Tampilkan postingan dengan label Coretan Penulis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Coretan Penulis. Tampilkan semua postingan
Minggu, 04 Agustus 2013
Selasa, 09 Juli 2013
Salam Ramdham Al Mubarak...
Alhamdulillah, kita di beri rezeki dan peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan pada tahun ini. Macam tahun-tahun yang lepas, bulan ramadhan memang bulan yang lebih 'relax' bagi Stm sebab kebanyakan urusan bisnes Stm di bulan ini beroperasi pada kadar separuh operasi sahaja. Maka, Stm ada lebih masa untuk buat pekara-pekara yang selalunya agak susah semasa bulan-bulan yang biasa.
Pada bulan ini, Stm akan ada banyak masa untuk buat 'house cleaning' dan ada gak masa untuk memberi tumpuan kepada membetulkan reban ayam yang agak serabut sekarang nie.
Buat informasi pembaca, minggu lepas juga berlangsung Bon penutup sebelum masuk bulan Ramadhan ini. Bon yang berlangsung di tapak kedai makan Nasi Kukus Pok Ki (Zuki Sabak) ini, mendapat sambutan yang agak meriah walaupun sekadar bon kecil sahaja.
Jadi selepas ini, hampir sebulan lebih tidak akan ada sebarang 'game'. Mungkin se-awal sebulan selepas raya nanti baru kita akan bertemu semula di bon-bon yang akan dijalankan. Khabarnya ada bon besar di Jerteh pada hujung Ogos nanti. Hadiah lumayan bakal mengamit peminat serama. Johan bagi kategori bakal mencecah hingga Rm600. Satu angka yang agak 'menghairahkan' terutama buat peminat tegar untuk hadir ke bon.
Lupakan sebentar tentang bon, buat Stm.... ini bulan lebih pada 'beeding' sambil menukang membetulkan apa yang tak betul sebelum ini di reban. Alhamdulilah juga, ada hampir 5 ekor ibu yang sedang mengeram. Anak-anak ayam pun ada banyak sekarang ini.
Bagi kawan-kawan pembaca yang berminat nak cari ayam mampu milikm Stm ada 3-4 ekor yang nak lepas. Boleh hubungi di no ini : 012-6990793.
| Reban di dalam taman hahahah. Projek buat reban hiasan di laman rumah. Dah terbengkalai lebih sebulan. Guna kayu-kayu hutan yang terbuang. Harap dalam bulan puasa ini dapat diselesaikan. |
| Ini satu lagi projek terbengkalai. Tak tahu bentuk apa reban ini. kawan yang tolong ketukkan buluh. Mana ayam yang rejek bolehlah masuk kat sini. |
| Seekor dari ayam nak masuk muda tapi tak galak-galak. Sekali sekala sahaja nak buat perangai. Kalau nampak betina mulalah nak beraksi. Jawapnya bakal jadi pembaka je. |
| BOTB Bon Melaka baru ini. Ayam milik saudara Lan Audi (KL) Tahniah bro! |
Sabtu, 17 November 2012
inbreed atau outbreed...?
"In-breeding is more likely to help "set" or "fix" a particular trait within a breed or a line by narrowing the gene pool to favor those traits. So if a breeder is looking to set a particular desirable feature of their line then in-breeding and choosing the offspring most strongly possessing that trait can be beneficial."
Saya tidak pasti ada berapa method atau kaedah di dalam breeding. Kalau kita rajin melakukan carian dalam google, memang terdapat banyak kaedah yang kita boleh gunakan. Tapi saya lebih suka memudahkan kaedah-kaedah ini kepada 2 method sahaja. Pada saya setiap breeder pasti akan menggunakan kedua-dua kaedah tersebut. samada inbreed ataupun outbreed.
Bagi peminat baru, pasti pening sekejap dengan perkataan-perkataan ini. Tapi tidak mengapa...kerana ia cuma pelik dari segi sebutan tetapi mudah dari segi applikasinya. Yang susah adalah KESABARAN dalam breeding...hehehehe
Inbreed adalah pesilangan sepasang serama yang mempunyai pertalian susur galur darah (bloodline) yang rapat, dekat atau berkaitan. Tujuannya tidak lain adalah untuk menstabilkan ciri-ciri (genetik) yang dimiliki oleh kedua-dua pembaka dan induk tersebut pada generasi barunya.
