Selasa, 18 September 2012

Silaturrahim ke Dungun (Part III)

Ada kawan-kawan yang bertanya, kenapa STM dan sahabat yang lain hanya singgah ke Dungun? seperti yang telah saya sebut, tujuan saya memang untuk berjalan-jalan ke rumah sahabat baik saya iaitu Pok Jang yang sebelumnya pernah bekerja di Telok Mas.

Jadi, bak kata pepatah melayu, "sambil menyelam minum air"..hehehe.

Apapun kita sambung cerita saya yang lepas......

Reban Pok Suri (Shamsuri Shariff)

Induk dari bloodline Pok Suri
yang kini menjadi induk kandang STM
Rupanya, jarak antara rumah Pak Majid Besi Buruk dengan Pok Suri memang dekat. Hanya berjarak 5 minit sahaja perjalanan. Dan saya hendak sangat singgah ke rumah Pok Suri kerana Pok Jang selalu juga menyebut nama beliau bila bercerita tentang serama di Dungun. Apatah lagi saya pernah mengambil 1-2 ekor serama betina (dari bloodine teras Kubing Pok Suri) untuk projek reban STM dahulu. Kini Induk betina itu sudah menjadi induk kandang di reban STM.

Pok Suri memang merendah diri orangnya. Tetapi kaya dengan pengalaman menternak dan bermain ayam serama . Tambahan lagi beliau sudah kenal benar dengan Abang Zuki. Jadi sesi lawatan ini ibarat perjumpaan orang-orang lama yang berkongsi pelbagai kisah menarik dunia serama berbelas tahun yang lepas.

Bagi STM yang masih baru ini, heheheh...inilah peluang mendengar 'true story' dari mereka yang sudah melalui pelbagai onak dan duri di dalam bermain serama ini.

Apapun, terima kasih kepada Pok Suri kerana sudi melayan kami. Di bawah ini adalah beberapa keping gambar yang dapat STM kongsikan buat tatapan rakan-rakan pembaca blog ini.....

Pok Suri sedang membuat 'demo" hehehe
santai di depan reban (sambil layan bare terbaik Pok Suri)
Kubing bapak teras Pok Suri
pergggg.....
tengok sendiri lah.....

Momen menarik. Menjalinkan ikatan ukhwah sesama geng serama...

Baru nak nampak perangai...
Hahahaha...barang baru ke boh..?

Selepas ini...hehehehe


Pok Eid dengan peluru-peluru berbisa-nya...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar