Selasa, 27 Agustus 2013

Mee Udang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama jugak saya pantang makan udang. Tapi sejak dua menjak ni saya tak nak dah pantang2...kalau ada rasa gatal2 tu nanti pandai la cari ubat kan? Yang geramnya dok cari udang saiz besar sikit, tapi tak ada pulak yang jual. Hanya ada saiz sederhana dan kecik2 aje. Kalau diikutkan tak masyuk sangat nak buat mee udang tapi dari dok mengidam je manjang saya pun jalankan aje projeknya. Kecik ke besar ke janji ada mee udang.

Bila cerita mee udang je, teringat masa ke Kuala Sepetang dulu, konon la nak cari Mee Udang Mak Jah tapi sampai ke balik tak jumpa. InsyaAllah satu hari nanti saya nak ke sana semula mencari mee udang yang menjadi sebutan ramai.



Berbalik pada mee udang yang saya buat ni, tak banyak pun. Hanya untuk seorang makan, tetapi itu pun dah terbanyak. Dengan berpandukan resepi dari K.Cik (MyR), ada bahan yang tertinggal agaknya iaitu sos cili dan sos tomato. Walaupun begitu Alhamdulillah menjadi jugak mee udangnya. Cuma macam yang saya bagitahu di atas tu lah, tak puas hati dengan udangnya yang semakin mengecil bila dah masak T_T

Saya copy semula resepinya di sini kot2 ada yang mahu mencuba.


MEE UDANG
Resepi : K.Cik @ MyR

Bahan-bahan ( 10 orang )
2 paket mee kuning - di celur
1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
1/2 ekor ayam

Bahan2 Utk Dikisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
8 - 10 tangkai cili kering

Cara-cara
Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30min. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih.
Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa. Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goreng.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar