Alhamdulillah, semalam saya dan sahabat (Tuan Maizal) berkesempatan untuk memeriahkan bon anjuran Group Serama Kuala Lumpur bersama sokongan FAMA. Sebenarnya, keputusan untuk ke bon hanya di buat di saat-saat akhir lantaran kerja-kerja dan urusan perniagaan yang perlu dibereskan lebih awal.
Disebabkan keputusan untuk ke bon dibuat saat akhir, ayam yang dibawa pun takat mana yang sempat sahaja.
Tujuan ke bon lebih bersifat memberi sokongan sambil jalan-jalan melihat kemeriahan dan peluang melihat 'peluru-peluru' yang turun bertanding. Disebabkan bon ini menawarkan hadiah yang lebih lumayan, sambutan peserta menjangkau dari Kelantan (satu bas), Trengganu dan juga sebelah utara yang ramai menyerbu membawa peluru berbisa mereka. Jadi peluang ini memang tidak sepatutnya dilepaskan. Apatah lagi buat saya sendiri yang agak sukar untuk pergi ke bon besar yang lain yang selalunya dianjurkan di sebelah pantai timur.
Saya hanya sempat membawa dua ekor ayam sahaja. Anak B (Alhamdulillah...dari dua puluh lebih ekor yang bertanding, dapatlah nombor sembilan) dan juga Betina Remaja (remaja ini tidak jadi masuk kerana sudah masuh dara pula).
Keseluruhannya bon ini sangat meriah. Macam-macam ada kerana ada pelbagai aktiviti lain yang dijalankan serentak termasuk pertandingan karaoke. Sambutan dari peminat serama terhadap bon juga sangat baik. Saya sifatkan bon ini lancar dan diuruskan dengan baik oleh geng-geng serama kl yang saya lihat seragam dan berpadu tenaga bagi menjayakan bon ini.
Peminat serama yang hadir juga ramai untuk sama-sama memberikan sokongan dan memeriahkan program ini.
Untuk keputusan, saya tidak boleh bagi 'detail' kerana kalau di Melaka memang saya boleh pegang borang keputusan untuk di-upload di blog ini. Jadi saya hanya kongsikan sedikit berdasarkan apa yang saya dengar hehehe... kalau salah, minta tolonglah diperbetulkan dengan kadar yang segera.
Jadi apa lagi....sedikit pekongsian buat rakan-rakan pembaca yang tidak dapat bersama semalam.
|
Pengerusi dan Setiausaha KPSM..sambil hantar ayam sambil hantar sangkar dan ubat PERSONA |
|
Harap lah Tok Menteri bagi buget lebih sikit untuk naikkan serama di mata dunia. |
|
Empunya Laman Parit Buntar...Saudara Naz. Salam hormat dan salam kenal. Moga kita berjumpa lagi |
|
Yang ini orang lama...Prof. Saya jumpa sebelumnya di Bangi hehehe. Prof memang sporting. Apapun nanti ada rezeki kita berjumpa lagi. |
|
Indahnya begini...siapa yang menang tidak penting. Silaturrahim itu yang terbaik. (Pok Eid berpelukan dengan Empunya Ayam BOTB - Tok Pajak selepas selelesai sesi BOTB) |
|
"..hello, kita ada can dapat nombor.." Mungkin ini yang sedang dilaporkan oleh orang kuat Kajang Saudara Zahari |
|
Itu dia ...Brutal Bro aka Saudara Kamarul bersama Meng KB |
|
Geng Dungun...Hamdan, Mie Tebu dan Pok Suri |
|
Selepas bertahun tidak berjumpa, semalam dua orang lama dapat minum semeja Saudara Rahman Persona & Pok Zaki Dungun (Jangan lupa pesanan saya ) |
|
Tengah kira markah.... |
|
"Ada berani..?" Selalu kita tengok kuning banyak kat reban...ini Pok Eid bawa semua kuning di meja pertandingan. |
|
Geng Batu Phat Semakin menjadi perhatian .... |
|
Geng Utara... Memang terbaikkk |
|
Serius... |
|
"Apa cer ini Bro..." Maizal, Brutal Bro dan Pok Suri |
Inilah cabaran berserama di FAMA Poit Selayang. Atas bukit tue boh. Geng yang bawa banyak ayam terpaksa menggunakan kenderaan 3 tayar
|
Macam pesta bila hendak balik.... |
|
Tetap cantik bergaya...Cuma semalam bukan rezeki si rinting SAMURAI |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar