Kolam mandi berada di awangan??Mungkin idea ini nampak mengarut dan gila namun perkembangan senibina sivil yang pesat menjadikannya ia satu lagi inovasi dalam bidang ini. Berikut antara kolam ternama yang berada di awang-awangan.
1. Shanghai Pudong Kangqiao
Kolam ini berada di sebuah bangunan 24 tingkat, dan bawahnya juga adalah gelas.
2. Hemeroscopium, Spain
Kolam ini pula mempunyai keunikan kerana antara kolam terpanjang yang tergantung jauh dari bangunan utama.
3.Hilton, Auckland
Direka khas untuk menjadi Oasis di tengah-tengah hutan konkrit, kolam ini mempunyai permandangan terbaik.
4. Ubud Hanging Garden, Bali
Kolam yang tinggi seolah-olah tergantung ditengah-tengah hutan.
5. Joule Hotel, Dallas
Keunikan kolam ini ialah ia mempunyai panjang 8 kaki keluar dari bangunan utama dan pada ketinggian 10 tingkat menjadi permandangan dari langit lebih luas dan berangin.
Fenomena alam semulajadi sememangnya adalah kurniaan tuhan yang sangat indah. Sebagai hamba-Nya wajib kita berfikir dan mencari isi yang tersirat disebalik tiap-tiap kejadian itu. Nescaya kita akan tergolong dalam manusia yang diredhai. Bagi masyarakat di Malaysia fenomena alam yang luar biasa sememangnya menjadi tarikan sebagai contoh Misteri anak sungai yang hilang di Kampung La Besut ataupun Misteri pasir bewarna hitam di Langkawi. Begitu juga dengan negara lain mereka amat mengagumi keindahan semulajadi. Bagi penduduk di Korea pula mereka di anugerahkan dengan ratusan pulau-pulau yang indah. Di antara pulau yang menjadi tarikan ialah Jindo dan Modo. Pulau yang terletak di selatan negara ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Maka tidak hairanlah jika ramai pelancong yang berkunjung di pulau ini untuk menyaksikan sendiri keunikannya. Namun keunikannya hanya boleh dilihat 2 kali setahun. Mengapakah agaknya ini berlaku? Ini adalah kerana keunikan yang dimaksudkan adalah beting pasir yang terhasil daripada air surut di Laut Kuning. Beting pasir sejauh 3 km (2 batu) dan selebar 40 meter yang menghubungkan Jindo dan Modo ini hanya boleh direntas dalam masa tertentu sahaja. Ya pada masa tertentu sahaja kerana beting pasir ini bergantung kepada sistem pasang surut di kawasan itu yang menyebabkan fenomena ini berlaku hanya 2 kali setahun. Penduduk di sini tidak akan melepaskan peluang melalui beting yang popular ini kerana ia adalah acara terulung di kawasan tersebut. Festival yang diberi nama Jindo Moses Miracle atau Jindo Sea-Parting Festival ini mendapat sambutan bukan sahaja daripada penduduk Korea malah di serata pelusuk dunia. Pelancong yang datang kebiasaannya akan berjalan kaki dari dua pulau tersebut dan meraikannya di tengah-tengah beting sebagai mengagumi keindahan semulajadi ini. Credit : Google
Seni foto yang diambil oleh beberapa photographer profesional di US. Skill dan teknik yang mantap serta keadaan cuaca yang mengizinkan merupakan faktor penting dalam penghasilan seni yang begitu indah ini.
Kejadian ini berlaku di sebuah pulau yang bernama Jeju. Pulau ini dikategorikan sebagai 7 Keindahan Semulajadi di Dunia oleh New7Wonders Foundation di Zurich, Switzerland. Jeju merupakan pulau gunung berapi yang terletak kira-kira 130km dari persisiran selatan Korea.Pulau terbesar dan wilayah terkecil di Korea itu mempunyai keluasan kira-kira 1,846 km persegi. Ciri utama keadaan pulau ini adalah Hallasan, gunung tertinggi di Korea Selatan yang merupakan gunung berapi aktif, yang timbul 1,950 m atas paras laut berserta 360 gunung berapi satelit di sekitar gunung berapi utama. Antara keindahan pulau Jeju yang aneh adalah sebuah jalan di lereng bukit iaitu dikenali sebagai Jalan Misteri. Apa yang unik tentang jalan tersebut ialah walaupun enjin kereta tidak dihidupkan namun kenderaan akan masih menaiki bukit tersebut. Ada juga pelancong yang meletakan sebiji bola sebagai eksperimen dan ternyata bola itu bergerak menaiki bukit tersebut. Ini bukannya perkara tahyul tetapi perkara yang sains juga tidak dapat menjelaskan secara tepat bagaimana ia berlaku. Penduduk Jeju juga merasa hairan dengan kejadian tersebut. Pendapat awal mereka bahawa kejadian ini mungkin ada kaitan dengan medan graviti bumi. Kajian demi kajian di jalankan sehingga akhirnya menemui jawapan bagi persoalan ini. Sememangnya perkara ini tidak logik pada mata yang melihat tetapi ia pasti boleh dirungkai dengan kajian sains serta ilmu pengetahuan. Sememangnya benarlah firman Allah yang bermaksud " Surat Al Jaatsiyah (QS 45 : 13 ) Dan Dia menundukkan untukmu apa yg ada di langit dan apa yg ada di bumi semuanya, sebagai rahmat dari padaNya.Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yg berfikir. Kalau tiada ilmu pengetahuan mengenai fizik, manusia mungkin tidak dapat ke bulan sehingga sekarang. Samalah juga seperti kes ini, jika kurang pengetahuan sains kita tidak akan tahu puncanya sehingga hari ini. Apa yang menarik tentang jalan ini ialah ia bukan misteri sepenuhnya tetapi faktor horizon mengapa objek dibawah naik ke atas. Keadaan ini sebenarnya berlaku kerana ilusi. Yang disangka bukit adalah di bawah dan yang di bawah adalah bukit yang sebenar. Keadaan kawasan yang mempunyai slope atau cerun amat sukar untuk mengetahui horizon sebenar maka terdapat kekeliruan pada horizon sehingga mencetus mitos tentang jalan ini mempunyai kuasa untuk menganjak objek ke atas. Walaubagaimanapun ia amat menarik kerana ilusi kadang-kadang membuat manusia tertipu dengan apa yang dilihatnya.Dan kadang-kadang juga ilusi ada baiknya kerana manusia sering bosan bila acapkali berhadapan dengan perkara yang logik dan benar. Berbeza dengan ilusi yang jarang serta seronok untuk dilihat. Maka realiti dan ilusi sangat penting dalam keseimbangan hidup seorang manusia. Pesanan Mydecrescendo agar janganlah terlalu berilusi kerana kelak kita akan binasa namun jangan pula asyik berealiti kelak kita merana.Sekian.