Tampilkan postingan dengan label NEWS. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label NEWS. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Juni 2013

Header My Decrescendo Berwajah Baru

Salam semua. I'm back!!! Untuk pengetahuan semua blog My Decrescendo akan kembali aktif dengan info-info berguna dan buat permulaan Header My Decrescendo telah di naik taraf berkuatkuasa hari ini. Apa pun diharapkan pembaca akan terus setia dan rajin-rajinkan diri berkunjung ke blog ini disamping berkongsi idea untuk kebaikan dan manfaat buat semua. Header ini telah diilhamkan oleh saya sendiri dan direka menggunakan Adobe Photoshop CS5 Extended. Diharapkan anda semua menyukainya. Sekian !!!


Kamis, 08 November 2012

Ucapan Penuh Obama Yang Memberangsangkan

Presiden US Barrack Obama telah berjaya memenangi President Election mengalahkan seterunya Mitt Romney dari Pati Republikan. Keputusan terkini menunjukkan Barrack Obama mengekalkan kedudukannya sebagai presiden Amerika Syarikat buat penggal kedua berturut-turut.
Ikuti ucapan penuh kemenangan Obama di bawah.

Rabu, 07 November 2012

Paus Paling Jarang Ditemui di New Zealand


                        

Paus yang diberi nama Spade-toothed beaked Whales merupakan paus paling jarang ditemui. Semenjak tahun 1872 rangkanya ditemui  di kepulauan pasifik namun spesisnya tidak dapat dikenalpasti waktu itu.
Kemudian rangkanya sekali lagi ditemui di New Zealand pada era 50-an dan 1986 di Chille. Menurut pakar pengkaji mamalia, paus ini jarang sekali ditemui berikutan kelakuannya yang tidak gemar ke pesisiran pantai.   


Kebanyakan daripada spesis ini hidup dan mati di laut dalam kerana rangkanya amat sukar untuk dijumpai. Paus ini ditemui sekali lagi di Utara New Zealand dan pada mulanya ramai yang menyangka ia adalah spesis Gray's Beaked, spesis paus yang biasa ditemui namun ia adalah spesis terjarang pernah ditemui bagi kelas paus. Spade-toothed beaked Whales selalu gemar berada di laut dalam memburu sotong, ikan kecil dan hidupan laut dalam yang lain.


Ia amat jarang sekali berada di permukaan laut, hanya dalam keadaan tertentu. Paus yang sepanjang 5 meter itu ditemui bersama anaknya berlegar-legar di persisiran utara pantai New Zealand sebelum ditemui mati. Menurut pengkaji mamalia di New Zealand mereka beruntung kerana mereka mendapat spesimen penuh tentang spesis ini. Dengan adanya bangkai paus ini maka mereka akan dapat mengkaji lebih dalam tentang kelakuan dan habitat paus ini.

                                         

Kamis, 25 Oktober 2012

Kuasa Tuhan Yang Agung : Penemuan Kuasa Eletrik Bawah Laut

Sesungguhnya kuasa tuhan itu adalah mutlak dan tidak dapat dipertikaikan lagi.Kerana setiap daripada kejadian di bumi ini membuat manusia berfikir tentang kebesaran dan keagungannya.Dalam Al-Quran ada menyebut " And those who have no knowledge say: "Why does not Allah speak to us (face to face) or why does not a sign come to us?" So said the people before them words of similar import. Their hearts are alike, We have indeed made plain the signs for people who believe with certainty."[AL-Baqarah:117-118­].

Dalam ayat tersebut menerangkan yang bahawa tanda dan kebesaranNYA bukan sukar untuk di cari kerana ianya sudah jelas di hadapan kita,cuma yang membezakan ialah ilmu dan pengetahuan kita dalam menafsir segala kekuasaan dan kejadian yang telah diperlihatkan. Sempena Hari Raya Haji atau Raya Korban yang mulia ini,mydecrescendo berbesar hati untuk berkongsi tentang satu keunikan yang ditemui oleh sekumpulan saintis yang di ketuai oleh Lars Peter Nielsen seorang ahli microbiologi daripada Denmark's Arhus University tentang rangkaian jaringan semulajadi yang menghasilkan signal dan juga mengalirkan elektrik di dasar laut di Teluk Arhus pada 2010 yang lalu.




Jangkaan pertama Nielsen ianya hanyalah keadaan
muka bumi yang menghasilkan elektrik namun apabila kajian mendalam dijalankan ia adalah sejenis bakteria yang dipanggil Desulfobulbaceae .Bakteria ini mempunyai keunikan tersendiri yang agak luar biasa kerana mampu hidup di dasar laut yang hampir tiada bekalan oksigen serta keadaan yang gelap ditambah dengan suhu yang ekstrem ,Subahanallah! Organisma laut dalam ini juga dilihat mempunyai struktur yang jarang ditemui iaitu mempunyai enzim elektron yang mampu menghasilkan aliran elektron serta perpindahan tenaga yakni energy transfer dalam jarak yang sangat jauh.Walaupun ditemui hanya sepanjang badan seorang manusia di bawah laut namun signal yang dihasilkan menjangkaui sejauh 12 batu atau 20 kilometer.Nielsen menambah lagi bahawa ia tidak menjangkakan bahawa bakteria ini bukan sahaja melakukan eletric transfer namun ia juga dilihat sebagai sambungan rangkaian signal.Baginya ini amat unik sekali kerana kebiasaannya kabel elektrik hanyalah daripada jasad-jasad yang tak bernyawa dan penemuan ini adalah seperti fantasi yang pernah dipopularkan dalam movie blokbuster Avatar di mana pokok juga mempunyai jaringan rangkaian tersendiri.