Tampilkan postingan dengan label Penternak /Breeder. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Penternak /Breeder. Tampilkan semua postingan

Selasa, 23 Juli 2013

Memilih pembaka...

Assalam ..

Entri ini saya tulis sebagai perkongsian kepada pembaca blog terutama bagi peminat yang baru berjinak jinak meminati kecantikan ayam serama. Alhamdulillah, minggu ini saya terima banyak pertanyaan tentang pembaka yang hendak saya lepaskan. Syukur...takat ini ada 3-4 ekor yang sudah selesai urusannya. 

Tapi saya bukan hendak bagitahu saya sudah lepaskan pembaka tersebut, saya cuma mahu berkongsi sedikit tips supaya peminat baru ini tidak membuang masa dan tenaga (termasuk duit) seperti mana yang telah saya lalui sebelum ini.

Macam yang selalu saya tekankan dalam tulisan saya yang lepas, pemilihan pembaka dan juga induk sangat kritikal dalam proses breeding terutama dalam mencapai visi dan impian kita menghasilkan serama mengikut ciri-ciri yang kita sukai.

Jadi soalan yang kerap saya tanya pada pembeli adalah nak pembaka yang warna apa? Dan minat serama nie untuk buat suka-suka atau memang ada hati untuk bawa ke depan (pertandingan). Secara jujurnya, jawapan yang paling banyak diterima akan menjurus pada membela sekadar suka-suka, dengan niat nak dapat harga yang murah murah.

Masalahnya, jawapan yang kita berikan tidak akan membantu kita dalam usaha kita mendapatkan serama yang baik dan bergaya pada masa akan datang kerana langkah paling penting kita tidak diambil dengan jujur. Kerana itu selalunya , ayam yang paling awal kita beli selalunya tidak memberi sebarang hasil yang kita ingini dan selalunya pembaka tersebut sudah sampai ke rumah jiran-jiran kita yang minat serama tapi tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli.

Pendapat saya, kalau hendak bela serama sekadar suka-suka, cukup setakat ambil pembaka yang memang kita pun tak hendak langsung ada dalam reban kita. Kadang sesetengah penternak hanya mengambik duit beli dedak sahaja. Belakang hari, usah disalahkan pada si penjual kerana pembeli tidak jujur dalam memberitahu tujuan dia membeli sepasang serama itu.

Ayam serama adalah sama macam mahkluk Allah yang lain yang hidup berdasarkan sains genetiknya. Kalau kita tanam benih mangga usah impikan hasilnya buah manggis. Kalau kita satukan pasangan melayu dengan melayu, usaha kita harap hasilnya anak muka mat saleh (kecuali dengan izin Allah). Ini hukum sains genetik. Dalam kita hendak menghasilkan serama yang mempunyai ciri-ciri aksesori yang kita impikan, kita perlu mempunyai pembaka atau induk yang mewarisi genetik ciri-ciri tersebut. Jika tidak kita sekadar hanya membuang masa, usaha dan tenaga kita berbanding mereka yang benar-benar menitikberatkan pemilihan pembaka dan induk yang betul.

Maka, saya selalu berharap seseorang peminat itu berterus terang supaya pembaka yang dicadangkan adalah sesuai dengan keinginan dan impiannya. kalaupun belum sedia, tunggu sampai cukup baru kita ambil. lebih baik dari kita ambil yang bukan-bukan dan kemudiannya kita tukar lagi dan tukar berkali kali...sekadar membuang masa dan tenaga kita....

Pembaka pertama yang saya beli. saya tidak tahu kenapa saya beli pembaka berwarna jalak
Kerana saya minat warna ara. Tak lama di reban telok mas sebab mati.
mungkin kerana kurang perhatian dari saya sendiri dan saya sibuk cari pembaka yang lain..
#beli semata-mata cukup buget (modal kecil)
Anak yang terhasil dari pemilihan pembaka dan induk.
mewarisi warna, aksesori dan kating keturunannya.
Gaya belum tahu...
Anak Ara 


Senin, 22 Juli 2013

Gambar..

Pembaka sami
Br nak masuk muda
Pembaka ekor kelabu..pembaka yang berjasa
Tetap maintain gaya
Aksi tak pernah gagal dr pembaka teras

Kamis, 25 April 2013

Koleksi Pembaka "Kuning" ..

Selain dari 3-4 ekor pembaka berwarna Ara atau 'gelap' yang Stm guna di reban (cuba cari artikel yang terdahulu), Stm juga menggunakan beberapa bapak pembaka yang berteraskan warna kuning. Ada pembaka ini adalah dari generasi asal pembaka yang Stm gunakan dahulu.

Selepas bapak asalnya mati, anak-anak pelapisnya telah menjadi pewaris baru di reban Stm. Maknanya, jika dicampur-campurkan...ada hampir 8-9 ekor bapak pembaka yang aktif menghasilkan pewaris baru di reban Telok Mas.

Kalau dari sisi pembaka Induk betina, Stm tak pasti ada berapa ekor...mungkin puluh ekor kot. Dari bloodline kebanyakkannya, Stm dah pilih dan tapis.

Setakat ini, hasil yang keluar dari pembaka ini memang Alhamdulillah. Ada yang bercutting, ada yang berlunjur dan ada yang menyembab heheheh. Ini memang lumrah dalam breeding. Yang penting 'istiqamah'.

Buat masa ini, Stm memang tidak ada masalah dengan bilangan ayam yang Stm bela. Ini kerana kawasan yang Stm guna untuk breeding memang agak luas. Masalah Stm cuma masa yang agak terhad. Tapi kerana ini memang hobi dan minat kita, Stm tetap luangkan masa dalam sehari untuk datang memberi makan dan merehatkan otak yang kadang penat bekerja setiap hari.......

Nanti aada masa, Stm ambil gambar anak-anak hasil pembaka di reban ini....



Add caption
m
Anak-anak a
anak b siap...

Selasa, 23 Oktober 2012

Bagaimana menghasilkan serama yang cantik bergaya...?

Inilah persoalan yang banyak bermain di dalam fikiran seseorang peminat kesenian dan kecantikan ayam serama. Baik ia untuk peminat yang baru..mahu pun juga bagi peminat yang sudah lama berkecimpung di dalam arena ini.

Menternak serama memang mudah. Dengan reban yang sederhana kecil dan kos pemakanan yang rendah, kita sudah boleh memulakan proses menternak ayam serama. Tetapi menghasilkan ayam serama yang cantik dan juga bergaya memang MENCABAR. 

Tidak seperti unggas lain seperti burung dan juga jenis ayam yang lain, serama mempunyai 'skill' menternak yang lebih teliti. Menggunakan pembaka dan induk berbeza akan menghasilkan bukan sahaja warna, bulu, bentuk tubuh-'cutting' yang berbeza, tetapi perangai dan gayanya juga akan berbeza. Maka pilihan kombinasi pembaka dan induk yang tepat adalah sangat penting di dalam langkah utama untuk menghasilkan ayam serama seperti yang diidam-idamkan.

Kerana itu soalan-soalan seperti 'jenis baka, bloodline, susur galur, cutting dan sebagainya sememang popular di kalangan peminat ayam serama. Kerana di situlah, proses pertama dalam menghasilkan ayam serama akan bermula.

Sebenarnya, jenis baka atau bloodline HANYAlah sekadar satu JENAMA di dalam dunia serama. Ia  adalah NAMA yang digunakan untuk menerangkan ciri-ciri yang dimiliki oleh JENAMA ayam serama tersebut. Apabila kita menyebut nama baka itu, akan terbayanglah ciri-ciri yang dimiliki oleh JENAMA baka tersebut.

Jika mahu dipermudahkan, bayangkan kita menyebut nama JENAMA sebuah kereta. Kita sudah terbayangkan ciri, bentuk dan aksesori yang dimiliki oleh JENAMA kereta tersebut. Begitu juga bagi ayam serama, bila menyebut BAKA A, ia sebenarnya mewakili ciri-ciri yang dimiliki oleh ayam serama yang berjenama A tersbeut.

Bagi sebuah nama baka atau bloodline, ia patut mempunyai kestabilan genetik ciri-ciri yang mewakili nama bloodline-nya.  Contohnya, baka jenis A sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang jelas seperti warna bulu, jenis balung, bentuk tubuh (cutting), bentuk perangai dan gaya dan sebagainya.. Itu barulah satu bloodline yang mampu membantu di dalam proses breeding. Ada bloodline memang selalu di sebut tetapi ciri-ciri bakanya susah dikenalpasti dan tidak stabil. Kerana itulah hanya terdapat beberapa jenis baka atau bloodline sahaja yang agak sustain (terus) di sebut oleh peminat serama. Ini kerana ciri-ciri yang dimiliki oleh pembaka tersebut agak jelas dan diwarisi semula oleh keturunannya berbanding dengan bloodline yang tidak stabil genetik cirinya.

Kalau kita lihat di dalam dunia ayam serama ini, kita akan dapati ramai peminat yang menyebut baka itu dan baka ini. Dia punya bloodline ini dan itu. Malangnya jika di tanya, apa ciri-ciri yang ada pada ayam itu yang dikatakan dia baka tersebut..? dia pun melopong tidak tahu ciri yang ada pada ayam tersebut.

Kerana itulah proses ternak atau 'breeding' di dalam serama memang mencabar. Tetapi itulah yang menjadikan ia lebih menarik terutama bagi seseorang yang minat dengan cabaran.

Bloodline Submerin : Ciri dada besar, bulu kuning keemasan dan  cutting  yang agak tinggi.
Susunan ekor juga menarik (aksesori yang mantap)
Balung cirinya mungkin perlu diperbaiki sekarang
-sebahagian ciri sahaja -
(Sumber : Blog Parit Buntar)

Submerin. Ciri yang hampir sama dengan di atas. Ayam lebih halus sahaja
(Sumber : Blog Serama Jalan Day)

Baka Lang : Ciri-ciri : Warna ara, kaki dan paruh kuning, dada besar dan bulu berkilat.
Makin tua akan muncul bulu-bulu warna coklet  (Maaf Cik Man jika salah)

Sami G : Bulu kemas dan rapat. Warna Kuning dgn kelopak mata keputihan. Muka garang. Ekor tersusun rapi
Dada besar. kaki hijau..Balung mantap (kecil), Cutting : Tinggi sederhana. Gaya lonjak dada
(Gambar Sami Gila asal yang pertama kali menang BOTB Bon Titiwangsa Tahun 2010)

Cuba tengok Sami Gila yang baru sahaja diambil gambar oleh Rosli Anak Johor (Okt 2012)
Sama sahaja ciri aksesorinya. Cuma Balung semakin halus heheheh
(bandingkan dengan gambar tahun 2010. Hampir sama)
Tok Uban. Warna Ara, balung tanduk rusa, Ekor tersusun kemas, cutting agak tinggi.
Dada keputihan semasa kecil tetapi akan hilang apa bila matang. Makin tua makin selam...
PS : Ini HANYA berdasarkan permehatian penulis. Jika ada sebarang kekeliruan atau percanggahan, ia hanyalah sekadar pandangan peribadai penulis yang masih lagi belajar memahami ayam serama

Rabu, 26 September 2012

Silaturrahim ke Dungun (Part IV)

Pok Eid
Siapa peminat serama yang tidak pernah mendengar nama Pok Eid Dungun...? Pemain (Player) ayam serama yang kehadirannya di bon-bon pertandingan PASTI  dibawa bersamanya banyak ayam serama yang bukan sahaja cantik bergaya tetapi juga kerap mendapat nombor (istilah bagi ayam yang menduduki 'ranking' dalam pertandingan) di bon tersebut.

Kesempatan berkunjung ke rumah beliau memberi banyak informatif berguna dan juga cerita-cerita yang tidak di ketahui oleh ramai peminat ayam serama.

Layanan beliau yang cukup mesra ditambah dengan celoteh tanpa hentinya tentang serama mengambarkan kecintaan mendalam beliau pada keunikan unggas kecil ini.

Saya dapat melihat beberapa perbezaan yang ketara jika mahu dibandingkan Pok Eid dengan breeder ataupun player yang lain. Mungkin inilah yang menjadikan beliau kerap dapat memperolehi nombor di arena pertandingan yang beliau sertai.

Saya malas mahu bercerita panjang....kita layan sahaja gambar di bawah sambil saya ingin mengucapkan terima kasih buat Pok Eid sekeluarga atas layanan yang diberikan...

Menarik nampak...2 orang lama
Itu dia....comey tu....
Tips...
Gelagat Pok Eid...

