Cendawan Goreng Celup Tepung
Perghhh... ada yang terliur tak dengan gambar tak seberapa ni? Saja nak propa aje ni. Dah buat lama jugak ni. Maklumlah tokeh cendawan, rasa sekarang ni tiap-tiap hari nak makan cendawan goreng. Bila dapat cendawan fresh, memang nak goreng celup tepung begini sebab rasanya memang sedap dan sangat memuaskan hati. Cicah pulak dengan sos cair yang masam manis pedas tu. Selalu kalau buat cendawan celup tepung ni memang ada je yang tak kena, lembik dan berminyak. Tapi dengan menggunakan resepi ni memang menjadi. Alkisahnya resepi ni dikongsi oleh kaunselor sekolah kami iaitu Kak Lia yang pada masa itu membuat ikan celup tepung. Jadi bila kami-kami ni makan, memang kena betul la hidangan tu untuk digantikan dengan cendawan. Jadi TQ bebanyak pada Kak Lia yang berkongsi resepi ni. Memang maveless dan menjadi sesangat. Mudah pulak tu nak menyediakannya. Kawan-kawan kalau ada kelapangan tu boleh la cuba. Wassalam... CENDAWAN GORENG TEPUNGResepi : Puan Norlia Bt Abd Hamid Bahan-bahan :2 bahagian marjerin3 bahagian gandumSedikit pewarna kuning / serbuk kunyitSecubit garamAir secukupnyaCendawan tiram yang telah disiat mengikut saiz dikehendaki Cara-cara :Campurkan marjerin, gandum, pewarna, garam dan air secukupnya. Biar bancuhan tidak terlalu pekat atau cairCampurkan ke dalam cendawan yang telah disiat, gaul hingga rataBolehlah digoreng menggunakan api besar supaya tidak menyerap minyak
Tidak ada komentar:
Posting Komentar