Tampilkan postingan dengan label Informasi Pertandingan Serama. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Informasi Pertandingan Serama. Tampilkan semua postingan

Selasa, 09 Juli 2013

Salam Ramdham Al Mubarak...

Alhamdulillah, kita di beri rezeki dan peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan pada tahun ini. Macam tahun-tahun yang lepas, bulan ramadhan memang bulan yang lebih 'relax' bagi Stm sebab kebanyakan urusan bisnes Stm di bulan ini beroperasi pada kadar separuh operasi sahaja. Maka, Stm ada lebih masa untuk buat pekara-pekara yang selalunya agak susah semasa bulan-bulan yang biasa.

Pada bulan ini, Stm akan ada banyak masa untuk buat 'house cleaning' dan ada gak masa untuk memberi tumpuan kepada membetulkan reban ayam yang agak serabut sekarang nie.

Buat informasi pembaca, minggu lepas juga berlangsung Bon penutup sebelum masuk bulan Ramadhan ini. Bon yang berlangsung di tapak kedai makan Nasi Kukus Pok Ki (Zuki Sabak) ini, mendapat sambutan yang agak meriah walaupun sekadar bon kecil sahaja.

Jadi selepas ini, hampir sebulan lebih tidak akan ada sebarang 'game'. Mungkin se-awal sebulan selepas raya nanti baru kita akan bertemu semula di bon-bon yang akan dijalankan. Khabarnya ada bon besar di Jerteh pada hujung Ogos nanti. Hadiah lumayan bakal mengamit peminat serama. Johan bagi kategori bakal mencecah hingga Rm600. Satu angka yang agak 'menghairahkan' terutama buat peminat tegar untuk hadir ke bon.

Lupakan sebentar tentang bon, buat Stm.... ini bulan lebih pada 'beeding' sambil menukang membetulkan apa yang tak betul sebelum ini di reban. Alhamdulilah juga, ada hampir 5 ekor ibu yang sedang mengeram. Anak-anak ayam pun ada banyak sekarang ini. 

Bagi kawan-kawan pembaca yang berminat nak cari ayam mampu milikm Stm ada 3-4 ekor yang nak lepas. Boleh hubungi di no ini : 012-6990793.

Reban di dalam taman hahahah. Projek buat reban hiasan di laman rumah. Dah terbengkalai  lebih sebulan. Guna kayu-kayu hutan yang terbuang. Harap dalam bulan puasa ini dapat diselesaikan. 
Ini satu lagi projek terbengkalai. Tak tahu bentuk apa reban ini. kawan yang tolong ketukkan buluh.
Mana ayam yang rejek bolehlah masuk kat sini.

Seekor dari ayam nak masuk muda tapi tak galak-galak. Sekali sekala sahaja nak buat perangai. Kalau nampak betina mulalah nak beraksi.
Jawapnya bakal jadi pembaka je.
BOTB Bon Melaka baru ini. Ayam milik saudara Lan Audi (KL)
Tahniah bro!



Senin, 10 Juni 2013

Remaja : Umbai Jr.

Walau belum siap sepenuhnya, Alhamdulillah..Umbar Jr si remaja dari Telok Mas ini masih meraih hadiah saguhati no. 6 di Bon serama Park Melaka semalam....
Umbai Jr dengan aksi terbaiknya...

Aksi BOTB dan Johan Muda Bon semalam di Serama Park Melaka

Johan Muda milik Zahar Kota Baru





Senin, 20 Mei 2013

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...berkat kesabaran, Johan kategori Anak B Bon Tesco Melaka semalam.
Tahniah...Johan Anak B
Dari bloodline kubing. Gambar di bawah adalah Luk7 yang juga berasal dari bapak
yang sama.
Luk7 ...dah lama tak ada dalam reban saya dah..
Gambar hiasan : Hero reban yang malu sebab belum dapat turun bon...

Minggu, 04 November 2012

Johan Kategori hari ini....

Johan Muda
1. Faruki Bangi
2. Krol
3. Krol


Johan ABS
1. Krol Sri Changkat
2. Awang Pok
3. Jebat Gila (Khalid Melaka)


Johan A 
1. Lan Audi
2. Zaini Melaka
3. Adi Nilai


Johan Remaja
1. Serama Putra
2. Midi Melaka

Johan B 
1. Zam RHB (BOTB)
2. Beri Kajang Mewah
Kategori Induk
1. Awang Pok
2. Kerol
3. Awang Pok

Kategori Anak Jantan
1. Beri Kajang Mewah
2. Krol
3. Serama Hi-lux

BOTB dan Johan B Bon Melaka Nov 2012

Gaya mempersona Sang Juara
(Aksi terbaik dari BOTB hari ini...)




j
Tahniah buat Zam RHB (Baju warna oren)

Rabu, 31 Oktober 2012

Apa yang dilihat pengadil pada "peluru" anda di atas meja pertandingan?

Semua peminat ayam serama tahu dalam skema pertandingan kecantikan dan kesenian ayam serama terdapat 2 bahagian penting yang dinilai oleh pengadil.

1. Gaya
2. Aksesori


Saya puas juga cuba 'mengorek-gorek' maklumat detail tentang skema yang digunakan oleh kebanyakan pengadil ( masalahnya, di Malaysia, semenjak dahulu kita mempunyai 3-4 : ataupun lebih versi skema yang dijadikan panduan dalam menilai kecantikan dan kesenian ayam yang dipertandingkan).

Malangnya sehingga hari ini saya masih belum berjaya mendapatkannya dalam bentuk 'hitam putih'. (kebanyakan informasi tentang skema yang saya ketahui di perolehi melalui perbualan dan perkongsian dengan orang-orang lama dan berpengalaman di arena ini)

Sebagai seorang peminat baru setahun jagung, memahami keperluan dan kehendak pertandingan adalah penting supaya ayam yang dihasilkan d ireban kita dapat memenuhi skema kecantikan yang ditetapkan oleh penilai-penilai ayam serama yang berpengalaman.

Jadi semasa menbaca artikel-artikel lama, saya terjumpa satu artikel yang  menarik dari Blog Lawi Mas Serama Farm (LESF) yang boleh dijadikan sedikit panduan buat orang-orang yang masih 'blur' dengan ciri-ciri yang diperlukan supaya ayam yang kita bawa boleh berjuang untuk mendapatkan 'mata-mata' penting supaya ranking di dalam pertandingan terus meningkat naik.

                  ---------------------------XXXXXXX----------------------------------
Nota : Artikel ini ditulis sekitar tahun 2010. Harap maklum tentang informasinya.

Gaya : Permarkahan penuh biasa diperuntukkan 25% tetapi setakat ini markah yang tertinggi adalah 23.5 sahaja. Gaya dikira dari segi bagaimana ayam tersebut beraksi seperti mengebas-mengebas tarik, berjalan dengan megah, tarik selam kepala untuk menampakkan dadanya yang besar, angkat kaki sebelah, tengkok bergetar,dsb. Kesemua itu dirangkum sebagai gaya..tetapi pengadil Perkas menambahkan satu lagi item iaitu berjalan di bawah. Kalau ayam itu duduk terpaku, walaupun tarik selam gila..markahnya mungkin 20 - 21 sahaja.


Tubuh : Pemarkahan penuh biasa diperuntuk 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13.5 sahaja. Tubuh cantik dikira jika ayam tersebut boleh mengangkat dadanya hinggakan tidak menampakkan ruang di antara ekor dan belakang ayam tersebut. Kepala pula perlu melepasi aras kaki. Ekor tidak boleh melepasi aras kaki...orang sebelah sini kata tikam kepala...Jadi kedudukan kepala tu melebihi 90 darjah le.

PS: Saya tidak pasti samada ciri tubuh ayam serama disebut sebagai aksesori serama. Saya berpendapat, ia patut dibezakan kerana bentuk tubuh sangat berkait rapat dengan gaya ayam tersebut.

Aksesori Ayam Serama 

Ekor : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 15%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 13 sahaja. Ekor yang cantik mesti mempunyai lebih daripada 5 bilah/helai sebelah. Susunannya perlulah teratur...iaitu tersusun dengan rapi...tak boleh ada yang pendek ditengah-tengah...menampakkan susunan menaik...satu lagi ekor tu mesti le terbuka..tak boleh tertutup rapat atau mengucup..istilah yang biasa kita gunakan untuk ekor ialah bentuk daun sirih.

Lawi : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8.5 sahaja. Lawi cantik mestilah lebih tinggi dari ekor pengapik lawi..sekurang-kurangnya 1 inci. Lawi perlulah tegak ke atas..dua lawi ini perlulah sama panjang..keras, halus dan tajam meruncing..istilah yang biasa digunakan untuk lawi ialah lawi pwdang dan lembing.

Sayap: Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 7%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 6 sahaja. Susunan sayap mesti kemas, Bulu pelepah pada sayap tidak menampakkan rongga, tidak terlalu singkat atau terlalu labuh...aras kaki digunakan sebagai penentu. Sayap yang cantik ialah apabila diluruskan ke bawah boleh menutupi kakinya dan tidak mencecah tanah. Mesti terpacak tegak 90 darjah.

Kepala Balung : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 10%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 8 sahaja. Balung cantik dikira apabila saiznya besesuai dengan muka ayam. Tidak tebal, berwarna merah terang untuk menunjukkan ianya sihat, Jejarinya melebihi daripada 5 bilah, Tegak, Tersusun dengan rapi...nampak keseragaman dalam susunannya.

Warna : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 8%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 7 sahaja. Warna kelas satu ialah warna-warna yang berkilat..seperti kuning, merah, ara, kumbang lilin, Warna kelas 2 ialah warna putih, kubing, warna kotor iaitu warna bercampur dengan warna hitam didadanya.

Bulu : Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Bulu hendaklah kemas, bersih terutama hujung sayap dan bawah punggung, tidak merebang-rebang, kalau boleh bila kita lihat menampakkan kemas dan rapi...tip..mandikan ayam 3 atau 4 hari sebelum pertandingan...jangan mandikan sehari sebelum pertandingan..bulu tidak akan tersusun dengan rapi...nampak macam carik-carik.

Kaki: Pemarkahan penuh biasa diperuntukan 5%, tetapi seperti biasa markah tertinggi dalam 4 sahaja. Warna kaki terang biasanya kuning, panjang, bersih, tegap bila berdiri, bengkok kurang markah, tidak lemah atau lembik bila berjalan.

p/s : biasanya markah tidak banyak beza di antara satu-satu ayam..dan kadang-kadang markahnya sama sahaja apabila dijumlahkan..cara menentukan pendahulunya ialah dengan melihat susun atur markahnya daripada gaya hingga ke kaki...kalau ayam 'W' gaya lebih tetapi kalah bahagian kaki dan ayam 'X' kakinya lebih tinggi daripada gaya, maka ayam 'W' dikira sebagai pendahulu begitu le seterusnya..akan tetapi jika kesemua ciri-ciri markahnya sama, cara timbangan lah yang terakhir kita gunakan..ayam yang teringgan dikira sebagai pemenang.

Sumber : Blog Lawi Emas Serama Farm 


Gaya dan Aksesori yang mantap
(Juara Kategori dan BOTB Bon Melaka tahun lepas)
Johan Kategori dan BOTB Selayang KL
Ayam aksesori mantap

Rabu, 24 Oktober 2012

TERKINI: JEMPUTAN BON MELAKA NOV 2012

Buat semua Peminat, Penternak dan semua mereka yang berkenaan, Tuan/Puan dijemput untuk memeriahkan acara pertandingan dan kesenian kecantikan ayam serama di lokasi seperti di bawah....


Minggu, 30 September 2012

Jalan-jalan di Bon Kl (Selayang)

Alhamdulillah, semalam saya dan sahabat (Tuan Maizal)  berkesempatan untuk memeriahkan bon anjuran Group Serama Kuala Lumpur bersama sokongan FAMA. Sebenarnya, keputusan untuk ke bon hanya di buat di saat-saat akhir lantaran kerja-kerja dan urusan perniagaan yang perlu dibereskan lebih awal.

