"In-breeding is more likely to help "set" or "fix" a particular trait within a breed or a line by narrowing the gene pool to favor those traits. So if a breeder is looking to set a particular desirable feature of their line then in-breeding and choosing the offspring most strongly possessing that trait can be beneficial."
Saya tidak pasti ada berapa method atau kaedah di dalam breeding. Kalau kita rajin melakukan carian dalam google, memang terdapat banyak kaedah yang kita boleh gunakan. Tapi saya lebih suka memudahkan kaedah-kaedah ini kepada 2 method sahaja. Pada saya setiap breeder pasti akan menggunakan kedua-dua kaedah tersebut. samada inbreed ataupun outbreed.
Bagi peminat baru, pasti pening sekejap dengan perkataan-perkataan ini. Tapi tidak mengapa...kerana ia cuma pelik dari segi sebutan tetapi mudah dari segi applikasinya. Yang susah adalah KESABARAN dalam breeding...hehehehe
Inbreed adalah pesilangan sepasang serama yang mempunyai pertalian susur galur darah (bloodline) yang rapat, dekat atau berkaitan. Tujuannya tidak lain adalah untuk menstabilkan ciri-ciri (genetik) yang dimiliki oleh kedua-dua pembaka dan induk tersebut pada generasi barunya.
Metafora mudah, jika seorang bangsa Melayu dipasangkan dengan pasangannya juga seorang berbangsakan Melayu, Insya Allah, anak-anak yang bakal dimiliki sudah tentu mempunyai genetik,indentiti dan ciri-ciri bangsa melayu. TETAPI jika seorang lelaki Melayu berkhawin dengan pasangannya dari bangsa afrika, maka anak yang keluar mungkin mempunyai ciri-ciri bangsa samada seorang melayu atau juga seorang afrika.
Ada ciri-ciri melayu lagi ke..? Ini mungkin contoh outbreed (mungkin bandingan yang mudah). Kacukan 2 'bangsa' (Melayu dan Inggeris). Indentiti melayu yang hilang |
Inbreed selalunya digunakan dengan tujuan untuk mengukuhkan ciri-ciri genetik yang dimiliki oleh bloodline dari pasangan serama yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Semakin rapat proses ini atau inbreed ini diteruskan pada generasi seterusnya...semakin kukuh ciri-ciri yang dimiliki oleh generasinya akan diturunkan. Inbreed banyak dilakukan dalam usaha mendapatkan semula 'model' serama juara yang pernah dilahirkan di dalam keluarganya.
Manakala outbreed adalah proses persilangan (cross) sepasang serama yang berlainan bloodline atau susur galur. Pembaka dan Induk selalunya mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan dipasangkan jika kita ingin mengabungkan (atau menutup kekurangan) ciri-ciri yang dimiliki oleh pembaka dan induknya. Selalunya proses outbreed dibuat dalam satu proses persilangan (kacukan) pada bentuk dan aksesori serama yang ada di reban kita. dan kaedah outbreed akan diikuti pula dengan kaedah inbreed..iaitu proses mengukuhkan genetik ciri-ciri pembaka dan induk yang mula diturunkan pada generasi pertama dan dikukuhkan pada generasi yang seterusnya...
Inilah induk yang dimasukkan dengan bapak kuning di atas dari bloodline balung halus dan aksesori yang molek |
Ini hasil outbreed di Telok Mas. Alhamdulillah ...cutting menarik dan aksesori yang bolehlah. Tapi ayam masih belum galak lagi Bapaknya Sri Temas sudah lama sampai di Klang... |
Terima kasih kepada Along yang sudi berkunjung. Kehadiran orang baru macam ini, Insya Allah akan memerihkan lagi serama di Melaka Insya Allah... |
Along datang bersama gengnya... |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar