Beberapa hari yang lepas, saya dan saudara Maizal dijemput ke Serama Park oleh Pok Ki (Abang Marzuki) untuk menyaksikan rakaman program terbitan TV3 iaitu "Jalan-Jalan Cari Makan".
Sempat juga mencuri sedikit masa walau sms jemputan datang 'last minute'.
Yang meriahnya, sesi 'makan-makan' yang biasanya menjadi inti progam tersebut seolah menjadi acara promosi memperkenalkan ayam serama..hahahaha.
Tidak sangka, seleberiti juga pelakon iaitu Iqram Dinzly yang mengacarakan program tersebut merupakan seorang peminat haiwan-haiwan peliharaan terutamanya haiwan dari kategori unggas.
Beliau nyata 'jatuh cinta' dengan kecantikan dan keunikan ayam serama.
Di bawah adalah beberapa foto yang sempat dirakamkan.
| Itu dia...sempat juga bergambar bersama selepas puas bersembang panjang. PS : Peramah juga budak Iqram nie... |
| Sesi rakaman yang sedang berlangsung.. Makan Sup Serama...pergggg |
![]() |
| Gaya Seleberiti. Seorang Pelakun dan seorang lagi Pencinta Serama (Sumber Foto : FB Raja Serama) |
![]() |
| Aksi Iqram di rumah Pok Ki... (sempat juga berkunjung di rumah Pok Ki) (Sumber Foto : FB Raja Serama) |


Tidak ada komentar:
Posting Komentar