Tampilkan postingan dengan label Informasi Ayam Serama. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Informasi Ayam Serama. Tampilkan semua postingan

Minggu, 04 November 2012

Kamis, 01 November 2012

dari reban STM.....layan sahaja

Sekarang ini memang STM fokus pada 'breeding'. Kalau ada 'bare' sesuai, STM akan daftar masuk bon, kalau tidak ada 'bare', STM support cara lain-lah supaya bon jadi lebih meriah sedikit.

Walaupun citarasa STM agak cenderung pada warna dan jenis serama yang pelbagai, akhirnya STM terpaksa akur menumpukan 'breed' di reban pada warna ara dan kuning sahaja. Ini bersesuai dengan buget, masa dan kualiti pembaka dan induk yang mampu dikumpulkan. Kalau besar range warna yang nak STM breed di reban, sudah tentu ia memerlukan banyak pembaka dan induk yang perlu dipasangkan. Jadi lebih besarlah ongkosnya nanti...hahahaha

So, work smart better then work harder. Kata orang puteh tue..hehehe

Bagi pembaka kuning. STM guna 3-4 ekor pembaka yang ada bloodline yang dekat ciri-ciri aksesori yang menarik (turun ke anak ke tidak...walllahu alam). Tapi induk masih belum cukup. Maka, anak-anak betina di reban STM mungkin simpan buat pelapis sahaja.

Di bawah ini adalah sedikit informasi yang STM dapat update buat pembaca blog ini.  Ada 3 ekor lagi induk yang sedang mengeram di reban. Ada rezeki, terima kasih Alhamdulillah.

Tidak lupa juga, ada 2-3 kawan yang sudi singgah dan bersilaturrahim di Telok Mas. Almaklumlah, orang baru macam STM nie apa sangat yang STM mampu kongsikan. Takat dengar cerita basa basi bolehlah. Lainlah macam kawan-kawan lain yang sudah lama 'berserama' dan berpengalaman luas soal 'breeding dan juga masuk bertanding.

Bagaimanapun STM ucapkan terima kasih yang datang berkunjung, semoga perkenalan ini menjadi persaudaraan yang bermanfaat buat kita semua...Insya Allah.

Bapak pembaka teras STM- Sri Ibol
Tengok pada balung ada ciri tok uban dan kelopak muka sedikit keputihan.
Bapak ini bulu dia kemas tetapi kaki ada problem sikit
sebab tue dia jadi pembaka sahaja...
Janji masalah kaki tidak diwarisi pada genetik

Sri Ibol dari shot yang berlainan

Ini anak-anak Sri Ibol. Macam ada ara sekor. Kemungkinan mewarisi
genetik Tok Uban


Seekor lagi anak jantan nak masuk B... masih cacang
Tak pe...sabau aje

Remaja yang dah senget.....apa nak buat..?
Simpan aje lah boh..

Nak masuk muda...tapi mungkin kena pindah geran

Kamis, 18 Oktober 2012

"Jalan-Jalan Cari Makan" di Serama Park

Beberapa hari yang lepas, saya dan saudara Maizal dijemput ke Serama Park oleh Pok Ki (Abang Marzuki)  untuk menyaksikan rakaman program terbitan TV3 iaitu "Jalan-Jalan Cari Makan".

Sempat juga mencuri sedikit masa walau sms jemputan datang 'last minute'

Yang meriahnya, sesi 'makan-makan' yang biasanya menjadi inti progam tersebut seolah menjadi acara promosi memperkenalkan ayam serama..hahahaha.

Tidak sangka, seleberiti juga pelakon iaitu Iqram Dinzly yang mengacarakan program tersebut merupakan seorang peminat haiwan-haiwan peliharaan terutamanya haiwan dari kategori unggas.

Beliau nyata 'jatuh cinta' dengan kecantikan dan keunikan ayam serama.

Di bawah adalah beberapa foto yang sempat dirakamkan. 

Itu dia...sempat juga bergambar bersama selepas puas bersembang panjang.
PS : Peramah juga budak Iqram nie...

Sesi rakaman yang sedang berlangsung.. Makan Sup Serama...pergggg
Gaya Seleberiti. Seorang Pelakun dan seorang lagi Pencinta Serama
(Sumber Foto : FB Raja Serama)

Aksi Iqram di rumah Pok Ki... (sempat juga berkunjung di rumah  Pok Ki)
(Sumber Foto : FB Raja Serama)

Kamis, 04 Oktober 2012

Silaturrahim ke Dungun (Part V)

Ini artikel terakhir saya dalam lawatan saya ke Dungun. Pengalaman melawat reban orang lama terutama 'pure breeder' atau penternak ayam serama, banyak memberi input dan idea berguna buat saya terutama dalam proses saya menternak serama dan memperbaiki struktur reban saya di Telok Mas Melaka.

Walaupun ada juga beberapa buah rumah penternak serama lagi yang saya jengah, tetapi mungkin di ruangan yang lain kalau sempat saya kongsikan ...Insya Allah.

Reban Pok Lie Daging

Namanya sudah terkenal kerana hasil rebannya yang 'consistent' dalam mengeluarkan 'peluru-peluru' buat pertandingan. Walaupun nama beliau tidak pernah tercatat dalam borang pendaftaran bon, namun ayam seramanya tetap sampai ke bon kerana di bawa oleh tidak lain dan tidak bukan sahabat rapatnya iaitu Pok Eid.

Malangnya kami tidak berkesempatan melawat kandang utama tempat Pok Lie menternak pembaka berbisa yang banyak menghasilkan serama yang mendapat kedudukan di serata bon di Malaysia (kandang utamanya menternak serama dikatakan terletak di ladang lembu daging beliau).

Hanya reban di rumahnya sahaja yang jadi tempat kami melihat sedikit sebanyak reban yang menyimpan beberapa ekor pembakanya.


Reban belakang runah Pok Lie. Ini HANYA reban untuk burung merpati beliau dan
sedikit pasang seramanya
Beborak dalam kandang ...hahahaha

Tue dia....merpati tu.

salah seekor pembaka Pok Lie...

Ini rumah Pok Zaki Dungun..sayang beliau tidak ada di rumah
k
Reban saudara Amer atau dikenali dengan Serama Penyu di FB...
Inilah reban Pok Jang...kawan baik merangkap juga tempat saya 'memproses' serama selain di Telok Mas ..
sekarang projek 2013 sudah berjalan. Cross-breed, cross-breed.....harap menjadilah hendaknya ...amin Ya Allah.
Terima kasih daun keladi....ada rezeki kami berjalan lagi ke rumah sahabat breeder yang lain. (sebenarnya ada banyak lagi rumah yang sepatutnya saya singgah...tetapi kekangan masa menyebabkan hanya beberapa rumah sahaja yang sempat saya sampai. Salah satu rumah yang saya agak terkilan tidak sempat pergi adalah ke rumah Pok Syawal yang terkenal dengan Tok Ubannya. Insya Allah...
On the way balik....beli kepok buat ole-ole

Senin, 16 Juli 2012

Coretan di bon KL

Rombongan dari Melaka
Alhamdulillah, sabtu lepas sempat juga saya pergi memeriahkan Bon KL yang dijalankan di lokasi pasar keramat. Bersama saudara Maizal, saya sepatutnya bergerak sama dengan Pok Ki (Abg Zuki Serama Park) yang bergerak dari Melaka sekitar jam 6 pagi bersama Daarul Alu dan Serama Anak Johor (SAJ). Bagaimanapun kerana perlu menyelesaikan banyak urusan perniagaan, kami hanya bergerak ke KL sekitar jam 9 pagi.

Suasana di Pasar Keramat
Pada pemerhatian saya, perjalanan bon nyata lancar dan sambutan boleh dikatakan meriah. Kehadiran ramai peminat-peminat tegar terutama dari zon tengah dan zon selatan tanahair, membuktikan kehangatan ayam serama sebagai satu hobi terus diminati dan malahan semakin galak menerima ramai peminat-peminat baru atau mereka yang mula berjinak-jinak dengan hobi ini.

