Kejadian ini berlaku di sebuah pulau yang bernama Jeju. Pulau ini dikategorikan sebagai 7 Keindahan Semulajadi di Dunia oleh New7Wonders Foundation di Zurich, Switzerland. Jeju merupakan pulau gunung berapi yang terletak kira-kira 130km dari persisiran selatan Korea.Pulau terbesar dan wilayah terkecil di Korea itu mempunyai keluasan kira-kira 1,846 km persegi. Ciri utama keadaan pulau ini adalah Hallasan, gunung tertinggi di Korea Selatan yang merupakan gunung berapi aktif, yang timbul 1,950 m atas paras laut berserta 360 gunung berapi satelit di sekitar gunung berapi utama.
Antara keindahan pulau Jeju yang aneh adalah sebuah jalan di lereng bukit iaitu dikenali sebagai Jalan Misteri. Apa yang unik tentang jalan tersebut ialah walaupun enjin kereta tidak dihidupkan namun kenderaan akan masih menaiki bukit tersebut. Ada juga pelancong yang meletakan sebiji bola sebagai eksperimen dan ternyata bola itu bergerak menaiki bukit tersebut. Ini bukannya perkara tahyul tetapi perkara yang sains juga tidak dapat menjelaskan secara tepat bagaimana ia berlaku.
Penduduk Jeju juga merasa hairan dengan kejadian tersebut. Pendapat awal mereka bahawa kejadian ini mungkin ada kaitan dengan medan graviti bumi. Kajian demi kajian di jalankan sehingga akhirnya menemui jawapan bagi persoalan ini. Sememangnya perkara ini tidak logik pada mata yang melihat tetapi ia pasti boleh dirungkai dengan kajian sains serta ilmu pengetahuan. Sememangnya benarlah firman Allah yang bermaksud " Surat Al Jaatsiyah (QS 45 : 13 ) Dan Dia menundukkan untukmu apa yg ada di langit dan apa yg ada di bumi semuanya, sebagai rahmat dari padaNya.Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yg berfikir. Kalau tiada ilmu pengetahuan mengenai fizik, manusia mungkin tidak dapat ke bulan sehingga sekarang. Samalah juga seperti kes ini, jika kurang pengetahuan sains kita tidak akan tahu puncanya sehingga hari ini. Apa yang menarik tentang jalan ini ialah ia bukan misteri sepenuhnya tetapi faktor horizon mengapa objek dibawah naik ke atas. Keadaan ini sebenarnya berlaku kerana ilusi. Yang disangka bukit adalah di bawah dan yang di bawah adalah bukit yang sebenar.
Keadaan kawasan yang mempunyai slope atau cerun amat sukar untuk mengetahui horizon sebenar maka terdapat kekeliruan pada horizon sehingga mencetus mitos tentang jalan ini mempunyai kuasa untuk menganjak objek ke atas. Walaubagaimanapun ia amat menarik kerana ilusi kadang-kadang membuat manusia tertipu dengan apa yang dilihatnya.Dan kadang-kadang juga ilusi ada baiknya kerana manusia sering bosan bila acapkali berhadapan dengan perkara yang logik dan benar. Berbeza dengan ilusi yang jarang serta seronok untuk dilihat. Maka realiti dan ilusi sangat penting dalam keseimbangan hidup seorang manusia. Pesanan Mydecrescendo agar janganlah terlalu berilusi kerana kelak kita akan binasa namun jangan pula asyik berealiti kelak kita merana.Sekian.
Pic credit : Google
Tidak ada komentar:
Posting Komentar