Tampilkan postingan dengan label Bihun / Mee / Kuetiaw. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Bihun / Mee / Kuetiaw. Tampilkan semua postingan

Kamis, 05 September 2013

Mee Udang Sungai Dua

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dendam mee udang belum habis lagi... T_T! Setelah mencuba mee udang versi 1 dari MyR, saya cuba pula resepi mee udang famous yang dikongsikan oleh Kak Ita. Masa ke pasar malam, ada jual udang yang bersaiz agak besar sikit, jadi saya beli la setengah kilo, dan semuanya saya buat mee udang, makan dengan 1 peket mee gitu. Masalah gatal tu saya letak belakang kira... hoooooo.


Oleh kerana saya buat ni sikit je, maka saya ejas la bahan2 mengikut keperluan. Udang tu saya buang kulit terlebih dahulu dan saya rebus. Kulitnya pula saya mesin dengan airnya untuk dicampurkan dalam kuah. Ini kes malas nak kopek kulit udang lah ya...

Pastu semua kaum kerabatnya saya tak masukkan, cuma saya terus masukkan sayur sawi dalam kuah, sebabnya saya rasa pelik kalau makan benda-benda yang tak ada sayur ni... Cuma saya agak kuah yang saya buat ni terbanyak udang kering, menyebabkan kuah menjadi agak pekat.

Jadi, dengan siapnya mee udang ni, maka dapatlah saya menikmati mee udang sepuasnya. Saya copy semula resepinya di sini untuk rujukan akan datang.



MEE UDANG SUNGAI DUA
By : Puan Zaiton
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku
Sumber : Kak Ita

1 kg mee kuning ~ dicelur
2 tangkai daun bawang ~ di hiris halus
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris
3 biji telur rebus ~ di belah
3 biji limau nipis ~ di belah
sedikit bawang goreng

Bahan Kuah
3 ulas bawang merah ~ dikisar
8 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
3 batang serai ` dikisar
2 sudu besar cili kisar atau cili boh
230 gm udang kering ~ kisar
2 kg keledek ~ direbus dan di lenyek halus
1/2 kg kentang ~ direbus dan dilenyek halus saya hanya guna ubi kentang sahaja
2 biji telur ayam
sedikit paste tomyam ~ ita guna 1 kiub tomyam
Perencah sup tulang saya tak masukkan
3 ekor udang galah ~ ita guna udang biasa
Garam dan gula secukup selera

Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang hingga naik bau
Masukkan semua bahan yang di kisar dan masak hingga garing
Bila terbit minyak masukkan cili dan tumis lagi hingga garing
Masukkan udang kering masak lagi selama 2 minit
Kemudian masukkan keledek damn kentang lenyek tadi
Tambahkan sedikit air jikalau kuah agak pekat
Masukkan telur ayam, paste tomyam, perencah sup tulang dan kacau hingga sebati
Masukkan garam dan gula mengikut selera
Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang
Masak lagi hingga udang di masak dengan sempurna
Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama.

Selasa, 27 Agustus 2013

Mee Udang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama jugak saya pantang makan udang. Tapi sejak dua menjak ni saya tak nak dah pantang2...kalau ada rasa gatal2 tu nanti pandai la cari ubat kan? Yang geramnya dok cari udang saiz besar sikit, tapi tak ada pulak yang jual. Hanya ada saiz sederhana dan kecik2 aje. Kalau diikutkan tak masyuk sangat nak buat mee udang tapi dari dok mengidam je manjang saya pun jalankan aje projeknya. Kecik ke besar ke janji ada mee udang.

Bila cerita mee udang je, teringat masa ke Kuala Sepetang dulu, konon la nak cari Mee Udang Mak Jah tapi sampai ke balik tak jumpa. InsyaAllah satu hari nanti saya nak ke sana semula mencari mee udang yang menjadi sebutan ramai.



Berbalik pada mee udang yang saya buat ni, tak banyak pun. Hanya untuk seorang makan, tetapi itu pun dah terbanyak. Dengan berpandukan resepi dari K.Cik (MyR), ada bahan yang tertinggal agaknya iaitu sos cili dan sos tomato. Walaupun begitu Alhamdulillah menjadi jugak mee udangnya. Cuma macam yang saya bagitahu di atas tu lah, tak puas hati dengan udangnya yang semakin mengecil bila dah masak T_T

Saya copy semula resepinya di sini kot2 ada yang mahu mencuba.


MEE UDANG
Resepi : K.Cik @ MyR

Bahan-bahan ( 10 orang )
2 paket mee kuning - di celur
1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
1/2 ekor ayam

Bahan2 Utk Dikisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
8 - 10 tangkai cili kering

Cara-cara
Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30min. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih.
Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa. Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goreng.

Senin, 01 Oktober 2012

Sizzling Yee Mee

 

Selamat datang Oktober... Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga sihat2 aje selalu di samping keluarga.                       Apa juadah di petang hari ni? Mesti tengah menikmati teh o dengan kuih muih air tangan sendiri mahupun yang di beli di kedai. 

Pemanas dapur ABC Oktober ini dimulakan dengan hidangan Sizzling Yee Mee yang sangat sedap. Dah beberapa kali membuatnya dan akan terus membuatnya di masa hadapan. Resepi yang mudah dan simple tetapi rasanya tak kalah dengan yang di kedai. Kalau tak percaya sila lah cuba. Untuk resepi kali ni cheq sue buat sedikit ubah suai dengan menggantikan cendawan shitake dengan cendawan tiram segar dan menambahkan sebiji telur. Rasanya boleh tahan, cuma agak kurang dan lain sedikit baunya juga dibandingkan dengan pengunaan cendawan shitake. Untuk makluman korang semua, telur tu cheq sue masukkan bersama dengan mee dan tutup seketika supaya dia masak dengan haba.

TQ pada penyumbang resepi ni, memang tak mengecewakan. Wassalam...

 
SIZZLING YEE MEE

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Stylish Thankyou

Kamis, 06 September 2012

Mihun Bandung ^_^

 
 
Mihun bandung ni cheq sue buat untuk berbuka 2 3 hari lepas. Dah lama sangat nak makan mee bandung (sebenarnya) tapi tak ada pulak mee, dengan mihun pun bolehlah. Cheq sue memang suka sangat mee bandung tapi amat jarang membuatnya. Kat sini boleh tahan payah juga nak beli, nak dapat yang sedap. Bila tengok2 kat buku resepi ada pulak resepi dari blog Kak Yatie.

Untuk makan sorang, cheq sue ubah sikit cara-caranya dan kuantiti bahan-bahan tu. Yelah, kadang2 nak makan sendiri ni kita boleh buat ikut cara kita. Contohnya macam ubi kentang untuk pekatkan kuah, cheq sue blend je terus sekali dengan bahan kisar. Pastu telur pun cheq sue lebur aje dalam kuah, takde nak buat telur cemplok. Yang penting tercapai hajat nak makan mee bandung walaupun dah jadi mihun bandung sebenarnya.

Pada teman2 yang agak tak berapa tahu nak buat mee bandung, bolehlah guna resepi ni, memang sedap dan puas hati sungguh. InsyaAllah kalau ada mee nanti nak cuba dengan mee pulak, mesti tangkap leleh punyalah... TQ Kak Yatie sudi berkongsi resepi sedap ni. Wassalam...

 
MEE BANDUNG
Resipi:  Yatie

Bahan-bahan:
* Mee kuning- dibasuh dan di celur sekejap(saya guna mihun je..)
* 5 sudu besar cili kisar(lada kering)
* 4 ulas bawang putih - dikisar
* 1 biji bawang besar - dikisar
* 5 sudu besar udang kering - dikisar
* 1 inci halia -di kisar
* 2 btng serai- di titik
* 2 biji kentang di rebus dan di lecek-utk pekatkan kuah

* 1 cawan udang basah cheq sue guna ayam
* 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
* 1/2 cwn sos cili
* 1/2 cwn sos tomato
* 4 biji telurTelur - rebus berasingan iaitu pecahkan dalam air panas dngn api sederhana
* 1 cwn kacang tanah digoreng ~ ditumbuk halus
* 4 cwn air
* Garam dan gula secukup rasa.
* 1 pokok sayur sawi-di celur sekejap
* 2 biji tomato biji
* Bawang goreng dan daun bawang serta hirisan limau kasturi- sebagai hiasan

Cara penyediaan:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan- bahan yang dikisar serta serai sehingga naik bau.
Masukkan sos cili dan sos tomato, kacang tanah dan air rebusan daging dan biar seketika.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sehingga pekat.
Masukkan kentang yg di lecek tadi dan gaul sebati.
Masukkan udang, daging rebus dan kacau sebati. Masukkan buah tomato tadi. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di hidangkan.

Cara hidangan:
Masukkan sedikit mee yg telah di celur kedalam mangkuk.
Letak sawi dan telur... tuangkan kuah di atas mee tadi.
Taburkan daun bawang dan bawang goreng serta letakkan hirisan limau.
Setelah siap, bolehlah di makan.

Stylish Thankyou

Senin, 13 Februari 2012

Mi Kungfu

 
 
Mmmm... lagi n3 yang tertinggal
Sekarang ni bz bodi sesangat, tak sempat nak jalan blog kengkawan
Nak sembang banyak pun x reti
Mana-mana yang dapat ajelah
TQ pada yang sudi berkunjung ke sini

Untuk mi kungfu ni, cheq sue buat minggu lepas jugak
Rasanya lebih kurang sama dengan mi/kuetiaw ladna cuma yang ni mi tu digoreng dulu dengan telur
Satu resepi untuk kelainan bila dicuba
TQ pada yang berkongsi resepi ni
InsyaAllah lain kali boleh cuba dengan kuetiaw pulak
Wassalam...





MI KUNGFU
Resepi : Hanis @ MyR
(adaptasi dari Kueh Teow Kungfu)

Bahan-bahan ( 1 orang )
Kueh teow
2 biji telur 1 biji + sedikit daging ayam
Lada hitam / lada putih
Mix seafood
Lobak
1~1setengah sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak) brocoli, kacang buncis & baby corn
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih) letak 1 je
Sos tiram

Cara-cara
Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
Masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. Ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.
Balikkan supaya kedua-dua belah masak.
Masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung. just dadarkan mi dan tuang bancuhan telur. masak hingga garing
Untuk kuah :
Tumis bawang putih hingga sedikit perang. Kemudian masukkan seafood mix.
Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air) 

Sabtu, 19 November 2011

Mee Kantonis


Maaflah semua ya, asik hidangkan korunk dengan roti wholemeal tu aje. Cheq sue minggu ni lepak kat rumah member, xdan nak mengapdet. Rindu sgt nak bw tapi di CH asik blackout manjang. Terima kasih juga atas kesudian teman2 yang masih datang berkunjung ke ila_cheq sue ni. Jadi, petang ni cheq sue nak kongsikan satu resepi mudah iaitu mee kantonis yang cheq sue buat 2 hari lepas. Resepi ni cheq sue salin dari majalah RASA, tak ingat tahun bila.

Dah lama jugak nak masak guna yee mee, memang suka sangat. Cadangnya nak buat sizzling tapi belum beli lagi bekasnya. Bila ternampak aje resepi ni terus nak cuba. Mudah dan senang aje rupanya. Bila makan memang x hengat. Kalau guna mee kuning biasa pun boleh jugak agaknya, tapi cheq sue rasa rasanya sedikit lari kot. "-"


Mee kantonis yang cheq sue buat ni xde diletak tepung jagung sebagai pemekat. Kalau dapat kuah pekat tu memang lagi kick. Yee mee ni sepertimana yang diketahui sedap jika dimakan dengan kuah panas2, kalau kuah x panas nanti yee mee tu tak lembut pulak.


Apapun, mee kantonis ni memang sedap. Kalau rasa dah jemu makan nasi bolehlah cuba mee ni pulak. Gerenti puashati. Wassalam...

MEE KANTONIS
Resepi : Majalah RASA 
Olahan : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Yee mee secukupnya
1 biji bawang putih - ketuk
1/2 kiub ayam
Sedikit daging ayam dan udang
1 biji telur
2 biji cili padi - ketuk (kalau nak pedas kasi lebih)
Kobis, daun kucai, lobak merah, capsicum, cili merah - hiris
2 biji cili tomato - belah 8
Sedikit tepung jagung dibancuh dengan air
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
Panaskan minyak & tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi
Masukkan daging ayam dan air, masak hingga ayam agak lembut
Kemudian masukkan sayur-sayuran, kiub ayam dan udang, masak hingga mendidih
Pecahkan telur dan masukkan air bancuhan tepung jagung. Masak seketika sehingga kuah agak pekat. Rasakan gula dan garamnya
Bolehlah ditutup api dan tuangkan kuah yang masih panas ke atas yee mee.

Kamis, 03 November 2011

Kuetiau Haufan

 
 
 Memang sedap kuetiau haufan ni dimakan semasa masih hangat @ suam-suam. Dah lama jugak mark resepi ni. Balik dari kg minggu lepas, ada beli kuetiau di Gua Musang. Sampai ke hari ni baru buat, esok dah nak balik kg lagi, terpaksalah habiskan mana2 stok yang ada dalam peti tu. Korang camana, balik tak untuk raya haji? Kalau tak dapat balik bawak2 la bersabar ye... Cheq sue dapat cuti sampai Selasa, dapat la 2 3 hari raya tu. Kalau tak balik tu rasa ralat pulak sebab x jauh mana sangat...

Rasa-rasa cheq sue, kuetiau haufan ni adik beradik la dengan kuetiau ladna...cuma ada sedikit perbezaan dari segi rasa. Cheq sue suka sgt makanan macam ni... memang layan kalau dapat makan. Tambah2 kalau ada seafood lagi la semangat nak habiskan. Kebetulan kat rumah pun masih ada kicap campur segera, so alhamdulillah dapat cheq sue habiskan. Lepas ni nak buat sendiri pulak..



 
Biasanya, kalau masakan macam ni lebih sedap jika ada rasa sedikit pedas sebab ia dapat mengurangkan muak. Cheq sue tadi letak lebih sikit lada sulah sebab cili padi xde....padahal cili segar ade, terlepas pandang bahan-bahan agaknya. Tapi untuk cheq sue yang x berapa suka pedas ni kira2 ngam lah. 
 
Kalau sesape yang sukakan chinese food tu bolehlah cuba masakan ni. InsyaAllah akan menepati citarasa. Cheq sue dah selesai berdinner...korang x terliur ke? He he he.....
Wassalam...

KUETIAU HAUFAN
Resepi : Mas @ Duniaku

Bahan A :
500 gm kuetiaw
3 sudu besar kicap campur
sedikit minyak untuk menumis
 
Bahan B :
3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh
1 pokok sawi - basuh dan potong2 ganti dengan lobak merah
12 ekor udang
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kicap campur
2 biji telur 1 biji je
sedikit lada sulah
cheq sue tambah sedikit daging ayam dan daun kucai


Cara memasak :
  1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Cheq sue tumiskan 2 biji bawang putih cincang sebelum masukkan kuetiau dan sedikit kicap manis
  2. Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
  3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.

Jumat, 30 September 2011

Mee Udang Banjir Kuala Sepetang, Banjir Dah Surut...

Assalamualaikum & salam sejahtera

Salam Sabtu pada semua yang sedang bersantai-santai dirumah. Kalau ada di kalangan kita yang terpaksa bekerja tu mmmmmmm bawak2 la bersabar ye. Kita yang dok umah ni meh la pakat cari kerja. Basuh kain ke mop lantai ke kemas rumah ke...tentunya banyak jugak kerja yang sedang menunggu.

Okey...mee udang yang tak berapa nak banjir ni telah dibuat petang semalam untuk dinner. Bila tengok kak Ayu tayang, terus siapkan bahan, semua dah ada tinggal masak aje. Dalam 15 minit dah siap dah pun. Memang sedap jugak rasanya. Tak tahu la pulak macam mana bandingnya dengan mee udang di Kuala Sepetang tu. Walaupun dah pernah sampai ke sana tapi tak berkesempatan merasa mee udangnya. Teringat pulak cerita gelak ketawa di sana. Aduhhhh...


Inilah rupa mee udang cheq sue tu... Bila masukkan telur, terus diserapnya kuah mee tu. Next time kena lebihkan sikit airnya. Dah malam2 blur pulak gambarnya. Mmmmm xpelah yang penting catatan resepi tu kalau nak buat semula lain kali. Dalam mee ni cheq sue tambahkan sosej 2 batang dan 2 biji ubi kentang yang di goreng sebab kat dalamnya xde lauk, hanya sedikit daging dan beberapa ekor udang je... Pada sape2 yang nak cuba tu silalah semak resepi ni ye... Selamat berhujung minggu. Wassalam...

MEE UDANG BANJIR KUALA SEPETANG
Resepi Asal : Misha66@MyR
Sumber : Kak Ayu

Bahan2 untuk seorang makan :
-Mee kuning (agak2 utk seorgnye mkn)
-Udang bersaiz XL 6 ekor (d buang tanduknye,janggutnye n muncungnye shj)-(Ayu gunakan udang sederhana besar aje dan buang kulit sebab senang anak2 nak makan) cheq sue guna udang biasa aje, dalam 5 6 ekor, buang kulit
-Bwg putih 1 ulas~d tumbuk halus
-2 biji bawang merah dihiris-(Ayu tambah)
-Lada kisar 2sb cili giling
-Sos tomato 4sb
-1 biji telur -(Ayu tambah)
-Garam
-1sb gula-(Ayu gunakan 1 sudu kecil aje)
-Sedikit Ajinomoto x pernah guna pun
-Sawi 1pokok, daun sup 1 pokok d ptg 1inci & 2sb bwg goreng
-Sedikit kobis d ptg memanjang & air msk 2cawan sayur cheq sue hanya kubis dan daun bawang

