, maka macam biasalah tang bahan2 tu disesuaikan dengan keperluan. Bila dikahwinkan dengan nasi kuning tu memang kenalah pada selera cheq sue, buat pulak berkuah2 sikit.

TQ pada kak amie yang sudi berkongsi resepi ni. Pada sape yang belum cuba tu bolehlah buat dan rasai kelainannya. Wassalam...

"SELAMAT HARI IBU"





 
AYAM SRI TANJUNG
Sumber : Buku Masakan Koleksi Saji
Sumber : Kak Amie

Bahan-bahan:
350 gram daging - potong dadu - Amie potong ikut nipis cheq sue ganti dengan 3 ketul ayam
2   1/2 sudu besar minyak masak
450ml air
1/2 sudu besar cuka - Amie ganti dengan 100ml yogurt asli cheq sue guna cuka
1 sudu besar puri tomato - Amie bubuh 2 sudu cheq sue masukkan sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat - Amie bubuh 1 sudu
3cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar - belah 4 
150gram lobak merah - Amie tak bubuh cheq sue pun x bubuh
150gram ubi kentang - Amie bubuh lebih kentang sebiji aje
garam secukup rasa - Amie tambah gula

Bahan perap:
1  1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 

Cara-cara :
1. Perap daging bersama bahan perap - Amie perap 1 jam
2. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan daging yang telah diperap, kacau seketika.
4. Tuangkan air dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk.
5. Apabila daging sudah empuk, masukkan lobak merah, ubi kentang, cuka, cuka, tomato puri, kicap pekat dan garam secukup rasa - Amie gantikan cuka dengan yogurt asli dan tambah sedikit gula.
6. Jika sukakan kuah yang pekat, bolehlah tambahkan dengan sedikit bancuhan tepung jagung - Amie tak bubuh sebab memang kuah sudah cukup pekat.


Stylish Thankyou

Kamis, 03 Mei 2012

Sup Ayam Hadnyai


 
 
Tested 2 Mei 2012. Makan pada 3 Mei & 4 Mei 2012. Memang sangat sedap sup ni, kena dengan selera cheq sue. Cuma yelah, masak untuk makan sorang ni tak la beriya-iya sangat. Segala mekap pun xde, dengan masa sibuk terkejar sana-sini memang membataskan betul aktiviti masak memasak ni. Nasib baik dok CH ni makanan payah jugak nak basi, dah masak 2 hari pun elok je lagi, tepi kena simpan peti sejuk la ye... Kalau tak basi jugak dah lelame.

Sup ni cheq sue buat dimakan dengan bubur nasi. Hampir nak kembung rasanya dengan kuah yang banyak-banyak tu... Cuma untuk sup ni cheq sue tambah asam keping, kasi masam sikit lagi. Al maklumlah lengkuas yang digunakan tu tak berapa nak segar lagi. 

Errr...tetibe blank lak ye... Update later lah...



 
SUP AYAM HADNYAI
Resepi Asal : PYHONDA
Sumber : Ika Bangkok & Q

Bahan-bahan ( 3 orang makan )
Sebelah ayam dipotong-potong
3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
Cheq sue bubuh asam keping nak tambah masam sikit sebab masam lengkuas tak rasa
 
Cara-cara
Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya


Rabu, 02 Mei 2012

Nasi Komok @ Khao Mok Gai @ Nasi Beriani Siam


 
 
Dengan cepatnya terkena virus nasi beriani Siam ni. Ramai yang dah buat cam Tun, Hasue dan Anna. Ika tu xle nak kata ape la, dah duduk pun kat Bangkok, saje la kalau tak buat lagi nasi ni. Cheq sue buat masa cuti 1 Mei. Dok asyik memandang aje orang buat, kita nak jugak merasa ye dak. Cuma yang cheq sue buat ni x cukup setnya, hanya dimakan dengan ayam masak merah dan papadom aje. Rasanya memang sedap walaupun rupa tu tadak. Cheq sue guna beras siam, basmathi tu memang x pernah ada la kat rumah ni. Sebab tu la hasilnya kemetot2 aje, yang pecah perut pun ada. Cuma nasib baik tak hancur...masak ni pun atas dapur gas... ^^
 
Ibarat kata Hasue, nasi ni memang sedap. Payah jugak nak describe camana. Nak kena buat dulu baru tahu. Cuma yang cheq sue boleh cakap, walaupun makan tanpa lauk, dengan kuah ayam tu pun jalan jugak. Sebenarnya payah jugak nak masak nasi berperisa @ nasi tumis ni (meminjam kata-kata Nani) sebab selalu cheq sue makan sorang aje, cubalah bayangkan buang karan sungguh kalau masak camni dalam jumlah yang sikit kan.... So cheq sue masak 3 pot, ambil sekali makan dan selebihnya bagi pada member. Kalau tak tak daya nak makan hari-hari. Selalu macam tu lah, masak lebih dan kongsi makan ramai-ramai.
 
Tang ayam masak merah tu cuma guna resepi biasa tetapi dilebihkan kicap dan rempahnya dimesin halus. Kebetulan pi TESCO terbeli pulak kacang peas, cheq sue masukkan sekali, memang kena sungguh la time makan tu. Kalau kata korang nak buat lauk guna resepi dalam setnya tu pun boleh... Yang cheq sue ni ikut suka hati aje... Tapi kat sini cheq sue C&P jugaklah semua resepinya...senang nak membuat rujukan lain kali. TQ pada semua penyumbang resepi...yang terlibat memashurkan nasi khao mok ni.

Wassalam...




 
KHAO MOK KAI @ NASI KOMOK @ NASI MINYAK THAI

Bahan-bahan utk nasi :- 
4 cawan beras basmathi (rendam dulu lebih kurang 1/2 jam)
2 sudu rempah 'khao mok'  

For the Spice Mix-(REMPAH KOMOK)
Sumber : Kak Ayu S'pore

2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder) - (Ayu terlupa letak ni!!)
1 tsp ground turmeric (serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander-(serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin-(serbuk jintan putih) (Ayu gunakan 1 sudu kecil)
1/2 tsp fennel-(serbuk jintan manis)-(Ayu tambah)
1/2 tsp cinnamon powder-(serbuk kayu manis)-(Ayu gunakan 1/4 sudu kecil aje)
1 tsp salt-(garam)
1 tbsp sugar- (gula)(Ayu gunakan perasa sedikit)

Bahan Tumis :
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia* (*tumbuk halus)
1/2 biji bawang holland ,potong kecik2.*optional..saya suka sbb ada rasa manis2 pada masakan.
rempah 4 beradik (kayu manis, bunga lawang,cengkih & buah pelaga)
lada hitam,sikit je..(tumbuk halus)

Bahan Lain :
susu cair 1/2 cawan
kiub ayam *x letak pun takpe
daun ketumbar / akar ketumbar *ketuk2 sikit
garam
bawang goreng
minyak sapi..sikit je,campur dgn minyak biasa.*Ana guna butter
daun bay 2 helai ( x de pun xpe)
bawang putih jeruk ( xde pun xpe).
* ulam/sayur -timun,salad & tomato
                                      
                                           Cara-cara :                                        
Tumis rempah 4 sekawan,lepas tu masuk bahan2 tumbuk tadi..
Tumis sampai wangi,masuk bawang besar pulak.
Dah agak layu..masuk rempah 'kaw mok' & lada hitam,daun bay..agak2 macam nak garing masukkan air & susu cair.
Sukatan air mengikut pada sukatan beras,kalau 4 cawan boleh la letak 4 1/2 cawan air.
Lepas tu terus masukkan beras  & bahan2 lain ..garam,kiub & daun/akar ketumbar.
Dah masak tabur bawang goreng..

AYAM GORENG 'Khao Mok'
Ayam
Garam
sedikit rempah khao mok 
Sedikit serbuk pati ayam
Perap semua bahan diatas bersama ayam,  Kemudian goreng sampai masak.

SAMBAL / SOS NASI KHAO MOK
6 biji Cili merah *
10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
Daun Ketumbar *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci Halia *optional
Cuka
Garam
Gula *lebihkan
Akar ketumbar *ketuk2 masuk time masak kuah.

Cara-Cara :
Blender bahan bertanda (*).
Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
Rasa sambal..biar ada rasa masam2 manis + pedas sikit2..baru kick!
**Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih2..



Sabtu, 10 Desember 2011

Moist Roasted Chicken

 
 
 Apa yang hangat di dapur korang petang2 ni? Kat kampung sekarang ni tengah mendung, berangin sejuk aje. Memang sedap kalau dapat pekena teh O panas dengan cokodok. Tapi, bukan nak cakap la ye, dk kampung ni asik2 makan aje manjang. Tambah2 dengan kanak2 ribena yang sentiasa aje lapar mulutnya.
Petang ni nak share resepi yang dah cheq sue buat Rabu lepas, memang dah selamat habis dah ni ye, jangan la nak mintak2, kalau nak resepi tu boleh la kita kongsi-kongsi. Moist roasted chicken ni cheq sue dapat dari e-book Ros Jintan Manis. Memang banyak resepi ayam bakar yang cheq sue berkenan. (*_*). Cuma bila nak buat tu kena la tunggu masa yang sesuai dan bilangan nak makan tu ramai, baru la seronok sikit.




 
Ayam ni memang sedap kalau dimakan dengan gravynya atau mashed potato, tapi cheq sue ni buat simple2 aje just makan dengan nasi putih dan kentang goreng. Cara nak buat pun senang, kalau diperap lebih lama lagi mesra la rempah2 tu dengan isi ayam. Cheq sue perap tu semalaman, memang masyuk lah.  Kalau yang nak ubah selera makan ala2 western tu memang seswai sangat la resepi ni. Gerenti berbaloi.... Wassalam...
 
MOIST ROASTED CHICKEN
Resepi : Ros @ Jintan Manis

Bahan-bahannye
1 ekor ayam ( ros guna ayam 700gram) cheq sue guna 2 keping paha
2 sudu besar minyak zaitun
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit marjerin@mentega

Cara-caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan lada hitam.
2. Kemudian cucuk-cucukkan ayam tadi dengan garpu dan lumurkan bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam, perap ayam selama lebih kurang 3 jam atau lebih. Lagi lama diperap lagi sedap.
3. Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama satu jam, setelah 30 minit di bakar, keluarkan ayam dan sapukan ayam dengan marjerin dan lebihan minyak yang  terdapat pada dulang pembakar, kemudian teruskan proses pembakaran.
4. Pastikan ke dua-dua permukaan ayam  perang sekata, balik-balikan ayam dan bakar ayam sehingga garing dan masak.
5. Setelah siap dibakar, potong ayam pada dua bahagian dan hidangkan bersama kentang putar, coslaw dan macaroni cheese. Selamat Mencuba.

Selasa, 29 November 2011

Ada Yang Rindu.......???

 
 
Fuhhhhh....fuhhhh.... adoi, banyaknya sawang kat rumah buruk cheq sue nih. Seminggu rasanya x menjenguk ke sini, macam2 cerita yang tertinggal. Apa khabar korunk semua? Harap2nya sihat2 aje dan bahagia dengan aktiviti seharian. Cheq sue ni kemain lama x menghapdet, dek kerana kekangan masa dan urusan dunia yang x sudah2. Ada jugak sesekali menjenguk ke rumah kawan2, tapi x sempat meninggalkan jejak. Sepanjang kehilangan cheq sue ni, ada tak yang rindu-rindu?  Maafkan cheq sue ye kerana pergi tanpa pesan. Terima kasih pada yang masih sudi menjenguk ke sini dan berterusan menatap kisah lala ala Thai tu. TQ uoals...
Masih belum terlambat barangkali untuk cheq sue menitipkan Salam Maal Hijrah 1433, semoga dengan kehadiran tahun baru Islam ini akan terus meningkatkan keimanan dan kefungsian kita sebagai khalifah di bumi ini. Semoga hari2 yang mendatang akan lebih bermakna buat kita. Dikesempatan ini juga cheq sue nak ucapkan tahniah kepada Izah yang kini sedang hamil anak ketiga. Pening dok fikir, siapa selain Mas...rupanya Izah juga mendapat tuah. Semoga kedua2 sahabat ini akan dilindung Allah dan sejahtera aje selama tempoh itu. Cheq sue tumpang gembira!

Okay...kita tinggalkan cerita ceriti cheq sue ni, jom nengok ke lauk ayam harum thai ni, memang ramai sangat yang dah cuba. Cheq sue buat ni pun 2 3 hari lepas, dok tersimpan aje di dalam draft.  Memang ayam ni sedap sangat dimakan dengan nasi putih. Cheq sue buat ni ringkas2 aje, cuma tambah baby corn, selain dari capsicum. Cuma macam biasalah, cheq sue buat berkuah sikit.




Mmmm...bila dah lama x berceloteh ni, kering idea pulak rasanya. Heeeeee.... Nantilah cuba ambil mood balik. Harap2 lepas ni tetap semangat nak berblog... Wassalam...

AYAM HARUM THAI
Resepi : Oshin @ MyR

Bahan A ** semua bahan A dihiris nipis
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B *** campurkan semua bahan B jadikan sos
2 sudu besar - sos cili
1 sudu besar - sos tomato
2 sudu besar - pes tomyam
2 sudu besar - kicap cair
2 sudu besar - kicap manis
1 biji air perahan limau nipis
daun sup (dihiris nipis)
Isi ayam (dipotong dadu) - diambil dari 1/2 ekor ayam
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4)
cheq sue tambahkan baby corn yang dihiris nipis

Cara-cara
Panaskan minyak didalam kuali tumiskan Bahan A hingga wangi Kemudian masukkan Bahan B & tumiskan hingga wangi
Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut
Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan & kacau2...
Akhir sekali masukkan lada bengala/capsicum...
Selamat mencuba.. sekali cuba pasti nak lagi.. hehehe

Kamis, 10 November 2011

Chicken & Prawn Popcorn

 
 
Popcorn ni cheq sue buat petang semalam, sebagai kudapan dinner. Dalam hati ni terasa sangat nak makan kek tapi ada pulak bahan yang xde. Bila memikirkan ada ayam dan udang, terus teringat popcorn cicken yang pernah Kak Ida tunjukkan. Cuma macam biasalah cheq sue ejas sikit bahan2nya tu. Jangan marah ye kak...

Popcorn ayam dan udang ni memang sesuai sgt dimakan gitu aje, cicah dengan sos cili Thai, kejap aje boleh habis. Alaaaaa...macam kita makan popcorn time tgk wayang la...dok suap aje tgk2 dah habis. Macam Kak Ida bagitahu, boleh jugak kalau nak dibuat sebagai lauk sampingan. Kalau budak2 memang suka la buat camni. Budak2 macam cheq sue lagi la suka.
 




 Sebenarnya bila kita buat sendiri popcorn ni memang puashati sgt. Dah terjamin kebersihannya, dan makan pun tak bercatu. Macam cheq sue buat ni, rasa2 macam sikit aje tapi nak menghabiskan sorang memang kekenyangan betul. Idea nak buat menggunakan udang ni timbul bila cheq sue tgk udang tu kulitnya x berapa tebal. Kalau guna udang besar kena lah buang dulu kulitnya.
 



 CHICKEN & PRAWN POPCORN
Resepi : Kak Ida, Japan
Olahan : Cheq Sue

Bahan-bahan :
5 keping boneless chicken cheq sue guna dalam 2 ketul aje, dah potong dalam 1/2 cawan
4 ulas bawang putih*
1/4 labu bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 - 1 sk serbuk pati ayam
1/2 sk serbuk lada sulah
2 sb mayonis
1 cawan tepung tempura cheq sue ganti dengan tepung jagung
1/2 cawan air atau secukupnya
1/2 cawan breadcrumb / serbuk roti....boleh letak lebih
Garam secukup rasa
Cheq sue tambah 1 biji telur, serbuk cajun, bijan hitam dan minyak bijan

Cara membuatnya:
Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu
Kisar bahan bertanda * cheq sue tumbuk aje
Gaul ayam dengan bahan *, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah, mayonis dan garam secukup rasa....perap ayam seketika 
Bancuh tepung tempura bersama air, garam, dan campurkan breadcrumb.......kacau sebati  #
Gaul ayam bersama bancuhan tepung di ata s#
Panaskan minyak 
Goreng ayam di dlm minyak yg banyak hingga masak dan garing. Selamat mencuba.