Doa Kesyukuran...Alhamdulillah
Selain itu, mungkin dengan semakin hampirnya kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, rakan-rakan serama mengambil peluang di bon ini untuk bertemu dan berkongsi cerita dengan peminat yang datang dari pelbagai lokasi ini. Al maklum, semua aktiviti pertandingan akan berehat sementara waktu sepanjang sebulan ini. Sambutan yang baik ini telah memberi semangat positif kepada pihak penganjuran. Malahan, penganjur bercadang untuk menganjurkan satu lagi bon yang leboh besar usai umat Islam meraikan syawal nanti.

Tidak banyak yang dapat saya kongsikan di sini kerana tujuan ke bon kali ini lebih santai dan hanya mahu bertemu rakan-rakan. Hendak bawa ayam, ada yang meluruh dan tidak siap. Mungkin lepas raya  baru boleh main.

Apapun, ada beberapa keping gambar buat tatapan pembaca blog ini. Jom layan......
Ah Moi ini datang untuk melukis dengan menggunakan teknik pensilnya sahaja--sempoi

Banyak gambar ayam ini yang sudah saya rakamkan. Tapi makin hari, makin cantik ayam nie..Johan A
Johan Remaja - Nizam RC (Beranang Serama Group)

MOMEN - Aksi santai selepas selesai pertandingan

Johan Muda dan BOTB - Azreen BPahat
Johan Kategori B - Nizam RC (Beranang Group)
Tuannya ( Wan serdang - Beranang Group) asyik memerhatikan ayamnya (Johan A)  mempamirkan aksi  bergayanya
Johan ABS - Beranang Group 

Selasa, 24 April 2012

Maklumat Bon Melaka April 2012

Seperti yang telah diwar-warkan oleh wakil Kelab Peminat Ayam Serama Melaka (KPSM) iaitu Saudara Rahman Persona di blog dan FB beliau, saya ingin memanjangkan maklumat TERKINI bon tersebut di blog ini.

Dengan itu, kami juga menjemput Tuan/Puan untuk hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti pada hari tersebut.

Berikut adalah informasi terkini bon tersebut:-

Tarikh : 29.04.2012 (Ahad)
Lokasi : Kedai Buah berdekatan Stesyen Minyak Petronas Bukit Rambai, Melaka

Yuran : Rm 25
Kategori : Serama A,Serama B,Serama Muda,Serama Remaja,Tanpa Lawi,Induk (Betina),Anak A dan Anak B.

Hadiah bagi setiap kategori
Johan -RM 80
Tempat Kedua -RM60
Tempat Ketiga -RM50
Saguhati - RM20
Cabutan bertuah - Hamper atau barangan keperluan harian.
BOTB - RM50

(Segala hadiah yang di paparkan diatas adalah boleh diubah oleh penganjur dengan perbincangan dahulu dengan para peserta berdasarkan jumlah ayam yang menyertai pertandingan ini bagi mengelakkan kami yang di amanahkan oleh para peserta untuk menyelengarakan pertandingan ini mengalami kerugian maupun mengambil keutungan hasil dari pertandingan ini nanti).
Segala Pertanyaan bolehlah menghubungi :

En.Hulul Azmi -010-2645269
En.Khalid -             016-6654929      
Abd Rahman(Serama Persona) -012-6845884

Minggu, 29 Januari 2012

Update TERKINI : Tahniah buat Nizam RC (Beranang Serama Team)

BOTB Melaka Jan 2012 ...TERBAEEKKKK!

Dalam Gambar : Tuan Farid (FB : Serama Melaka), Nizam RC (senyum lebar) dan Abang Zuki (serama Corporation)
Aksi BOTB : Johan Remaja (baru ini BOTB di Kedah) dan Johan Muda - BOTB hari ini di Melaka


Kamis, 26 Januari 2012

Evolusi Serama dan "Cutting"Terkini

Walaupun saya masih baru sahaja aktif di dalam dunia penternakan ayam serama, sebenarnya saya mula tertarik dan memelihara serama semenjak sekitar tahun 2000 lagi. Ketika itu saya masih bekerja di Kuala Lumpur (KL).

Kerana masa itu gelombang internet baru sahaja bermula, maklumat tentang serama tidak mudah diperolehi seperti hari ini. Bagi peminat serama di KL yang sudah lama berkecimpung, pasti masih mengingati tempat-tempat atau lokasi yang mudah untuk memperolehi ayam serama.

Tepian Jalan Kuching dan juga sekitar Gombak (susur hingga jalan menghala ke UIA) adalah lokasi yang banyak mempunyai penjual-penjual ayam serama. Hampir setiap hari saya 'menebeng' di lokasi tersebut hanya sekadar untuk melihat anak ayam serama yang dijual oleh penjual-penjual yang datang dari kelantan (kebanyakannya).

Pada masa itu harga serama mencecah puluhan ribu. Malahan ada juga cerita mengatakan ada peminat yang sanggup menukar seekor ayam serama dengan kereta kancilnya(cuba tanya orang-orang lama tentang cerita ini). Bayangkan betapa tingginya nilai (duit) yang dibawa oleh ayam serama pada masa tersebut.

Teringat saya cerita otai serama kita ..Abang Zuki. kata beliau, pada masa tersebut ayam serama sangat 'limited' (Sangat TERHAD). Ceritanya, peminat serama datang beratur sehingga lewat malam hanya 'berebut' untuk mendapatkan anak-anak serama. Masa itu soal 'cutting' atau bentuk tubuh bukan soalan. Yang penting anak serama (walau banyak juga yang dapat ayam katik dan kapan...hahahaha).

Masa itu juga saya belum dengar baka-baka seperti Tok Uban atau nama-nama baka serama. Hanya nama sang juara yang megah disebut seperti Sri Kelantan. Sri Penang dan sebagainya. Macam kata Abang Zuki..."kau main baka apa...?" "Aku main baka CANTEK. Asal cantek je aku pelihara.." hahaha

(Sumber Gambar : Serama Keramat 10)

Saya memperolehi maklumat ayam serama melalui buku Ayam serama tulisan Saudara Ayob Ismail yang masih saya simpan hingga hari ini.



Serama bukan dari sejenis spesis asli ayam. Dia adalah hasil kacukan (hybrid)-penyilangan beberapa jenis baka ayam. Di katakan penyilangan (kacukan) antara ayam katik (Japanese Bantam), Ayam Kapan, Ayam Sutera ( Silkie Bantam) dan juga Ayam Hutan. Yang mana cross dahulu..WalAllahu Alam. Itu kena tanya geng otai lama macam Abang Zuki.

Kerana itu banyak kali kita dengar orang kata .."hendak beli serama tetapi dapat Kapan". Mungkin bukan niat mereka hendak menipu TETAPI salah satu sebab kerana genetik asal "datuk nenek" serama memang mempunyai darah kapan. Kerana DNA (genetik) yang belum stabil pada masa itu, maka kerap terhasil ayam kapan di dalam kumpulan hasil serama tersebut.

Kerana itu dahulu terdapat pertandingan serama kategori Ayam Kapan.

Tetapi seiring dengan perubahan masa dan citarasa manusia, ayam serama juga mengalami perubahan yang ketara. Dari sejenis ayam katik yang kecil dan berdada besar cutting Epel "gaya Syarifah Aini" jadi rebutan, Hari ini peminat serama sudah melihat bentuk tubuh serama yang berbeza. "Cutting" slim tinggi lonjak dan selam menjadi pilihan dengan gaya "lawan meja" yang mecetuskan kegilaan baru di dalam setiap pertandingan kecantikan ayam serama.

Tetapi, evolusi serama akan terus bergerak. Seperti dunia fesyen yang kerap berlaku pengulangan trend, adakah serama juga boleh berlaku begitu?

