Tampilkan postingan dengan label Kuih-muih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kuih-muih. Tampilkan semua postingan

Senin, 16 September 2013

Roti Jala & Kari Ayam Caca Marba

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Nampaknya masih juga kena keluarkan n3 tertunggak. Sekarang ni payah sikit nk dapat n3 fresh. Tak menyempat rasanya nk mengadap lappy lelama dek kerana komitmen yang sangat diperlukan dalam pekerjaan yang lain. Saya harap kawan2 boleh faham la ya!

Berbalik pada n3 kali ini saya buat setelah 2 3 kali dok tengok roti jala yang dibuat oleh Kak Yatie. Kebetulan pula saya memang dah lama nak makan roti jala. Dan kebetulan pula lagi ada bahan2 untuk membuat kari ayam yang mudah2.


Daripada adunan yang dinyatakan, saya hanya buat separuh saja. Dapat agak banyak, boleh la makan 2 3 kali dan boleh bawa bekal ke sekolah juga. Seperti selalu..saya menggunakan acuan muncung 3 untuk menjala dengan menggandingkan warna hijau dan kuning.


Untuk roti jala tu, agak suram sikit gandingan warnanya. Rasa macam dah letak banyak tapi masih tak terang. Tak ngapelah... ♥

Untuk karinya pula saya buat ikut suka aje... guna apa yang ada je. Karinya lebih banyak air dari santan. Yang penting dapat masuk tekak dan menepati citarasa.

TQ pada Kak Madihaa dan Kak Yatie yang berkongsikan resepi ni.



ROTI JALA
Resepi : Kak Madihaa
Sumber : Kak Yatie

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
 
Cara2nya
Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.
 

KARI AYAM CACA MARBA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Semangkuk kecil ayam (cincang saiz kecil) 
1/2 bji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 sb serbuk kari - saya guna serbuk kari ikan
1 sk serbuk cili
1/2 kotak santan
1 cawan air
1 biji ubi kentang - belah 8
2 tangkai daun kari
Rempah empat sekawan - agak-agaklah
Gula garam secukupnya

Cara membuatnya :
Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dan bawang yang dicincang. Setelah agak layu masukkan daun kari, rempah kari dan serbuk cili. Tumis hingga garing
Masukkan ayam. Tambah air dan ubi kentang. Masak hingga ayam dan kentang empuk. Kalau kentang kecil boleh masukkan lambat sikit.
Bila sudah mendidih masukkan santan, kacau hingga rata. 
Perasakan dengan garam dan gula. Manis sikit pun tak apa.

Rabu, 24 Juli 2013

Homemade Cendol

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hai...jeles je tengok bila teman2 dah mula postkan n3 pasal biskut raya. Rasa macam nak je buat jugak tapi belum lagi beli bahan-bahan. Saya target nak siapkan menjahit dulu baru nak buat biskut. Sari dua ni memang bizi sikit. Dengan kerja sekolah dan segala mak nenek yang perlu diselesaikan, mudah je badan jadi penat. Tambah2 lagi sekarang ni sejuk benar di CH. Kalau bangun sahur tu dalam 13, 14, 15, 16 darjah. Kalau siang2 pulak paling tinggi pun 23 darjah. Pendek kata tak nampak benda lain dah, tau nak berbungkus dalam selimut aje. Macam mana nak pergi negara yang ada salji... Haish!!

Jom tengok ape citer n3 kali ni. Projek membuat cendol di malam hari. Entah kenapa tetibe je terlintas nak buat cendol setelah ternampak di blog Tun. Hish, kuat sungguh penangan blogger ni. Dalam pukul 10 malam, kung kang kung kang kat dapur, dalam 30 minit dah siap. Hihihihi...


Rupa2nya saya dah pernah buat resepi ni dulu (di sini) tetapi menggunakan tepung jagung. Kali ni saya ikut je 100% resepi tu. Cuma pada pendapat saya, kuantiti air tu boleh dikurangkan sdikit sebab cendol yang terhasil agak rapuh dan lembik. Kata Kak Ena, cendol yang menggunakan tepung beras rasanya lebih sedap. Entah la pulak. Saya tak berapa suka makan cendol, sesekali boleh la. Tapi daripada tak ada boleh jugak la terima. Yang saya buat ni pun boleh dikongsikan dengan kawan2 yang tak balik kg.

RESEPI CENDOL TEPUNG BERAS
Resepi: Kak E-Na
Sumber: Kak Rose, Tun Telani

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
3 cawan air
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk. Ketepikan.
Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Minggu, 16 Juni 2013

Kuih Ketayap a.k.a Coconut Crepe

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari pertama saya nak masuk kelas setelah hampir sebulan tak jumpa anak-anak pelajar. Bermula dengan peperiksaan pertengahan tahun, cuti sekolah dan mesyuarat di Klang, rasa kekok pulak nak mengajar. Ewahhh, boleh pulak macam ni ya. Apapun saya tinggalkan CTS dengan n3 autpublish ni.

Cop nak ingat, entah bila saya buat ketayap ni. Aiseymannn, sampai dah lupa dalam kurun mana tah. N3 tertunggak la katakan. Seingat saya, ada bawak 2 biji kelapa muda (kulit hidup) dari kampung, jadi nak habiskan saya pun buat la kuih ketayap ni. Ala-ala crepe la katakan.


Saya sebenarnya jarang2 buat kuih tradisional ni. Bukan apa, kadang2 buat tapi tak makan. Cuma ada masa2 je rasa sangat nak makan kuih tu kuih ni. Sama jugak bila masak ketayap ni, dapat banyak jugak la walaupun saiz XL (saya guna pan agak besar). Banyak jugak la yang saya makan ^^


Gabungan kelapa dengan kulit ketayap tu memang ngam sangat. Tambah dengan wangi2 daun pandan dan santan. Intinya tu saya tak masukkan durian, buat yang biasa je. InsyaAllah lain kali nak buat lagi kalau kata ada kelapa muda. Kawan2 yang lain silalah cuba. Saya copy semula resepinya. TQ Kak Yatie.




KUIH KETAYAP
Resepi : Kak Yatie

Bahan-bahan.
2 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 sk pewarna hijau/ kuning
2 cwn air
3/4 cwn susu segar/santan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
minyak utk oles pada kuali/non stick pan

Utk Inti
1 biji kelapa parut putih je
1/2 cwn gula merah/gula melaka (manis ikut suka)
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar lempuk durian
2 helai daun pandan di simpul
sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

Cara-cara
Untuk inti; Masak air gula & daun pandan, (jika berhabuk tapiskan dulu) Masukkan kelapa parut.. gaul rata, sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Untuk kulit; Gaul tepung,susu/santan,air,telur dan garam. Letak 1 sb minyak masak dan gaul sebati menggunakan whisk atau senang di blend terus.
Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dihidang.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Jumat, 10 Mei 2013

Badak Berendam Pulut Hitam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Projek terbengkalai ni... ^^. Dah lama jugak buat, dok terperap dalam draft tak menyempat nak publish. Dengan terhasilnya badak berendam pulut hitam, maka habislah sudah stok tepung berkenaan yang dah agak lama jugak dalam simpanan saya. Separuh dibuat pau, separuh lagi dibuat badak berendam. ^^

Saya memang suka kuih badak berendam. Kalau biasa kita gunakan tepung pulut, penggunaan tepung pulut hitam tak kurang hebat. Cuma ianya tak la selembut tepung pulut, agak kenyal sedikit. Boleh la cuba kalau nak rasa sedikit kelainan citarasa.


Yang saya buat ni biasa2 je... tang kuahnya tu saya ejas ikut suka hati, kali ni tak la pekat sangat santannya, memang lebih air sikit... Cuma saya pelik, bila simpan dalam peti ais, adunan kuih tu jadi macam mentah pulak, rasanya memang dah rebus agak lama. Kenapa ya.... Mmmmmm... Kalau ada yang nak cuba tu silalah... Macam 'jem' pulak weekend2 gini bila buat update....

BADAK BERENDAM PULUT HITAM
Sumber : Ika
Resepi Asal : AlongRozz

Bahan-bahan :
3 / 4 cawan Tepung Pulut Hitam*
1 cawan Tepung Pulut*
Air + Garam secukupnyer*

Cara-cara :
Satukan semua bhn bertanda * dan masukkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh yg sempurna.
Kemudian balutkan dengan inti kacang merah. Seeloknya saiz sedang supaya masak sekata dan cepat
Masukkan ke dalam air mendidih beberapa minit sehingga adunan mula timbul. Seeloknya biar lama sikit bagi memastikan adunan masak hingga ke tengah
Sementara menunggu adunan tu masak bolehla sediakan kuahnya

Untuk kuahnya :
1 kotak santan kara + 2 kotak santan air  + Gula + sedikit garam + halba
Pekatkan dengan bancuhan tepung beras dan air

********** (^__^) ********** 

Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~