Metafora mudah, jika seorang bangsa Melayu dipasangkan dengan pasangannya juga seorang berbangsakan Melayu, Insya Allah, anak-anak yang bakal dimiliki sudah tentu mempunyai genetik,indentiti dan ciri-ciri bangsa melayu. TETAPI jika seorang lelaki Melayu berkhawin dengan pasangannya dari bangsa afrika, maka anak yang keluar mungkin mempunyai ciri-ciri bangsa samada seorang melayu atau juga seorang afrika.
![]() |
| Ada ciri-ciri melayu lagi ke..? Ini mungkin contoh outbreed (mungkin bandingan yang mudah). Kacukan 2 'bangsa' (Melayu dan Inggeris). Indentiti melayu yang hilang |
Inbreed selalunya digunakan dengan tujuan untuk mengukuhkan ciri-ciri genetik yang dimiliki oleh bloodline dari pasangan serama yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Semakin rapat proses ini atau inbreed ini diteruskan pada generasi seterusnya...semakin kukuh ciri-ciri yang dimiliki oleh generasinya akan diturunkan. Inbreed banyak dilakukan dalam usaha mendapatkan semula 'model' serama juara yang pernah dilahirkan di dalam keluarganya.
Manakala outbreed adalah proses persilangan (cross) sepasang serama yang berlainan bloodline atau susur galur. Pembaka dan Induk selalunya mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan dipasangkan jika kita ingin mengabungkan (atau menutup kekurangan) ciri-ciri yang dimiliki oleh pembaka dan induknya. Selalunya proses outbreed dibuat dalam satu proses persilangan (kacukan) pada bentuk dan aksesori serama yang ada di reban kita. dan kaedah outbreed akan diikuti pula dengan kaedah inbreed..iaitu proses mengukuhkan genetik ciri-ciri pembaka dan induk yang mula diturunkan pada generasi pertama dan dikukuhkan pada generasi yang seterusnya...
| Inilah induk yang dimasukkan dengan bapak kuning di atas dari bloodline balung halus dan aksesori yang molek |
| Ini hasil outbreed di Telok Mas. Alhamdulillah ...cutting menarik dan aksesori yang bolehlah. Tapi ayam masih belum galak lagi Bapaknya Sri Temas sudah lama sampai di Klang... |
| Terima kasih kepada Along yang sudi berkunjung. Kehadiran orang baru macam ini, Insya Allah akan memerihkan lagi serama di Melaka Insya Allah... |
| Along datang bersama gengnya... |
Rabu, 31 Oktober 2012
Apa yang dilihat pengadil pada "peluru" anda di atas meja pertandingan?
Semua peminat ayam serama tahu dalam skema pertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama terdapat 2 bahagian penting yang dinilai oleh pengadil.
1. Gaya
2. Aksesori
Saya puas juga cuba 'mengorek-gorek' maklumat detail tentang skema yang digunakan oleh kebanyakan pengadil ( masalahnya, di Malaysia, semenjak dahulu kita mempunyai 3-4 : ataupun lebih versi skema yang dijadikan panduan dalam menilai kecantikan dan kesenian ayam yang dipertandingkan).
Malangnya sehingga hari ini saya masih belum berjaya mendapatkannya dalam bentuk 'hitam putih'. (kebanyakan informasi tentang skema yang saya ketahui di perolehi melalui perbualan dan perkongsian dengan orang-orang lama dan berpengalaman di arena ini)
Sebagai seorang peminat baru setahun jagung, memahami keperluan dan kehendak pertandingan adalah penting supaya ayam yang dihasilkan d ireban kita dapat memenuhi skema kecantikan yang ditetapkan oleh penilai-penilai ayam serama yang berpengalaman.
Jadi semasa menbaca artikel-artikel lama, saya terjumpa satu artikel yang menarik dari Blog Lawi Mas Serama Farm (LESF) yang boleh dijadikan sedikit panduan buat orang-orang yang masih 'blur' dengan ciri-ciri yang diperlukan supaya ayam yang kita bawa boleh berjuang untuk mendapatkan 'mata-mata' penting supaya ranking di dalam pertandingan terus meningkat naik.
---------------------------XXXXXXX----------------------------------
Gaya : Permarkahan penuh biasa diperuntukkan 25% tetapi setakat ini markah yang tertinggi adalah 23.5 sahaja. Gaya dikira dari segi bagaimana ayam tersebut beraksi seperti mengebas-mengebas tarik, berjalan dengan megah, tarik selam kepala untuk menampakkan dadanya yang besar, angkat kaki sebelah, tengkok bergetar,dsb. Kesemua itu dirangkum sebagai gaya..tetapi pengadil Perkas menambahkan satu lagi item iaitu berjalan di bawah. Kalau ayam itu duduk terpaku, walaupun tarik selam gila..markahnya mungkin 20 - 21 sahaja.
Tubuh : Pemarkahan penuh biasa diperuntuk 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13.5 sahaja. Tubuh cantik dikira jika ayam tersebut boleh mengangkat dadanya hinggakan tidak menampakkan ruang di antara ekor dan belakang ayam tersebut. Kepala pula perlu melepasi aras kaki. Ekor tidak boleh melepasi aras kaki...orang sebelah sini kata tikam kepala...Jadi kedudukan kepala tu melebihi 90 darjah le.
PS: Saya tidak pasti samada ciri tubuh ayam serama disebut sebagai aksesori serama. Saya berpendapat, ia patut dibezakan kerana bentuk tubuh sangat berkait rapat dengan gaya ayam tersebut.
Aksesori Ayam Serama
Ekor : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13 sahaja. Ekor yang cantik mesti mempunyai lebih daripada 5 bilah/helai sebelah. Susunannya perlulah teratur...iaitu tersusun dengan rapi...tak boleh ada yang pendek ditengah-tengah...menampakkan susunan menaik...satu lagi ekor tu mesti le terbuka..tak boleh tertutup rapat atau mengucup..istilah yang biasa kita gunakan untuk ekor ialah bentuk daun sirih.
Lawi : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8.5 sahaja. Lawi cantik mestilah lebih tinggi dari ekor pengapik lawi..sekurang-kurangnya 1 inci. Lawi perlulah tegak ke atas..dua lawi ini perlulah sama panjang..keras, halus dan tajam meruncing..istilah yang biasa digunakan untuk lawi ialah lawi pwdang dan lembing.
Sayap: Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 7%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 6 sahaja. Susunan sayap mesti kemas, Bulu pelepah pada sayap tidak menampakkan rongga, tidak terlalu singkat atau terlalu labuh...aras kaki digunakan sebagai penentu. Sayap yang cantik ialah apabila diluruskan ke bawah boleh menutupi kakinya dan tidak mencecah tanah. Mesti terpacak tegak 90 darjah.
Kepala Balung : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8 sahaja. Balung cantik dikira apabila saiznya besesuai dengan muka ayam. Tidak tebal, berwarna merah terang untuk menunjukkan ianya sihat, Jejarinya melebihi daripada 5 bilah, Tegak, Tersusun dengan rapi...nampak keseragaman dalam susunannya.
Warna : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 8%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 7 sahaja. Warna kelas satu ialah warna-warna yang berkilat..seperti kuning, merah, ara, kumbang lilin, Warna kelas 2 ialah warna putih, kubing, warna kotor iaitu warna bercampur dengan warna hitam didadanya.
Bulu : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Bulu hendaklah kemas, bersih terutama hujung sayap dan bawah punggung, tidak merebang-rebang, kalau boleh bila kita lihat menampakkan kemas dan rapi...tip..mandikan ayam 3 atau 4 hari sebelum pertandingan...jangan mandikan sehari sebelum pertandingan..bulu tidak akan tersusun dengan rapi...nampak macam carik-carik.
Kaki: Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Warna kaki terang biasanya kuning, panjang, bersih, tegap bila berdiri, bengkok kurang markah, tidak lemah atau lembik bila berjalan.
p/s : biasanya markah tidak banyak beza di antara satu-satu ayam..dan kadang-kadang markahnya sama sahaja apabila dijumlahkan..cara menentukan pendahulunya ialah dengan melihat susun atur markahnya daripada gaya hingga ke kaki...kalau ayam 'W' gaya lebih tetapi kalah bahagian kaki dan ayam 'X' kakinya lebih tinggi daripada gaya, maka ayam 'W' dikira sebagai pendahulu begitu le seterusnya..akan tetapi jika kesemua ciri-ciri markahnya sama, cara timbangan lah yang terakhir kita gunakan..ayam yang teringgan dikira sebagai pemenang.
Sumber : Blog Lawi Emas Serama Farm
| Gaya dan Aksesori yang mantap (Juara Kategori dan BOTB Bon Melaka tahun lepas) |
| Johan Kategori dan BOTB Selayang KL Ayam aksesori mantap |
Senin, 15 Oktober 2012
Blog sebagai pentas perkongsian...
Di kala ramai pelayar internet memilih Fesbuk sebagai tempat bersosial dan membangunkan jaringan, saya pula lebih selesa untuk menjadikan blog sebagai tempat perkongsian.
Memang saya juga agak aktif 'mengemaskini' Fesbuk saya, tetapi dari segi kandungan dan gambar-gambar, saya lebih suka menjadikan blog sebagi tempat saya merakam momen dan cerita tentang hobi saya menternak ayam serama.
![]() |
| Facebook Serama Telok Mas |
Ianya tidak lain dan tidak bukan kerana blog mempunyai muka surat (page) yang lebih tersusun ibarat sebuah jurnal yang mampu mengumpul catatan pengalaman yang saya lalui berbanding fesbuk yang lebih sesuai dijadikan tempat merakam maklumat pendek dan pantas.
Berdasarkan sambutan yang agak baik sepanjang lebih setahun perkongsian saya di blog ini, saya bercadang menjadikan blog ini lebih aktif dan berperanan menjadikan tempat perkongsian cerita dan informasi tentang ayam serama yang sepatutnya diangkat sebagai ikon unggas warisan Malaysia.
Walaupun Malaysia sudah mempunyai haiwan warisan sebagai simbol negara iaitu Harimau (Malaya), saya berpendapat, ayam serama berpotensi di jadikan sebagai unggas warisan Maaysia lantaran asal usul ayam ini di-hybrid di Malaysia (secara lebih tepat di Kelantan).
Maka, sebuah pentas yang sesuai patut dibangunkan untuk menyediakan sedikit sebanyak maklumat tentang ayam serama yang boleh dikongsi bukan sahaja untuk peminat lama dan baru, tetapi juga untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut bagaimanakah yang dikatakan sebagai ayam serama Malaysia.
![]() |
| Pertandingan serama di Thailand (Courtesy by FB Deva Serama) |
Mereka inilah yang sedang mencari sebanyak mungkin maklumat tentang ayam serama dan juga perkembangan terkini tentang ayam serama di negara asalnya iaitu Malaysia. Tetapi jika tidak ada satu platform di mana informasi tentang serama dicatat dan dikumpul secara berterusan, pasti ia menjadi satu kerugian besar kepada pembangunan hobi unik ini.
Justeru, saya amat berharap agar blog ini mampu menyediakan sedikit sebanyak maklumat dan dapat juga mempromosikan perkembangan ayam serama di Malaysia. Apatah lagi, jika dibandingkan dengan hobi memelihara haiwan kesayangan (pets) yang lain, hobi ayam serama ini masih lagi jauh ketinggalan dari pelbagai sudut berbanding pets yang lain.
Dengan itu, moga apa yang mampu saya kongsikan di blog ini di harap dapat memeriahkan lagi dan memberi manfaat buat perkembangan ayam serama di sentaro dunia. Menyedari bahawa ini hanyalah sekadar satu hobi, pasti banyak pekara yang sukar untuk saya penuhi.
Dengan itu, moga apa yang mampu saya kongsikan di blog ini di harap dapat memeriahkan lagi dan memberi manfaat buat perkembangan ayam serama di sentaro dunia. Menyedari bahawa ini hanyalah sekadar satu hobi, pasti banyak pekara yang sukar untuk saya penuhi.
Selasa, 18 September 2012
Silaturrahim ke Dungun (Part III)
Ada kawan-kawan yang bertanya, kenapa STM dan sahabat yang lain hanya singgah ke Dungun? seperti yang telah saya sebut, tujuan saya memang untuk berjalan-jalan ke rumah sahabat baik saya iaitu Pok Jang yang sebelumnya pernah bekerja di Telok Mas.
Jadi, bak kata pepatah melayu, "sambil menyelam minum air"..hehehe.
Apapun kita sambung cerita saya yang lepas......
Reban Pok Suri (Shamsuri Shariff)
Rupanya, jarak antara rumah Pak Majid Besi Buruk dengan Pok Suri memang dekat. Hanya berjarak 5 minit sahaja perjalanan. Dan saya hendak sangat singgah ke rumah Pok Suri kerana Pok Jang selalu juga menyebut nama beliau bila bercerita tentang serama di Dungun. Apatah lagi saya pernah mengambil 1-2 ekor serama betina (dari bloodine teras Kubing Pok Suri) untuk projek reban STM dahulu. Kini Induk betina itu sudah menjadi induk kandang di reban STM.
Pok Suri memang merendah diri orangnya. Tetapi kaya dengan pengalaman menternak dan bermain ayam serama . Tambahan lagi beliau sudah kenal benar dengan Abang Zuki. Jadi sesi lawatan ini ibarat perjumpaan orang-orang lama yang berkongsi pelbagai kisah menarik dunia serama berbelas tahun yang lepas.
Bagi STM yang masih baru ini, heheheh...inilah peluang mendengar 'true story' dari mereka yang sudah melalui pelbagai onak dan duri di dalam bermain serama ini.
Apapun, terima kasih kepada Pok Suri kerana sudi melayan kami. Di bawah ini adalah beberapa keping gambar yang dapat STM kongsikan buat tatapan rakan-rakan pembaca blog ini.....
Selepas ini...hehehehe
Jadi, bak kata pepatah melayu, "sambil menyelam minum air"..hehehe.
Apapun kita sambung cerita saya yang lepas......
Reban Pok Suri (Shamsuri Shariff)
| Induk dari bloodline Pok Suri yang kini menjadi induk kandang STM |
Pok Suri memang merendah diri orangnya. Tetapi kaya dengan pengalaman menternak dan bermain ayam serama . Tambahan lagi beliau sudah kenal benar dengan Abang Zuki. Jadi sesi lawatan ini ibarat perjumpaan orang-orang lama yang berkongsi pelbagai kisah menarik dunia serama berbelas tahun yang lepas.
Bagi STM yang masih baru ini, heheheh...inilah peluang mendengar 'true story' dari mereka yang sudah melalui pelbagai onak dan duri di dalam bermain serama ini.
Apapun, terima kasih kepada Pok Suri kerana sudi melayan kami. Di bawah ini adalah beberapa keping gambar yang dapat STM kongsikan buat tatapan rakan-rakan pembaca blog ini.....
| Pok Suri sedang membuat 'demo" hehehe |
| santai di depan reban (sambil layan bare terbaik Pok Suri) |
| Kubing bapak teras Pok Suri |
| pergggg..... |
| tengok sendiri lah..... |
| Momen menarik. Menjalinkan ikatan ukhwah sesama geng serama... |
| Baru nak nampak perangai... |
| Hahahaha...barang baru ke boh..? |
Selepas ini...hehehehe
Pok Eid dengan peluru-peluru berbisa-nya...
Sabtu, 15 September 2012
Silaturrahim ke Dungun (Part 1)
| "Terima kasih daun keladi..." buat Pok Jang atas layanan terbaik buat kami |
| selamat datang... |
“Jauh perjalanan, luas pemandangan...”. Itulah indahnya pepatah orang-orang tua kita yang sentiasa kaya dengan kata-kata yang halus dan budiman. Mengambil kira besarnya manfaat dalam menambah ilmu dan pengalaman, baru ini, STM, sahabat Telok Mas - Saudara Maizal dan Pok Ki (Abg Zuki Sabak-asalnya beliau keberatan, tetapi selepas dipujuk hehehe, baru beliau setuju pergi sama) telah 'bertandang' ke Dungun Trengganu. Tempat dituju tidak lain dan tidak bukan ialah rumah sahabat STM yang banyak membantu STM "memeriahkan" reban STM di Telok Mas iaitu Pok Jang (sebenarnya beliau pernah bekerja di Telok Mas sebelum mengusahakan bengkel kereta beliau sendiri di Dungun).
Selain dari berjalan raya ke rumah beliau, kami juga mengambil peluang di bulan Syawal yang mulia ini untuk menjalinkan silaturrahim dengan rakan-rakan peminat ayam serama di Dungun yang sudah tidak asing lagi mempunyai ramai nama-nama besar dalam menghasilkan serama yang cantik bergaya di meja-meja pertandingan di seluruh Malaysia.
Alhamdulillah, dalam masa yang agak terhad, sempat juga kami bergerak dan melawat ke beberapa buah rumah penternak dan juga pemain (player) ayam serama yang kebetulan memang sudah kami kenali sebelumnya. Antara seperti rumah Majid yang terkenal kekentalannya dengan serama "Besi Buruk", Pok Eid, Pok Suri, Pok Lie Daging dan beberapa breeder lain yang akan saya kongsikan di dalam artikel seterusnya. (sebenarnya ada beberapa lagi rumah sahabat yang patut dilawati, tetapi faktor kekangan masa menyebabkan rumah tersebut tidak sempat kami sampai. Insya Allah, mungkin pada masa akan datang)
Banyak pekara yang dapat diperolehi di samping peluang melihat dan berkongsi pelbagai informasi berguna khusus bagi penternak dan peminat ayam serama. Apatah lagi peluang melihat sendiri 'kandang-kandang' serama otai di Dungun ini yang pastinya menyimpan banyak tips-tips 'sulit' yang hanya boleh diperolehi dengan berjumpa dan 'bertandang' sendiri ke rumah mereka.
| Tekun mendengar perkongsian di meja makan heheheh... |
| Kata Pok Jang..."benda wajib di pagi jumaat" - Telor Separuh Masak Power Batu 48 hahahha |
| Seibu dan sebapak dengan "Cheetah" -serama yang pernah mengegar di meja bon tahun lalu..."Bloodline'nya kini di reban rakan baik Pok Jang.... |
| Pok Eid dengan seekor dari "peluru'-nya..... |
| Aksi di reban "Majid Besi Buruk" |
Rabu, 15 Agustus 2012
Rabu, 25 Juli 2012
Sembang Ramadhan...

Diam tidak diam, sudah setahun juga blog Serama Malaysia ini usianya. Saya tak perasan sangat, tapi hari ini bila saya baca post artikel saya yang lepas, baru saya perasan yang blog ini sudah berusia setahun. Maknanya, sudah setahun juga saya aktif kembali meminati ayam serama ini.
Asalnya saya membangunkan blog ini secara spontan. Artikel pertama saya juga ditulis beberapa hari sebelum bulan ramadhan (tahun lepas). Pembaca blog ini boleh membaca semula artikel yang terawal saya post di sini. Blog ini dibangunkan lebih bersifat 'suka-suka'. Saya seorang yang suka 'membaca' dan juga suka 'menulis'. Apatah lagi jika subjeknya pekara yang saya minati. Kerana itu banyak juga tulisan saya yang agak panjang ditulis (moga ada yang mampu habis membacanya).
Media percuma. Mudah diakses. Bila suka, boleh dibaca, jika tidak, boleh pindah ke homepage yang lain.