Serama Gaya Asal (Awee)

"Cutting" terkini
(Sumber Gambar : Blog Wan Jalan Day)

Rabu, 25 Januari 2012

Tahniah buat BOTB Kedah..

BOTB Bon Kedah Jan 2012 : Nizam RC

(Sumber Gambar: Blog Serama Bang- Abg Ishak)

Saudara Nizam RC
(Sumber : Facebook )

Sabtu, 31 Desember 2011

Baka @ Darah

" Cantik ayam nie....baka apa boh...? "
" Baka apa yang ko breed kat reban ko..?"
" ayam BOTB baru-baru nie kat Bon xxx dari baka xxxx...tau"


Bagi peminat seni kecantikan serama atau penternak serama, mungkin ini adalah sebahagian dari soalan yang kerap kita dengar diperkatakan dikalangan dari kita. Bagi peminat baru, soalan ini mungkin janggal tetapi lama-kelamaan, ia akan menjadi soalan wajib buat mereka jugaa.

Apa pentingnya BAKA atau darah di dalam menghasilkan serama yang diimpikan atau serama yang bergelar juara?

Sebagai orang yang agak baru di lapangan penternakan serama, saya cuba juga mencungkil atau mendapatkan informasi ini di kalangan orang yang sudah lama berkecimpung di bidang ini. Jawapannya pelbagai. Ada yang menekankan tentang baka..ada juga yang lebih memberi perhatian kepada bentuk-bentuk pembaka jantan dan induk betina dalam menghasilkan bentuk serama yang dikehendaki.

Tetapi jawapan kesimpulan awal yang boleh saya sebutkan samada suka atau tidak adalah; pentingnya mengenali "root" atau baka asal (ataupun reban) ayam yang ingin kita biakkan.

Buktinya, kebanyakan breeder terkenal hanya menggunakan baka-baka dari reban mereka sendiri sahaja. Yang dimaksudkan dengan baka bukanlah bermaksud ia sekadar nama baka ayam sahaja tetapi ia juga memberi maksud darah yang mempunyai kaitan.

Hakikatnya 'darah' cukup penting untuk tujuan pembakaan..BAKA utama Serama Bachok ( SB ) hanyalah dari Reban Shamsul dan Mat Yar Terengganu yang terkenal dengan Rejet dan Submerine.
-Dipetik dari Blog Serama Bachok-


Kesamaan darah atau baka ini berfungsi untuk memudahkan penghasilan serama yang menyerupai kecantikan tubuh dan kehebatan gaya (perangai) yang diwarisi dari darah pembaka atau induknya.


Anak berlainan warna kulit dari pasangan yang sama. Ada yang ikut ayah dan ada yang ikut ibu. Perangainya kena tanya pasangan tersebut. (Teori genetik)

Saudara Rahman Persona menghasilkan Baka Lang hasil dari 'close Breeding" atau persamaan darah 2-3 lapis generasi dari pasangan baka asal ayam tersebut. Tujuannya untuk mengstabilkan genetik darah ayam tersebut.

Begitu juga dengan hasil yang ditunjukkan dari darah Raja Ara yang mempunyai keturunan juara seperti Raja Kubing dan juga Sri Kenyir.

Contok yang agak ketara juga boleh didapati dari Baka Tok Uban yang mempunyai struktur warna bulu dan beberapa struktur tubuh yang sama. Ia juga mewariskan gaya atau perangai yang 'jahat" di atas meja.

Bagaimanapun tidak dinafikan keperluan "out-breeding" bagi tujuan menghasilkan model atau cutting serama yang baru bagi tujuan evolusi kecantikan dan kesenian ayam serama.


Pembaka yang melahirkan ayam berharga belasan ribu dari reban Otai serama di Dungun
(Gambar ikhsan dari Pok Jang)


Nota : Artikel ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja tanpa berpandukan kajian saintifik. sebarang komen atau pendapat adalah sangat dialu-alukan.