Sabtu, 06 Oktober 2012

JIE JIE YANG COMEL

OGOS 2012, genap setahun usia kucing jalanan yang saya ambil pada Ogos tahun lalu berhampiran sebuah longkang berkongsi hidup bersama saya.. Kucing ini pada mulanya saya namakan sebagai Qaseh bagi menggantikan anak kucing jalanan yang saya ambil dari dalam longkang yang mati tiga hari selepas saya pulang dari Bengkel Deklamasi Puisi, Kuantan. Dia saya namakan Qaseh. 

Namun, nama Qaseh akhirnya bertukar menjadi Jie Jie buat kucing comel ini. Ketika saya mengambil Jie Jie, keadaan Jie Jie amat teruk. Perutnya dipenuhi cacing, mata kirinya juga tidak sihat. Ibu kepada Jie Jie masih ada sehingga kini dan masih menetap di lorong yang sama. Jie Jie seiras dengan ibunya. Cuma, warna bulu Jie Jie lebih gelap berbanding warna bulu ibu Jie Jie yang pudar. Semasa Jie Jie masih kecil, saya akan membawa Jie Jie ke mana-mana sahaja yang boleh dengan memasukkan Jie Jie ke dalam beg.

Jie Jie ketika mula ditemui di tepi longkang, Ogos 2012

Oleh sebab Jie Jie saya letakkan ke dalam sangkar semasa dia kecil, Jie Jie membesar sehingga kini dengan menganggap sangkar itulah tandasnya. Tidak seperti Boboy (16) dan Teja (2) yang tahu membuang najisnya di dalam lubang tandas secara sendiri, Jie Jie perlu diuruskan sepenuhnya. Jie Jie tidak boleh membuang hajat selagi dia tidak menjumpai kertas atau surat khabar. Memang salah saya kerana membiasakan Jie Jie membuang hajat beralaskan surat khabar di dalam sangkar.

Berbeza dengan Teja yang santun, Jie Jie amat aktif dan degil. Tiga hari yang lalu, Jie Jie telah menangkap seekor anak burung yang bertenggek di jendela kamar saya. Segera saya meniup telinga Jie Jie sehinggalah dia melepaskan anak burung itu. Sayangnya, anak burung itu mati serta merta. Lehernya terkulai layu, barangkali gigitan Jie Jie tepat pada saraf penting di leher anak burung itu. Anak burung itu saya kebumikan di kawasan perkuburan Sungai Tua setelah selesai menambah tanah pada kubur emak yang agak mendap, semalam.

Biarpun Jie Jie mempunyai kedegilan yang tersendiri, saya gembira dengan kehadiran anugerah Allah ini kepada saya. Semoga Jie Jie akan sentiasa sihat.

Membesar dengan susu tepung
Jie Jie, enam bulan

Suka sangat dengan bulu tangkis
    
Jie Jie dalam usia tiga bulan
Jie Jie, tiga bulan

Jie Jie, Ogos 2012. Jie Jie jatuhkan pasu
Jie Jie, empat bulan


Jie Jie anggun, persis serigala
Senaman
Tempat tidur kesukaan Jie Jie

Tidak ada komentar:

Posting Komentar