1 Berjalan selama 30 minit setiap hari - Langkah pertama ini mesti dilakukan setiap hari.Saya ulang SETIAP HARI.Jika boleh jangan ponteng sehari pun walaupun hari Minggu kerana ia seperti 'memanaskan jantung' kita.Kalau dah sejuk nanti memang banyaklah masalah macam enjin kereta.
2.Pastikan tekanan darah 115/75 kebawah - Tekanan darah yang normal ini perlu dijadikan sebagai tali pengukur untuk menjaga kesihatan jantung.Pada sesiapa yang mempunyai tekanan yang lebih daripada nilai ini maka anda disarankan untuk mengurangkan berat badan sedikit.Jika lemak diturunkan maka makin mudahlah tekanan darah dikurangkan.Bagi yang mempunyai tekanan 140/90 kaedah ini tidak berguna lagi.Hanya rawatan darah tinggi sahaja yang sesuai.Ingat sebelum kena!
3.Makan satu oun atau segenggam kacang sehari - Kacang kaya dengan HDL dimana ia bertindak mengurangkan radang.Malah lemak omega 3 dari kacang memberi protein terbaik dan sedikit serat.Kacang terbaik adalah dari kacang segar,mentah dan belum disalut garam.Tapi ingat hanya segenggam sehari!
4.Tingkatkan HDL - Cara terbaik ialah makan dari makanan yang digoreng dengan minyak zaitun,atau Canola.Eksesais setiap hari dan minum minuman seperti Soya secawan setiap hari.
5. Ambil 10 sudu tomato sos setiap hari - Tomato kaya dengan potasium yang berperanan sebagai pereda tekanan darah.Masakan simple jer janji banyak kelebihan.
6. Floss gigi dan cuci mulut - Nampak macam takde kena-mengena tetapi sebenarnya kesihatan oral mempengaruhi kesihatan arteri.Jika gigi sakit maka risiko radang pada jantung akan meningkat.
7. Makan lemak tepu kurang dari 20 gram sehari dan kurangkan lemak tran sedaya yang boleh - Daging tenderloin terbaik kerana daging ini kurang lemak tepu LEBIH KURANG HANYA 0.3 %.Jika kita ambil 115 gram daging lembu.Paling banyak 4 gram lemak tepu.Untuk trans-fat banyak dalam makanan panggang.
8. Elakan makanan yang tersenarai Gula sebagai 5 Ramuan pertama produk - Ini kita perlu jaga.Kalau kalori tinggi perut pun akan mengalami masalah ; buncit , boroi dan sebagainya.
9. Makan 10 jenis buah dan sayur setiap hari - Ini memang terbukti berkesan.Selain kaya fiber dan juga anti-oksida ia mampu memberi jantung yang kuat kepada kita.Ingat Perbanyakan buah-buahan dan sayuran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar