Paus yang diberi nama Spade-toothed beaked Whales merupakan paus paling jarang ditemui. Semenjak tahun 1872 rangkanya ditemui di kepulauan pasifik namun spesisnya tidak dapat dikenalpasti waktu itu.
Kemudian rangkanya sekali lagi ditemui di New Zealand pada era 50-an dan 1986 di Chille. Menurut pakar pengkaji mamalia, paus ini jarang sekali ditemui berikutan kelakuannya yang tidak gemar ke pesisiran pantai.
Ia amat jarang sekali berada di permukaan laut, hanya dalam keadaan tertentu. Paus yang sepanjang 5 meter itu ditemui bersama anaknya berlegar-legar di persisiran utara pantai New Zealand sebelum ditemui mati. Menurut pengkaji mamalia di New Zealand mereka beruntung kerana mereka mendapat spesimen penuh tentang spesis ini. Dengan adanya bangkai paus ini maka mereka akan dapat mengkaji lebih dalam tentang kelakuan dan habitat paus ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar