Minggu, 25 Agustus 2013

Kuah Kacang / Kuah Sate & Resepi Nasi Impit

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya seorang penggemar kuah kacang tetapi jarang sekali membuatnya. Sesekali kalau saya buat tu ada saja yang tak kena, selalu tak menjadi. Kalau saya nak buat di kampung, selalu mak saya akan gelak dan tanya pandai ke tidak. Cadangnya saya nak buat untuk Aidilfitri lalu tetapi memandangkan bapa saya ada gaot, saya biarkan dulu. Dan bersempena saya menyambut Raya 6, saya buatlah sikit untuk makan-makan dengan berpandukan resepi Mat Gebu. Kalau nak harapkan saya membuat resepi sendiri dengan 'mengagak' bahan-bahan, dulu lagi saya tak sanggup. T_T

Kebetulan pula, kacang tumbuk baki mee bandung masih ada, jadi projek kuah kacang dan nasi impit ni pun berjalanlah bermula jam 9 malam dan siap dalam pukul 11.30. Punya la semangat nak raya, semangat nak makan lebih la lagi.

Kuantiti kacang yang saya gunakan tak sampai 400g, jadi kuah ni agak cair sikit. Kalau tengok dalam gambar memang nampak macam cair tapi tak la cair sangat. Lepas tu mungkin kacang yang satu lagi saya guna tu dah agak lama dan baunya menjadi tengik. Kira tak berapa kick lah. Serai yang saya guna pulak jenis paha ayam dan memang agak kurang bau jika dibandingkan dengan serai yang agak 'kurus' sikit tu. Cuma apa yang boleh saya katakan, saya suka sangat sebab kuah kacang ni menjadi, dan ada 'rupa'. Sedap pula di makan dengan nasi impit yang dibuat sendiri. Resepinya saya kongsikan di bawah ni. Buat Che Mat, terima kasih kerana berkongsikan resepi mudah ni.


KUAH KACANG @ KUAH SATE (RESEPI DTS)

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram kacang tanah
1 senduk nasi penuh cili kisar
2 batang serai, dititik
3/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa gula saya masukkan 2 sudu besar
1500 ml air
Saya tambahkan gula nisse Kelantan 2 1/2 keping

 
BAHAN KISAR HALUS :-)
80 udang kering, rendam 10 minit dengan air panas, toskan saya tak masukkan, tak ada stok
13 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai, dihiris
1 camca besar ketumbar
1 1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
Tuang air dan juga masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, tambah gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.


NASI IMPIT
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
2 cawan beras Siam
8 cawan air

Cara membuatnya :
Basuh beras seperti biasa
Masuk ke dalam periuk nasi dengan sukatan 1 beras : 4 air (gunalah sukatan yang disukai asalkan sepadan dengan saiz periuk nasi)
Bila nasi mula mendidih, sentiasa kacau dari masa ke masa untuk membolehkan nasi hancur.
Bila nasi sudah masak, teruskan mengacau sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Sekiranya nasi sudah betul-betul hancur, boleh nampak perbezaannya.
Semasa pindahkan ke bekas, tekan sedikit biar padat. Saya selalu guna plastik (balut tangan dengan tuala dan bungkus dengan plastik) untuk menekan nasi dalam bekas.

Catatan :
Kalau gunakan beras nasional atau tempatan, nisbahnya ialah 1 : 3
Untuk lebih wangi boleh masukkan sehelai daun pandan dan sedikit garam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar