Spagetti Bolognaise Cendawan
Resepi ni cheq sue buat bila ya...sat nak ingat. Hurmmm rasanya bulan lepas, tarikh lupa. Memang dah agak lama terperam di dalam draft. Sayang kalau tak dipublish kerana ianya menampilkan resepi yang agak berbeza dari yang sebelum ini. SBC tercipta dengan mengubahsuai sedikit resepi asal yag pernah di buat di sini kerana ada stok cendawan tiram yang agak banyak. Walaupun guna cendawan tiram, memang tidak berasa sangat cendawannya tetapi ada rasa macam daging cincang gittew. Cuma bila guna cendawan segar, kena ramas dulu biar keluar semua cecair dalam cendawan tu (lepas basuh) supaya rasanya lebih kick. Kalau kata tak dikeluarkan airnya, cendawan tu akan over moist dan tak menyerap rasa kuah. Errrr...faham tak ni? Untuk bahan-bahannya tu boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa. Cheq sue sekadar memberi panduan sahaja berdasarkan apa yang dibuat. Kalau ada banyak cendawan tu boleh la cuba. Wassalam.. SPAGHETTI BLOGNAISE CENDAWANResepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :1 peket spagetti - rebus hingga lembut, masukkan sedikit garam dan minyak masak1 botol sos spagetti cendawan KIMBALL1 kg cendawan tiram - kisar separuh hancur (guna FP)2 biji bawang besar - dadu3 biji bawang putih - cincang2 kiub ayam2 sudu besar cili gilingSedikit oreganoAir secukupnya mengikut kepekatan kuah dikehendakiSedikit sos tomato dan sos ciliGaram, gula, secukupnyaSedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :Spagetti yang telah direbus hingga lembut ditoskan airnya dan dibilas hingga hilang kanjinyaPanaskan sedikit minyak dan tumis cili giling, oregano, bawang besar dan bawang putihMasukkan isi ayam dan cendawan butang, goreng hingga separuh masakTuangkan tomato yang telah dikisar, sos spagetti cendawan, kiub ayam dan air secukupnya (cheq sue guna dalam 5 cawan). Setelah mendidih, masukkan pula slice cheese, kicap, sos tomato dan sos cili.Masak hingga mendidih dan sos agak pekat. Perasakan dengan gula dan garam. Bolehlah dituangkan ke atas spagetti yang telah ditoskan tadi. Enak dihidangkan panas.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar