Fenomena alam semulajadi sememangnya adalah kurniaan tuhan yang sangat indah. Sebagai hamba-Nya wajib kita berfikir dan mencari isi yang tersirat disebalik tiap-tiap kejadian itu. Nescaya kita akan tergolong dalam manusia yang diredhai. Bagi masyarakat di Malaysia fenomena alam yang luar biasa sememangnya menjadi tarikan sebagai contoh Misteri anak sungai yang hilang di Kampung La Besut ataupun Misteri pasir bewarna hitam di Langkawi.
Begitu juga dengan negara lain mereka amat mengagumi keindahan semulajadi. Bagi penduduk di Korea pula mereka di anugerahkan dengan ratusan pulau-pulau yang indah. Di antara pulau yang menjadi tarikan ialah Jindo dan Modo. Pulau yang terletak di selatan negara ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Maka tidak hairanlah jika ramai pelancong yang berkunjung di pulau ini untuk menyaksikan sendiri keunikannya.
Namun keunikannya hanya boleh dilihat 2 kali setahun. Mengapakah agaknya ini berlaku? Ini adalah kerana keunikan yang dimaksudkan adalah beting pasir yang terhasil daripada air surut di Laut Kuning. Beting pasir sejauh 3 km (2 batu) dan selebar 40 meter yang menghubungkan Jindo dan Modo ini hanya boleh direntas dalam masa tertentu sahaja. Ya pada masa tertentu sahaja kerana beting pasir ini bergantung kepada sistem pasang surut di kawasan itu yang menyebabkan fenomena ini berlaku hanya 2 kali setahun.
Penduduk di sini tidak akan melepaskan peluang melalui beting yang popular ini kerana ia adalah acara terulung di kawasan tersebut. Festival yang diberi nama Jindo Moses Miracle atau Jindo Sea-Parting Festival ini mendapat sambutan bukan sahaja daripada penduduk Korea malah di serata pelusuk dunia. Pelancong yang datang kebiasaannya akan berjalan kaki dari dua pulau tersebut dan meraikannya di tengah-tengah beting sebagai mengagumi keindahan semulajadi ini.
Credit : Google
Tidak ada komentar:
Posting Komentar