Tampilkan postingan dengan label Nasi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Nasi. Tampilkan semua postingan

Senin, 09 September 2013

Nasi Harissa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Nampaknya blog CTS sepi sekali lagi. Hujung minggu lalu saya tak sempat keluarkan n3 kerana tuntutan masa yang tidak mengizinkan. Lagi pula boleh tahan sibuk menyemak kertas peperiksaan. Dan hari ni meskipun agak lewat... ingin saya kongsikan satu resepi yang saya dah cuba baru2 ini.

Saya memang suka makan nasi tumis. Kalau ada nasi yang agak pelik namanya, sedap rasanya memang saya teruja nak mencuba. Pada saya tak rugi kita cuba, kerana pada akhirnya kita juga yang akan merasa nikmatnya sesuatu makanan itu. Mungkin secara lahirnya memasak @ menanak nasi adalah satu proses biasa, tetapi kadang kala kandungan bahan yang digunakan akan menentukan nasi itu sedap atau tidak.



Seperti juga nasi harissa ni, memang rasanya seunik nama. Saya dah lama nak mencuba tetapi asyik tertangguh sehari ke sehari. Iyalah, kadang2 semangat tu ada tapi bila fikirkan saya nak kena makan 2 / 3 kali benda yang sama, saya biarkan dulu. 



Namun disebabkan hendak menghabiskan stok ayam, saya buat jugak nasi ni sebagai gandingan kepada ayam palembang yang insyaAllah saya akan kongsikan dalam n3 akan datang. Masa masak memang dah semerbak baunya. Bila makan saya mendapati keunikan nasi ini adalah pada bau jintan dan ketumbar. Tak tahulah kalau saya termasuk jintan tu dengan agak banyak, tetapi rasanya sedap. Walaupun kena makan 3 kali untuk menghabiskan nasi yang saya tanak sebanyak secawan tu...tak ada masalah T_T...

Terima kasih pada semua yang berkongsikan resepi menarik ni. Kawan2 yang belum buat boleh la cuba bagaimana rasanya. Saya copy semula resepi di sini untuk rujukan akan datang.


NASI HARISSA
Sumber : kaknor (resepi Noreen - xde link)
Sumber : Mel, tun telani


Bahan-bahan:
    1kg beras basmathi - saya guna beras Basmathi Sakura (sukatan beras dan air 1: 2 - tanpa rendam)
    air ikut padat beras dan lebihkan 100ml 3 labu bawang besar - dihiris
    500g lobak merah/karot - diparut kasar
    3 ikat daun ketumbar - ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau
    2 jari kulit kayu manis
    6 kuntum bunga cengkih
    10biji buah pelaga
    garam secukup rasa
    bawang goreng
    daun ketumbar
    minyak atau mentega untuk menumis


    Bahan2 kisar :
    1 sudu kecil jintan halus - guna jintan putih+ jintan manis
    3cm halia
    10 ulas bawang putih 
    1sk serbuk ketumbar- tun tambah sbb xde daun ketumbar saya tak masukkan

    Cara:
    1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian gaulkan dengan lobak merah dan tos hingga kering
    2. Panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu
    3. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Kacau sehingga naik bau  - tun tumis sekali dgn bahan kisar
    4. Masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi. Tumis sehingga garing
    5. Masukkan air dan garam secukup rasa
    6. Apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak.Boleh juga dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa. 

    7. Setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng. Tutup periuk rapat-rapat. Setelah beberapa minit, kacau dan biarkan masak sepenuhnya. Hidangkan dengan lauk-pauk yang lain

    Minggu, 25 Agustus 2013

    Kuah Kacang / Kuah Sate & Resepi Nasi Impit

    Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

    Saya seorang penggemar kuah kacang tetapi jarang sekali membuatnya. Sesekali kalau saya buat tu ada saja yang tak kena, selalu tak menjadi. Kalau saya nak buat di kampung, selalu mak saya akan gelak dan tanya pandai ke tidak. Cadangnya saya nak buat untuk Aidilfitri lalu tetapi memandangkan bapa saya ada gaot, saya biarkan dulu. Dan bersempena saya menyambut Raya 6, saya buatlah sikit untuk makan-makan dengan berpandukan resepi Mat Gebu. Kalau nak harapkan saya membuat resepi sendiri dengan 'mengagak' bahan-bahan, dulu lagi saya tak sanggup. T_T

    Kebetulan pula, kacang tumbuk baki mee bandung masih ada, jadi projek kuah kacang dan nasi impit ni pun berjalanlah bermula jam 9 malam dan siap dalam pukul 11.30. Punya la semangat nak raya, semangat nak makan lebih la lagi.

    Kuantiti kacang yang saya gunakan tak sampai 400g, jadi kuah ni agak cair sikit. Kalau tengok dalam gambar memang nampak macam cair tapi tak la cair sangat. Lepas tu mungkin kacang yang satu lagi saya guna tu dah agak lama dan baunya menjadi tengik. Kira tak berapa kick lah. Serai yang saya guna pulak jenis paha ayam dan memang agak kurang bau jika dibandingkan dengan serai yang agak 'kurus' sikit tu. Cuma apa yang boleh saya katakan, saya suka sangat sebab kuah kacang ni menjadi, dan ada 'rupa'. Sedap pula di makan dengan nasi impit yang dibuat sendiri. Resepinya saya kongsikan di bawah ni. Buat Che Mat, terima kasih kerana berkongsikan resepi mudah ni.


    KUAH KACANG @ KUAH SATE (RESEPI DTS)

    BAHAN-BAHANNYA :-)
    400 gram kacang tanah
    1 senduk nasi penuh cili kisar
    2 batang serai, dititik
    3/4 cawan jus asam jawa
    Garam dan gula secukup rasa gula saya masukkan 2 sudu besar
    1500 ml air
    Saya tambahkan gula nisse Kelantan 2 1/2 keping

     
    BAHAN KISAR HALUS :-)
    80 udang kering, rendam 10 minit dengan air panas, toskan saya tak masukkan, tak ada stok
    13 biji bawang merah
    5 ulas bawang putih
    4 batang serai, dihiris
    1 camca besar ketumbar
    1 1/2 inci lengkuas

    CARA MEMBUATNYA :-)
    Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
    Tuang air dan juga masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, tambah gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.


    NASI IMPIT
    Resepi : Cheq Sue

    Bahan-bahan :
    2 cawan beras Siam
    8 cawan air

    Cara membuatnya :
    Basuh beras seperti biasa
    Masuk ke dalam periuk nasi dengan sukatan 1 beras : 4 air (gunalah sukatan yang disukai asalkan sepadan dengan saiz periuk nasi)
    Bila nasi mula mendidih, sentiasa kacau dari masa ke masa untuk membolehkan nasi hancur.
    Bila nasi sudah masak, teruskan mengacau sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Sekiranya nasi sudah betul-betul hancur, boleh nampak perbezaannya.
    Semasa pindahkan ke bekas, tekan sedikit biar padat. Saya selalu guna plastik (balut tangan dengan tuala dan bungkus dengan plastik) untuk menekan nasi dalam bekas.

    Catatan :
    Kalau gunakan beras nasional atau tempatan, nisbahnya ialah 1 : 3
    Untuk lebih wangi boleh masukkan sehelai daun pandan dan sedikit garam

    Selasa, 30 Juli 2013

    Nasi Ayam (Kak Amie)

    Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

     Kata orang, pada bulan puasa ni la selera kita menjadi lebih sukar untuk dimengertikan. Ewahhh...kalau di siang hari tu awal2 lagi dah fikir nak makan apa, nak masak apa. Kalau ke pasar Ramadhan tu rasa semua macam nak beli. Begitu juga halnya dengan saya. Satu hari tu tetiba je saya rasa nak makan nasi ayam. Pergi ke pasar Ramadhan Brinchang tak ada pulak rupa nasi ayam yang menarik perhatian. Nak buat sendiri di rumah geng masak tu nak habiskan lauknya dulu. Jadi nak tak hendak saya buatlah jugak dua hari kemudian dengan menggunakan resepi Kak Amie.

    Memang dah lama pun saya nak cuba resepi tu, tapi dari sehari ke sehari tak buat2 jugak. Sebenarnya kalau sebut nasi ayam, ada pelbagai versi dan cara yang saya pasti masing2 sedap semuanya. Dengan menggunakan resepi Kak Amie ni, ada sedikit kelainan dalam penyediaan nasi. Kalau sebelum ni saya buat ikut suka je, tapi cara yang dikongsikan Kak Amie ternyata kena dengan selera saya. Gabungan semuanya ni memang lengkap dan sedap. Puas hati dapat menikmati nasi ayam buatan sendiri. *_*


    Untuk resepi ni saya hanya buat 1 cawan beras sahaja. Cukup makan 2 orang dan ada sedikit lebih untuk bersahur. Tengoklah ayam tu kecil bebenor bila dah masak. Hiiii... Untuk kawan2 sampingannya tu ada yang saya ikut resepi, ada yang tidak. Seperti kicapnya tu saya ikut macam Kak Amie. Untuk sos cilinya saya cuma guna sos cicah Thai dan dicampur dengan air dan cili. Untuk supnya tu macam biasalah.


    Terima kasih pada Kak Amie yang berkongsi resepi sedap ni. Saya copy semula dibawah untuk rujukan akan datang.
    NASI AYAM
    Resepi : Kak Amie

    Resepi Nasi
    Bahan-bahan:
    4 cawan beras basmathi  (rendam selama 20 minit) - boleh gunakan beras wangi atau beras biasa saya guna beras Moghul Faiza (1 cawan : 2 cawan air)
    5 cawan air rebusan ayam
    1 sudu makan stok ayam pekat MAGGI
    4 sudu makan marjerin
    3 ulas bawang putih - hiris halus
    3cm halia - hiris halus
    1 batang kulit kayu manis
    3 kuntum bunga cengkih
    1 helai daun pandan - siat-siat

    Cara:
    1. Panaskan marjerin di dalam periuk sehingga cair.
    2. Masukkan bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan. Tumis sehingga harum dan layu.
    3. Masukkan air rebusan ayam dan stok ayam pekat. 
    4. Setelah air mendidih, masukkan beras dan tutup periuk.
    5. Biarkan sehingga nasi masak.

    Resepi Ayam (Goreng)
    Bahan-bahan:
    2 keping daging ayam bahagian peha
    3 ulas bawang putih - tumbuk
    4 cm halia - tumbuk
    1 sudu teh lada putih - tumbuk
    1 sudu teh serbuk kunyit
    3 sudu makan sos tiram
    1 sudu teh kicap pekat
    2 sudu makan minyak bijan - jika tidak suka, tak perlu bubuh
    minyak

    Cara:
    1. Cuci dan toskan daging ayam sehingga kering.
    2. Perap ayam bersama bawang putih, halia, lada putih, serbuk kunyit, sos tiram, kicap pekat dan minyak bijan selama 1 jam.
    3. Goreng di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas.
    4. Angkat setelah daging ayam masak atau berwarna emas keperangan.

    Resepi Ayam (Rebus)
    Bahan-bahan:
    1 keping daging ayam bahagian peha
    3 ulas bawang putih - pecahkan
    1 labu bawang besar - belah 6
    3cm halia - pecahkan
    1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
    1 liter air
    1 sudu makan minyak bijan
    1 sudu makan kicap cair
    1 tangkai daun ketumbar - hiris

    Cara:
    1. Didihkan air di dalam periuk.
    2. Masukkan daging ayam, bawang putih, bawang besar dan halia.
    3. Renih daging ayam dengan api sederhana.
    4. Setelah daging ayam empuk, masukkan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa.
    5. Keluarkan daging ayam dari periuk dan cincang / potong ikut suka.
    6. Taburkan hirisan daun ketumbar dan renjiskan minyak bijan dan kicap cair ke atasnya.
    7. Sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Ayam.

    Resepi Sambal Cili
    Bahan-bahan:
    2 biji cili merah - buang biji
    9 biji cili padi minyak 
    2 biji tomato merah
    5 ulas bawang putih
    3 cm halia
    5 biji limau kasturi - ambil jusnya
    garam / gula / perasa pilihan secukupnya

    Cara:
    1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar halus.
    Untuk mendapatkan rasa yang lebih mesra, sos sambal ini boleh disediakan lebih awal beberapa jam sebelum dihidangkan bersama Nasi Ayam.

    Resepi Kicap
    Amie gunakan lebihan bahan perapan daging ayam dan dicampur dengan kicap manis serta sedikit air bancuhan tepung jagung serta 2 sudu makan minyak bijan. Caranya mudah sahaja, iaitu masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga mendidih dan kuah menjadi pekat. 

    ********** (^__^) ********** 
     Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

    Senin, 01 Juli 2013

    Nasi Serai, Ayam BBQ Segera & Sos Mudah

    Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

    Lama tak buat nasi tumis. Sesekali bila teringin nak makan mula la membelek buku resepi. Berkenan pulak dengan nasi serai yang saya jumpa di blog Ika. Kebetulan ada stok ayam tu yang jadik je projeknya.

    Saya buat pun tak banyak, dalam 1 cawan beras saja. Dapat la dua kali makan sampai kenyang. Yang dalam gambar di bawah ni saya buat bekal ke sekolah. Muram dan suram je gambarnya sebab snap pepagi. Nak buat camana, kalau masak banyak2 kang jenuh nak perabihkan. Cara nak membuatnya pun senang, saya guna je rice cooker. Alhamdulillah menjadi elok nasinya. Saya ni bukan pandai sangat guna beras basmathi, main agak-agak. Saya guna beras basmathi Moghul Faiza. Dengan 1 cawan beras tu saya guna 2 cawan air (beras tak rendam dulu). Berdebar jugak kot2 tak jadi tapi nasib baik peroi dan masak elok pulak. I loike!


    Untuk lauknya pula saya hanya guna rempah segera BBQ Ummi dan diperap semalaman. Kemudian bakar dalam pemanggang ajaib. Sedap jugak rasanya. Tak payah nak renyah itu ini, tuang atas ayam dan perap je sehingga masa yang sesuai.

    Oleh sebab nasi ni agak kering, saya sediakan sos mudah untuk di cicah dengan ayam. Lebih kurang sama je dengan sos untuk ayam bakar mandhi. Cuma yang saya buat ni main agak-agak suka hati je. Sebenarnya nasi ni kalau ada kuah2 macam dalca ke memang jangan cakap lah, terlebih2 sedap pulak jadinya.

    NASI SERAI
    Sumber : Ika (Arah)

    Bahan-bahan :
    2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan
    1 helai daun pandan-simpul
    2 cawan air

    Bahan tumis:
    1-1/2 sudu mkn butter
    1 biji bawang besar-hiris
    2 ulas bawang putih -hiris
    1/2 in halia-hiris
    2 sudu teh rempah kurma
    3 btg serai-ketuk
    Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga
    Garam secukupnya
    sedikit raisin hitam>>yg ni sesajer tambah! :D
    Bawang goreng utk hiasan

    Cara-cara :
    Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.
    Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.Kita makan dgn acar n kari ala rendang!

    SOS MUDAH

    Daun ketumbar (+ batang) + bawang besar + cili padi + tomato
    Gula, garam secukupnya
    Semua bahan ni blend separa hancur


     ********** (^__^) **********
     Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~