Disebabkan keputusan untuk ke bon dibuat saat akhir, ayam yang dibawa pun takat mana yang sempat sahaja.

Tujuan ke bon lebih bersifat memberi sokongan sambil jalan-jalan melihat kemeriahan dan peluang melihat 'peluru-peluru' yang turun bertanding. Disebabkan bon ini menawarkan hadiah yang lebih lumayan, sambutan peserta menjangkau dari Kelantan (satu bas), Trengganu dan juga sebelah utara yang ramai menyerbu membawa peluru berbisa mereka. Jadi peluang ini memang tidak sepatutnya dilepaskan. Apatah lagi buat saya sendiri yang agak sukar untuk pergi ke bon besar yang lain yang selalunya dianjurkan di sebelah pantai timur.

Saya hanya sempat membawa dua ekor ayam sahaja. Anak B (Alhamdulillah...dari dua puluh lebih ekor yang bertanding, dapatlah nombor sembilan) dan juga Betina Remaja (remaja ini tidak jadi masuk kerana sudah masuh dara pula).

Keseluruhannya bon ini sangat meriah. Macam-macam ada kerana ada pelbagai aktiviti lain yang dijalankan serentak termasuk pertandingan karaoke. Sambutan dari peminat serama terhadap bon juga sangat baik. Saya sifatkan bon ini lancar dan diuruskan dengan baik oleh geng-geng serama kl yang saya lihat seragam dan berpadu tenaga bagi menjayakan bon ini.

Peminat serama yang hadir juga ramai untuk sama-sama memberikan sokongan dan memeriahkan program ini.

Untuk keputusan, saya tidak boleh bagi 'detail' kerana kalau di Melaka memang saya boleh pegang borang keputusan untuk di-upload di blog ini. Jadi saya hanya kongsikan sedikit berdasarkan apa yang saya dengar hehehe... kalau salah, minta tolonglah diperbetulkan dengan kadar yang segera.

Jadi apa lagi....sedikit pekongsian buat rakan-rakan pembaca yang tidak dapat bersama semalam.
Pengerusi dan Setiausaha KPSM..sambil hantar ayam sambil hantar sangkar dan ubat PERSONA
Harap lah Tok Menteri bagi buget lebih sikit untuk naikkan serama di mata dunia.
Empunya Laman Parit Buntar...Saudara Naz. Salam hormat dan salam kenal. Moga kita berjumpa lagi

Yang ini orang lama...Prof. Saya jumpa sebelumnya di Bangi hehehe. Prof memang sporting. Apapun nanti ada rezeki
kita berjumpa lagi.
Indahnya begini...siapa yang menang tidak penting. Silaturrahim itu yang terbaik.
(Pok Eid berpelukan dengan Empunya Ayam BOTB - Tok Pajak selepas selelesai sesi BOTB)
"..hello, kita ada can dapat nombor.." Mungkin ini yang sedang dilaporkan
oleh orang kuat Kajang Saudara Zahari
Itu dia ...Brutal Bro aka Saudara Kamarul bersama Meng KB
Geng Dungun...Hamdan, Mie Tebu dan Pok Suri
Selepas bertahun tidak berjumpa, semalam dua orang lama dapat minum semeja
Saudara Rahman Persona & Pok Zaki Dungun (Jangan lupa pesanan saya )
Tengah kira markah....
"Ada berani..?"
Selalu kita tengok kuning banyak kat reban...ini Pok Eid bawa semua kuning di meja pertandingan.

Geng Batu Phat
Semakin menjadi perhatian .... 

Geng Utara...
Memang terbaikkk
Serius...
"Apa cer ini Bro..."
Maizal, Brutal Bro dan Pok Suri
Inilah cabaran berserama di FAMA Poit Selayang. Atas bukit tue boh. Geng yang bawa banyak ayam terpaksa menggunakan kenderaan 3 tayar



Macam pesta bila hendak balik....
Tetap cantik bergaya...Cuma semalam bukan rezeki si rinting SAMURAI