Ayam adalah binatang yang kebiasaannya diternak untuk dijadikan sumber makanan dan sebagai hobi. Tidak kiralah ayam dibela atas tujuan apa namun semuanya rata-rata pernah melihat ayam. Namun ayam yang disenaraikan ini tidak semestinya jarang bagi anda, mungkin anda pernah menjumpainya atau mungkin juga anda tidak tahu adanya ayam seperti ini. Ranking ini berdasarkan ayam paling jarang yang dilihat umum. Hari ini mydecrescendo ingin menyenaraikan ayam-ayam pelik mengikut ranking masing-masing. Jatuh tempat kelima ayam paling rare adalah .....
NO.5
Ayam Bulu Balik, biasa dilihat di kampung-kampung
NO.4
Ayam Serama, dapat dilihat di sesetengah kampung
NO.3
Ayam Gajah, ayam gergasi ini adalah baka yang agak rare
NO.2
Ayam Togel juga merupakan baka yang jarang dilihat
Jepun sememangnya kaya dengan budaya dan etikanya tersendiri. Etika tunduk merupakan elemen terpenting yang menjadi simbolik kepada penghormatan dan peradaban di sana. Tunduk atau bow membawa maksud merendahkan kepala individu sebagai tanda hormat dan sanjung kepada individu yang lain. Ia juga membawa maksud merendahkan diri dan menunjukan bahawa individu itu mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun Amerika Syarikat merupakan sebuah kuasa yang besar, namun tindakan Barrack Obama menundukkan kepala di hadapan Maharaja Akihito adalah perkara yang patut dipuji dan bukannya dikritik. Sesetengah pihak merasa tidak puas hati dengan tindakan Obama kerana bagi mereka "Americans Don't Bow".
Maharaja Jepun memberi hormat kepada mangsa yang gugur di era Perang Dunia Kedua
Makna keseluruhan tundukbergantungkepada keadaan,kerendahan, dantempohmasaanda tunduk. Tundukdi Jepunmenunjukkanrasa hormat kepadaorangatauperkarayangandatunduk. Kedudukanmasyarakatdalam bangsa Jepunadalah benar-benarpenting. Jikaandalebihtinggidalam masyarakatdaripada orang lain, anda akan melihat bahawamereka bercakaplebihsopankepada anda(ke tahap yang lebih tinggidaripada apa yang kitalakukan dalambudayaAmerika/ Barat), rukukdengan lebih mendalam, danwalaupunmungkinmemesanmakanan yang samakerana andadi restoran. Tundukhanyalahsalah satu daripadabanyak cara dalam menunjukkan rasa hormatdan merendahkandiridihadapanorang lain. Bergantungkepada siapaandatunduk, anda bolehtundukdengan lebih mendalam, tunduklagi,ataupun, mungkin, tidak tunduk sama sekali. Selain daripada merendahkan diri, tunduk boleh digunakan hampir untuk setiap perkara kepada semua manusia ataupun benda. Anda bolehtundukuntuk menyambutorang, mengucapkan terima kasih, mengatakanandamaaf,apabilaandamengucapkan tahniah kepadaseseorang, dan banyak lagi. Tunduk Biasa, 5 Darjah Tunduk yang paling mudah dan selalu digunakan dalam kehidupan harian - Untuk kenalan,rakan karib,orang yang memberi laluan semasa kita melintas dan juga bila kita acknowledge orang bawah bagi yang berkelas tinggi. Video di bawah menunjukkan budak melintas jalan memberi hormat kepada kereta yang memberi laluan kepada mereka.
Tunduk Sapaan,15 Darjah Lebih kurang sama dengan tunduk biasa - Untuk orang yang kita kenali atau untuk para pelanggan di kawasan kita bekerja. Video di bawah mengenai ketua stesyen kereta api memberi sapaan kepada penumpang sebelum menaiki kereta api.
Tunduk Hormat, Keirei, 30 Darjah Simbolik Hormat - Untuk mendapat penghormatan daripada orang atas atau memberi hormat kepada benda yang mulia. Misalnya video dibawah, pekerja kereta api memberi tunduk hormat kepada kereta api tempat mereka mencari rezeki. Tunduk Penghormatan Tertinggi, Saikeirei, 45 Darjah Memohon Keampunan - Untuk memohon maaf kerana kesalahan kita. Video di bawah menunjukkan seorang pengurus restauran meminta maaf kepada pelanggan dengan bersungguh-sungguh. Sangat menyayat hati. Melutut Dan Sujud Ke Lantai Tunduk ini tidak dapat dilihat lagi kerana ia hanya dilakukan sewaktu zaman Samurai ketika mereka melakukan kesalahan.
Setelah menikmati kejayaan di seluruh dunia sepanjang kerjayanya dalam industri permotoran, evolusi baru Ferrari California dicirikan dengan bilangan 30. 30 mewakili fakta tentang kereta ini di mana ia adalah 30 kilogram lebih ringan dan 30 kuasa kuda yang lebih kuat. California V8 kini mempunyai kuasa maksimum 490 hp dengan tork maksimum mencecah kepada 505 Nm pada 5000 rpm, terima kasih kepada senibina ekzos baru dan kejuruteraann enjinnya. Lengkung tork juga telah diubahsuai menjadi lebih tinggi di samping revolusi per minit yang sangat pick-up. Teknik fabrikasi aluminium dan teknologi pengasuhan yang digunakan oleh pusat Scaglietti membuktikan kecemerlangan dalam pembuatan California keseluruhannya yang juga membawa kepada pengurangan 30 kg dalam berat kereta tanpa menyentak aspek ketegaran struktur atau prestasi.
Bagi pelanggan mencari satu pengalaman memandu yang lebih dinamik lagi masih tidak terlalu ekstrem, Ferrari kini juga diperkenalkan dengan Pengendalian Speciale - pakej pilihan yang mempunyai pengubahsuaian kepada kedua-dua gear auto dan manual dan set-up yang mengurangkan roll badan dan memastikan respon terbaik kepada pemandu.
Pakej termasuk peredam magnetorheological yang lebih laju dikawal oleh ECU (tindak balas -50% masa) dengan algoritma proprietari Ferrari. Spring penggantungan adalah juga lebih keras untuk kawalan yang lebih tepat tanpa menjejaskan keselesaan. Akhir sekali, kelajuan yang lebih tinggi semasa membelok di selekoh dan pengurangan penggunaan stereng dijamin oleh kotak stereng baru dengan nisbah pengurangan yang lebih rendah (-10%).
Kolam mandi berada di awangan??Mungkin idea ini nampak mengarut dan gila namun perkembangan senibina sivil yang pesat menjadikannya ia satu lagi inovasi dalam bidang ini. Berikut antara kolam ternama yang berada di awang-awangan.
1. Shanghai Pudong Kangqiao
Kolam ini berada di sebuah bangunan 24 tingkat, dan bawahnya juga adalah gelas.
2. Hemeroscopium, Spain
Kolam ini pula mempunyai keunikan kerana antara kolam terpanjang yang tergantung jauh dari bangunan utama.
3.Hilton, Auckland
Direka khas untuk menjadi Oasis di tengah-tengah hutan konkrit, kolam ini mempunyai permandangan terbaik.
4. Ubud Hanging Garden, Bali
Kolam yang tinggi seolah-olah tergantung ditengah-tengah hutan.
5. Joule Hotel, Dallas
Keunikan kolam ini ialah ia mempunyai panjang 8 kaki keluar dari bangunan utama dan pada ketinggian 10 tingkat menjadi permandangan dari langit lebih luas dan berangin.
Seni foto yang diambil oleh beberapa photographer profesional di US. Skill dan teknik yang mantap serta keadaan cuaca yang mengizinkan merupakan faktor penting dalam penghasilan seni yang begitu indah ini.
Kejadian ini berlaku di sebuah pulau yang bernama Jeju. Pulau ini dikategorikan sebagai 7 Keindahan Semulajadi di Dunia oleh New7Wonders Foundation di Zurich, Switzerland. Jeju merupakan pulau gunung berapi yang terletak kira-kira 130km dari persisiran selatan Korea.Pulau terbesar dan wilayah terkecil di Korea itu mempunyai keluasan kira-kira 1,846 km persegi. Ciri utama keadaan pulau ini adalah Hallasan, gunung tertinggi di Korea Selatan yang merupakan gunung berapi aktif, yang timbul 1,950 m atas paras laut berserta 360 gunung berapi satelit di sekitar gunung berapi utama. Antara keindahan pulau Jeju yang aneh adalah sebuah jalan di lereng bukit iaitu dikenali sebagai Jalan Misteri. Apa yang unik tentang jalan tersebut ialah walaupun enjin kereta tidak dihidupkan namun kenderaan akan masih menaiki bukit tersebut. Ada juga pelancong yang meletakan sebiji bola sebagai eksperimen dan ternyata bola itu bergerak menaiki bukit tersebut. Ini bukannya perkara tahyul tetapi perkara yang sains juga tidak dapat menjelaskan secara tepat bagaimana ia berlaku. Penduduk Jeju juga merasa hairan dengan kejadian tersebut. Pendapat awal mereka bahawa kejadian ini mungkin ada kaitan dengan medan graviti bumi. Kajian demi kajian di jalankan sehingga akhirnya menemui jawapan bagi persoalan ini. Sememangnya perkara ini tidak logik pada mata yang melihat tetapi ia pasti boleh dirungkai dengan kajian sains serta ilmu pengetahuan. Sememangnya benarlah firman Allah yang bermaksud " Surat Al Jaatsiyah (QS 45 : 13 ) Dan Dia menundukkan untukmu apa yg ada di langit dan apa yg ada di bumi semuanya, sebagai rahmat dari padaNya.Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yg berfikir. Kalau tiada ilmu pengetahuan mengenai fizik, manusia mungkin tidak dapat ke bulan sehingga sekarang. Samalah juga seperti kes ini, jika kurang pengetahuan sains kita tidak akan tahu puncanya sehingga hari ini. Apa yang menarik tentang jalan ini ialah ia bukan misteri sepenuhnya tetapi faktor horizon mengapa objek dibawah naik ke atas. Keadaan ini sebenarnya berlaku kerana ilusi. Yang disangka bukit adalah di bawah dan yang di bawah adalah bukit yang sebenar. Keadaan kawasan yang mempunyai slope atau cerun amat sukar untuk mengetahui horizon sebenar maka terdapat kekeliruan pada horizon sehingga mencetus mitos tentang jalan ini mempunyai kuasa untuk menganjak objek ke atas. Walaubagaimanapun ia amat menarik kerana ilusi kadang-kadang membuat manusia tertipu dengan apa yang dilihatnya.Dan kadang-kadang juga ilusi ada baiknya kerana manusia sering bosan bila acapkali berhadapan dengan perkara yang logik dan benar. Berbeza dengan ilusi yang jarang serta seronok untuk dilihat. Maka realiti dan ilusi sangat penting dalam keseimbangan hidup seorang manusia. Pesanan Mydecrescendo agar janganlah terlalu berilusi kerana kelak kita akan binasa namun jangan pula asyik berealiti kelak kita merana.Sekian.