#UTK HIASAN# 
Daun sup & bwg goreng xde lam stok

Cara-cara :
-Panaskn 2sb minyak kemudian tumiskn (bawang hiris) & bwg pth hingga naik bau.
-Masukkn lada kisar n d gaul rata.
-Masukkan air msk,sos tomato biarkn hingga mendidih.
masukkan udang,daun sup n bwg goreng~ biarkn sampai udang msk.
-Angkat udang dahulu kemudian mskkn mee,sawi,kobis,garam,gula n ajinomoto utk tempoh 5min.
-Angkat mee td n blh lah d hias dgn meletakkan udang diatas mee kemudian di tabur dgn daun sup n bwg goreng. Selamat mencuba.

      Selasa, 20 September 2011

      Mee (Spagetti) Rebus - Bujang

      Assalamualaikum & salam sejahtera

      Bila n3 ni keluar, memang dah xde spagetti rebus ni kat dalam perut...dah selamat ke tempat yang sepatutnya. Memang dah lamaaaaaaaaaaaaaaaa nak makan mee rebus ni...asyik2 dok sebut. Bila dah tak tersebut, memang kena buat dengan rela hatinya.  Maklumlah, nak beli susah, nak suruh orang buat lagi laaaaaaaaaaa susah.

      Resepi ni dah agak lama jugak diperam. Cara nak buat pun senang sebenarnya. Tu yang cheq sue buat kejap aje bila balik dari sekolah Isnin lepas. Tapi, nak makan punya pasal, banyak barang2 yang tak ada...sebab tu lah dinamakan mee rebus bujang. Mee kuning lupa nak beli, sayur sawi xde, bahan2 solek pun xde...alih2 makan gitu ajelah...nasib baik ada telur rebus yang dibawa balik dari kg... Ahhhhhhhh kira halal lah..


      Yang cheq sue buat ni tak la mengikut sebetulnya resepi kak yatie tu sebab cheq sue makan 2 kali je...tgk bahan2 dan kita agak2 la sendiri. Santan pun cheq sue guna separuh je kotak yang kecik, xnak la dapat kuah yang berlemak sgt.


      Walaupun menggunakan spagetti (memang la tak sesedap mee kuning) rasanya tak la lari sgt. Udah kita pun terliur tahap gaban, makan semua itu pun diabaikan. Takpe takpe...nanti buat lain kali kita completekan setnya. Kak Yatie jangan marah ye.... Wassalam...

      MEE REBUS YATIE
      Sumber : Kak Yatie

      Bahan-bahan
      -1 kg mee kuning - di celur dan di toskan
      -2 cwn taugeh - di celur dan di toskan
      -4 biji keledek - direbus dan di kisar halus (keledek tak de ita ganti kentang)
      -4 biji telur - direbus dan di belah 2
      -4 kpg tauhu - di goreng dan di hiris nipis
      -lada merah dan lada hijau - hiris
      -bawang goreng
      -limau kasturi - di belah 2
      -daun sup dan daun bawang - di hiris

      Bahan Kuah
      -500 gm daging - di hiris nipis dan di rebus hingga empuk
      -4 biji keledek - yg telah di rebus dan dikisar tadi cheq sue guna ubi kentang
      -15 btng cili kering - dikisar
      -10 biji bawang merah - dikisar
      -5 ulas bawang putih - dikisar
      -3 batang serai - dikisar
      -1 inci lengkuas - dikisar
      -3 sb udang kering - dikisar
      -2 sb serbuk kari daging
      -1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
      -1 kiub ikan bilis
      -1 kiub daging
      -2 cwn santan pekat
      -2 kpng asam keping
      -1 buku gula melaka
      -garam dan gula secukup rasa
      -minyak untuk menumis.

      Penyediaan Awal
      -Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
      -Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek semasa panas hingga halus. Ketepikan.
      -Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.

      Penyediaan Kuah
      -Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan daging rebus bersama air rebusan daging.
      -Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu.
      -Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
      -Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat. Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.

      Penghidangan
      -Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedok kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi. Yang ni cheq sue taruk ajelah mana2 yang ada....