Alhamdulillah, selepas setahun, blog ini mencatatkan hampir 40,000 pageviews dengan jumlah pengunjung seramai 14,000 lebih. Satu angka yang memberangsangkan di saat Facebook menjadi pilihan bagi kebanyakan pelayar-pelayar internet.
Saya suka tulisan yang semulajadi (natural) iaitu yang saya tulis sendiri. Juga gambar yang saya ambil sendiri, buka 'copy-paste'. Saya menghargai 'genuinity' dalam banyak pekara. Kecuali jika tidak ada pilihan.
Walaupun blog ini banyak gambar ayam serama, saya bukan peminat tegar fotografi. Saya hanya suka merakam momen menarik dan juga ekpresi sesuatu benda. Kerana saya minat ayam serama, maka saya menjadikan serama sebagai 'subjek' saya bereksperimentasi dan merakam dari sudut yang lain.
Walaupun blog ini banyak gambar ayam serama, saya bukan peminat tegar fotografi. Saya hanya suka merakam momen menarik dan juga ekpresi sesuatu benda. Kerana saya minat ayam serama, maka saya menjadikan serama sebagai 'subjek' saya bereksperimentasi dan merakam dari sudut yang lain.
Saya agak aktif berblog kerana mendapati ada beberapa pekara yang kerap hilang di dalam dunia arena serama. Walaupun banyak blog kerap mewar-warkan informasi tentang pertandingan atau bon ayam serama, saya dapati sebaik sahaja atau selepas sahaja bon tersebut selesai atau tamat, suasana di blog akan menjadi sunyi-sepi tanpa ada sebarang maklumat lanjut tentang suasana atau informasi menarik yang boleh dikongsikan di blog tersebut TERUTAMA blog yang serius menonjolkan dan menghebahkan keputusan bon yang telah dipromosikan sebelum itu.
Malahan kebanyakan pihak penganjur juga tidak bersungguh-sungguh untuk menghebahkan dan mewar-warkan keputusan pemenang-pemenang ayam cantik tersebut. Walaupun ia mungkin nampak agak remeh - temeh, saya berpendapat sebagai penganjur, pemenang bagi setiap kategori perlu dihebahkan kerana memang tujuan peserta menyertai sesuatu pertandingan dengan niat untuk mengetahui dan mempromosikan kecantikan ayam serama mereka kepada orang luar(apatah lagi sudah banyak media percuma yang boleh digunakan).
Peserta akan merasa lebih dihargai sesuai dengan nilai wang dan pengorbanan masa yang telah mereka beri untuk menyertai pertandingan tersebut.
Maka, itulah satu sebab utama yang menjadi alasan kenapa blog ini dibangunkan. Berkongsi informasi terutama bagi aktiviti-aktiviti serama di sebelah zon selatan ini. Apatah lagi, jumlah peminat ayam serama di sebelah sini masih kecil jika mahu dibandingkan dengan jumlah peminat di sebelah utara dan di pantai timur.
Alhamdulillah, sudah ada momentum peminat baru dan juga orang lama yang kembali aktif kesan dari kerja-kerja rakan-rakan peminat serama di sini. (semalam datang seorang peminat lama yang mahu aktif semula...Insya Allah, tambah ceria)
Alhamdulillah, sudah ada momentum peminat baru dan juga orang lama yang kembali aktif kesan dari kerja-kerja rakan-rakan peminat serama di sini. (semalam datang seorang peminat lama yang mahu aktif semula...Insya Allah, tambah ceria)
Apapun, nanti kita sambung cerita saya di atas. Kita lihat apa cerita terkini tentang serama bulan ini....
Sekarang ini bulan ramadhan..segala aktiviti pertandingan akan berehat sebulan. Sebelumnya, terdapat 2 bon besar berlangsung. Satu di Kenyir dan satu di Alor Star. Keputusan penuhnya di Kenyir ada disiarkan di Facebook (BOTB : Zali Bakong), manakala di Alor Star saya tidak perasan keputusan penuhnya (BOTB : Kuzai Group). Selain itu terdapat 2 bon kecil iaitu di Kelantan (BOTB : Pok Eid) dan Kuala Lumpur (BOTB: Azreen Batu Pahat).
Sudah terdapat khabar-khabar, bon selepas raya akan diadakan seawal yang mampu terutama bagi pemain tegar yang tentu sudah tidak sabar mahu melihat aksi ayam serama masing-masing.
Sekarang ini bulan ramadhan..segala aktiviti pertandingan akan berehat sebulan. Sebelumnya, terdapat 2 bon besar berlangsung. Satu di Kenyir dan satu di Alor Star. Keputusan penuhnya di Kenyir ada disiarkan di Facebook (BOTB : Zali Bakong), manakala di Alor Star saya tidak perasan keputusan penuhnya (BOTB : Kuzai Group). Selain itu terdapat 2 bon kecil iaitu di Kelantan (BOTB : Pok Eid) dan Kuala Lumpur (BOTB: Azreen Batu Pahat).
Sudah terdapat khabar-khabar, bon selepas raya akan diadakan seawal yang mampu terutama bagi pemain tegar yang tentu sudah tidak sabar mahu melihat aksi ayam serama masing-masing.
Harapannya, selepas raya ini , lebih meriah lagi arena bon dijalankan di seluruh negara. Saya juga berharap dapat juga berjalan-jalan ke bon yang belum sempat saya hadiri lagi. Kata orang, '....jauh perjalanan, luas pemandangan...'.
Apapun...salam Ramadhan Al Mubarak buat teman-teman pembaca blog ini. Terima kasih atas kesudian melawat dan membaca bahan yang dicatatkan di sini. Moga pekara yang baik, Allah swt permudahkan buat saya...dan yang tidak baik dijauhkan dari saya dan rakan-rakan semua.
Insya Allah kita sembang serama lagi....
Apapun...salam Ramadhan Al Mubarak buat teman-teman pembaca blog ini. Terima kasih atas kesudian melawat dan membaca bahan yang dicatatkan di sini. Moga pekara yang baik, Allah swt permudahkan buat saya...dan yang tidak baik dijauhkan dari saya dan rakan-rakan semua.
Insya Allah kita sembang serama lagi....
Minggu, 15 Juli 2012
Promo : Benut Sugarcane - Air Tebu Terbaikkk!
| MENYEGARKAN - boleh diminum sambil menyampaikan berita terkini pertandingan |
| MUDAH - boleh dibawa ke mana-mana |
| BERPATUTAN - bpleh dikongsi-kongsi minum |
| SEJUK - terbaik semasa panas di tengahari di tempat terbuka |
| SESUAI disemua usia... |
| DARAH USAHAWAN - Tokey Air Tebu Benut Sugarcane ..( sempat juga menjual pelbagai ubat kesihatan untuk ayam serama) |
Rabu, 11 Juli 2012
Rabu, 20 Juni 2012
Bakal berubah menjadi reban Telok Mas....
Duduk rumah taman memang susah sikit hendak menternak ayam serama. Ruang yang kecil tambah pula dengan jiran tetangga; jadi susah hati juga bila ayam asyik berketuk tidak tentu masa.
Jadi, memikirkan 'kepuasan' dalam breeding dan kesian tenguk ayam peliharaan yang asyik duduk dalam gok besi, STM ambil keputusan dapatkan sedikit ruang tanah kampung untuk di-convert menjadi tempat menternak (reban) ayam serama STM. Tempat itu agak dekat juga dengan rumah STM.
Maka, bolehlah tempat ini menjadi tempat STM melepak melihat ayam-ayam serama STM yang tidak banyak mana itu. Sambil itu, tempat ini juga jadi tempat 'keluar peluh' petang-petang STM dan anak-anak. Dapat juga rasa suasana kampung..hahahaha.
| Pandangan dari sisi depan (rumah kosong nie. Hampir setahun tidak berpenghuni) |
| Sisi Depan |
| Sebelah kanan rumah |
| Ini sebelah kanan juga |
| Ini sebelah kiri..tempat simpan barang antik hahaha |
Langganan:
Postingan (Atom)




