SAYA berkesempatan meminjam sebuah novel lama daripada seorang guru saya. Judul novel itu ialah Selasih Ku Sayang yang ditulis oleh Alias Ali. Novel ini diterbitkan oleh Syarikat Perchetakan Utusan Melayu Berhad. Tarikh novel ini terbit tidak pula diberitahu. Walau bagaimanapun, pada halaman penghargaan; penulis memaklumkan bahawa novel in ditulis berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh nenek penulis :
Kesah ini konon benar berlaku, di-sabuah kampong di-Ulu Trengganu. Kapada orang2 di-sini kesah ini di-kenali dengan nama Lubok Mati Bertiga. Kesah ini pernah di-bukukan dulu. Saya tulis kembali cherita ini atas permintaan nenek yang sekarang sudah lebeh sa-ratus tahun usia-nya, tetapi maseh suka bercherita -AA
Latar cerita dalam novel ini adalah pada zaman tradisional. Watak utama dalam novel ini ialah Muda, anak tunggal Mak Sinah yang sudah kematian suami. Manakala, antagonisnya ialah Umbang. Muda dan Umbang ialah rakan yang amat akrab sejak kecil. Mereka sama-sama belajar silat dengan Pak Malim. Apabila usia mereka sudah matang, Muda yang menjalin cinta dengan Dewi. Umbang yang kecewa apabila Dewi memilih Muda sebagai kekasih membuat perancangan untuk merampas Dewi daripada Muda secara rahsia.

Dengan alasan mahu menimba pengalaman dan ilmu di negeri orang, Umbang memujuk Muda untuk berkelana di Ulu Trengganu. Setelah mendapat persetujuan Mak Sinah, Muda dan Umbang mengumpul kayu sebagai bahan dagang mereka. Sebelum meninggalkan Pekan Ipoh, Muda menanam dua pohon Selasih di rumah Dewi. Pohon itu dijadikan Muda sebagai alamat akan keadaan Muda sepanjang kembaranya :
"Dua pokok selaseh itu nanti akan mengganti jasad aku di-sini. Kalau layu selaseh di-kiri alamat-nya aku sakit di perantauan. Kalau layu selaseh di-kanan, alamat-nya mendapat aral dan tidak pulang lagi."
Muda yang amat mempercayai Umbang langsung tidak menaruh wasangka akan niat tersembunyi sahabat itu. Kehilangan Umbang yang tiba-tiba di Pahang membuatkan Muda menyangka Umbang mati dibaham haiwan liar atau berkelana mencari sesuatu. Genap setahun Muda di Ulu Trengganu, dia pun kembali pulang ke Pekan Ipoh seperti yang dijanjikan kepada Mak Sinah dan Dewi. Sebaik sahaja Muda tiba di perkampungannya, barulah dia tahu bahawa Umbang telah mengkhianatinya dengan pulang ke Pekan Ipoh dan membuat khabar bahawa Muda sudah mati. Khabar itu menjadi faktor Umbang berjaya menikahi Dewi secara paksa walaupun gadis itu tetap percaya bahawa Muda masih hidup berdasarkan alamat pohon selasih.
Protagonis Muda digambarkan pengarang sebagai watak yang matang menerima ketetapan takdir. Muda tidak mahu membalas dendam kepada Umbang atas pengkhianatan Umbang kerana peristiwa Umbang menyelamatkan nyawa Muda ketika dia hampir lemas setelah jatuh dari kapal dalam perjalanan ke Pahang. Konflik memuncak apabila Dewi yang hampir gila kerana mencintai Muda dan terpaksa menikahi Umbang menemui Muda pada satu malam. Umbang yang melihat pertemuan itu menjadi amarah dan mahu membunuh Muda. Pada ketika itulah, berlaku pertikaman yang menyebabkan kematian ketiga-tiga mereka.
Pada awalnya, saya tertanya-tanya apakah maksud Lubok Mati Bertiga. Sifat saya yang tidak akan membuka halaman terakhir sebelum selesai membaca menemukan saya bahawa kisah benar (atau mitos?) yang menjadi asas penceritaan novel ini berkisah tentang cinta, persahabatan dan pengkhianatan yang membawa kepada kematian tiga manusia yang berkaitan :
Mata-nya tertuju kepada satu badan yang terkujor di-atas sa-buah batu besar. Dia chepat2 bangun dan berjalan ka-arah tuboh itu. Bila hampir dia melihat tiga mayat bergelimpangan. Sa-bilah keris terchachak di-dada Muda. Pada mayat Dewi dan Umbang kelihatan darah maseh membueh keluar.
Orang tua itu mengeleng2kan kepala-nya.
Tempo penceritaan novel ini agak cepat sehingga memperlihatkan ketergesaan proses penulisannya. Ketergesaan ini membuatkan karya ini meninggalkan banyak lompong yang menimbulkan tanda tanya kepada khalayak pembaca. Selasih Ku Sayang ialah novel Alias Ali yang ketiga selepas Gersang dan Krisis. Dalam karya ini, beliau disifatkan penerbit menerusi rangsang sari (blurb) telah melakukan eskperimen iaitu percubaan baharu dalam penulisan novel (ketika itu).
Menurut pengarangnya, novel yang dijual ketika itu dengan harga $2.60 telah diusahakan sejak tahun 1965 tetapi tergendala penulisannya apabila beliau mengikuti kursus penulisan fiksyen di Writers Workshop, IOWA, AMerika. Perbezaan novel ini dengan novel-novel Alias Ali yang sebelumnya terletak pada penekanan keindahan dan irama bahasa.
Membaca novel ini memancing rasa ingin tahu saya untuk mengetahui lebih lagi tentang Lubok Mati Bertiga.

Di sini saya berikan link mengenai Lubok Mati Bertiga oleh Bernama yang akan didokumentasikan http://www.sinarharian.com.my/semasa/kisah-lubuk-mati-bertiga-akan-didokumentasi-1.53846
Tidak ada komentar:
Posting Komentar