Ayam tanding Pok Eid

Dah masuk Induk...tapi kekal bergaya
Pergggggg...
Menawan kalbu

Tempat training ayam hehehe

Bergaya....
Gaya ala-Bouncer di pintu masuk rumah Pok Eid
Terima kasih daun keladi....heheheh

Sabtu, 15 September 2012

Silaturrahim ke Dungun (Part 1)

"Terima kasih daun keladi..." buat Pok Jang atas layanan terbaik buat kami
selamat datang...
Jauh perjalanan, luas pemandangan...”. Itulah indahnya pepatah orang-orang tua kita yang sentiasa kaya dengan kata-kata yang halus dan budiman. Mengambil kira besarnya manfaat dalam menambah ilmu dan pengalaman, baru ini, STM, sahabat Telok Mas - Saudara Maizal dan Pok Ki (Abg Zuki Sabak-asalnya beliau keberatan, tetapi selepas dipujuk hehehe, baru beliau setuju pergi sama) telah 'bertandang' ke Dungun Trengganu. Tempat dituju tidak lain dan tidak bukan ialah rumah sahabat STM yang banyak membantu STM "memeriahkan" reban STM di Telok Mas iaitu Pok Jang (sebenarnya beliau pernah bekerja di Telok Mas sebelum mengusahakan bengkel kereta beliau sendiri di Dungun). 

Selain dari berjalan raya ke rumah beliau, kami juga mengambil peluang di bulan Syawal yang mulia ini untuk menjalinkan silaturrahim dengan rakan-rakan peminat ayam serama di Dungun yang sudah tidak asing lagi mempunyai ramai nama-nama besar dalam menghasilkan serama yang cantik bergaya di meja-meja pertandingan di seluruh Malaysia.

Alhamdulillah, dalam masa yang agak terhad, sempat juga kami bergerak dan melawat ke beberapa buah rumah penternak dan juga pemain (player) ayam serama yang kebetulan memang sudah kami kenali sebelumnya. Antara seperti rumah Majid yang terkenal kekentalannya dengan serama "Besi Buruk", Pok Eid, Pok Suri, Pok Lie Daging dan beberapa breeder lain yang akan saya kongsikan di dalam artikel seterusnya. (sebenarnya ada beberapa lagi rumah sahabat yang patut dilawati, tetapi faktor kekangan masa menyebabkan rumah tersebut tidak sempat kami sampai. Insya Allah, mungkin pada masa akan datang)

Banyak pekara yang dapat diperolehi di samping peluang melihat dan berkongsi pelbagai informasi berguna khusus bagi penternak dan peminat ayam serama. Apatah lagi peluang melihat sendiri 'kandang-kandang' serama otai di Dungun ini yang pastinya menyimpan banyak tips-tips 'sulit' yang hanya boleh diperolehi dengan berjumpa dan 'bertandang' sendiri ke rumah mereka.

Terima kasih ke pada Zaki dungun, Suri dan juga adik kepada pemilik Serama Sri Batek yang  sanggup hadir  untuk berborak-borak. Bila orang lama seperti Abg Zuki berjumpa rakan lamanya, tahu-tahu sudah jam 2 pagi.....adussss
Tekun mendengar perkongsian di meja makan heheheh...
Kata Pok Jang..."benda wajib di pagi jumaat" - Telor Separuh Masak Power Batu 48 hahahha
Saya akan sambung lagi cerita lawatan di Dungun ini dan banyak juga gambar-gambar menarik untuk dikongsikan (Insya Allah). Tapi sebelum itu, sedikit tatapan untuk pembaca blog ini.........
Seibu dan sebapak dengan "Cheetah" -serama yang pernah mengegar di meja bon tahun lalu..."Bloodline'nya kini di reban  rakan baik Pok Jang....

Pok Eid dengan seekor dari "peluru'-nya.....
Aksi di reban "Majid Besi Buruk"


Rabu, 20 Juni 2012

Bakal berubah menjadi reban Telok Mas....

Duduk rumah taman memang susah sikit hendak menternak ayam serama. Ruang yang kecil tambah pula dengan jiran tetangga; jadi susah hati juga bila ayam asyik berketuk tidak tentu masa.

Jadi, memikirkan 'kepuasan' dalam breeding dan kesian tenguk ayam peliharaan yang asyik duduk dalam gok besi, STM ambil keputusan dapatkan sedikit ruang tanah kampung untuk di-convert menjadi tempat menternak (reban) ayam serama STM. Tempat itu agak dekat juga dengan rumah STM.

Maka, bolehlah tempat ini menjadi tempat STM melepak melihat ayam-ayam serama STM yang tidak banyak mana itu. Sambil itu, tempat ini juga jadi tempat 'keluar peluh' petang-petang STM dan anak-anak. Dapat juga rasa suasana kampung..hahahaha.


Pandangan dari sisi depan (rumah kosong nie. Hampir setahun tidak berpenghuni)

Sisi Depan

Sebelah kanan rumah

Ini sebelah kanan juga 

Ini sebelah kiri..tempat simpan barang antik hahaha
Sebelah belakang tidak boleh tunjuk...pergggg, banyak betul sampah berlonggok. Tapi ada pokok rambutan dan juga bolehlah nak bercucuk tanam. Mahu sebulan jugalah nak kena kemas......Adus, minat dan hobi punya pasal.

Minggu, 17 Juni 2012

Otai Serama : Bersama Abang Khalid Tanjung Minyak


Abang Khalid bersama 2 ekor 'peluru'-nya
Setahun yang lepas, semasa saya sibuk membuat carian di internet tentang serama di Melaka, ada 2 nama yang kerap keluar di paparan sreen laptop saya. Pertama adalah Saudara Rahman Persona dan keduanya adalah Saudara Khalid Tanjung Minyak. Dua nama ini adalah nama yang sering kedengaran apabila saya bertanya siapakah orang yang aktif 'bermain' serama di Melaka.

Bagi peminat dan pemain ayam serama tegar di seluruh Malaysia, nama Khalid Tanjung Minyak bukan asing sebenarnya. Beliau memang 'rancak' menyertai pelbagai bon di merata pelusuk negara. Beliau telah berkecimpung bermain serama semenjak tahun 90-an lagi, di samping aktif membela serama walaupun di kala musim serama 'agak pelahan' dahulu. Ini mengambarkan 'passion' beliau yang mendalam di dalam kesenian dan kecantikan ayam serama.

Malahan, jasa beliau menaikkan serama di negeri Melaka ini adalah sangat besar. Selain dari Saudara Rahman Persona dan Abang Azmi (Pengerusi KPSM), Abang Khalid adalah antara perintis yang mengerakkan bon di Melaka semenjak 5 tahun yang lepas.

Jadi peluang ber-silaturrahin dengan melawat reban beliau di rumahnya (dan di rumah mertuanya) yang terletak di Tanjung Minyak Melaka, dapat memberi banyak manfaat dan tambahan ilmu buat saya yang masih muda di arena serama. Sebagai orang lama, koleksi serama di reban beliau kebanyakkannya terdiri dari bloodline dari darah asli seperti Submerin, Sri Palas, Serama dari Reban Cikgu Yusof, Cg Lie dan banyak lagi yang wajib di tonton.

Di sebalik wajahnya yang ada kala agak seruis, beliau sebenarnya insan yang mudah didekati dan ramah terutama apabila bercerita kisah-kisah menarik sepanjang perjalanan belaiu bergelumbang di arena ini.

Jom kita tenguk apa yang menarik mampu saya kongsikan buat pembaca blog ini.....

PS : Kalau ada yang singgah Melaka dan hendak ber-silaturrahim dengan Abang Khalid..bolehlah hubungi beliau di nombor ini :            016-6654929      


Puas - Tuan ayam mana yang tidak tersenyum panjang bila ayam kesayangan menunjukkan aksi menarik 

Geng-geng KPSM (Abg Rosdi, Cikgu Razak, Tuan Farid, Cik Man Persona, Tuan Maizal dan juga Tuan Rumah - Abg Khalid)  yang sempat melepak sama..."hujung minggu katakan..hahaha"
PS: Reban ini di rumah mertua Abg Khalid

Kongsi Tips bersama otai ...
Tu dia...anak pun lempar sayap tue....


Identiti seorang Taukey...(saya pun minat bata permata..)
PS : Untuk pengetahuan, Abg Khalid adalah seorang usahawan emas di bandar Alor Gajah. Jadi, kalau ada sesiapa yang hendak mencari barangan kemas...hehehe bolehlah cuba hello2 Abg Khalid
Ini bukan meneropong anak bulan..hehehe, tapi  tips meneropong benih pada telur ayam serama

Santai di hadapan rumah Abg Khalid - sesi menonton ayam bergaya...
Peluru yang bakal muncul di bon terdekat ini. Melaka...Kenyir  & Kedah
"Awesome"......


Susunan piala yang pernah dimenangi oleh Abang Khalid


Cantek... ekor kelabu. Bapaknya dipanggil "Jebat Gila" hahahah...macam-macam 
Bapak dari bloodline Robot (dari reban Cg Yusof Kuala Ibai)

Bapak "Jebat Gila" yang kini mula menghasilkan peluru bertaraf  pertandingan..

Seekor lagi anak Si jebat Gila. Tapi ekor tak kelabu...
Ada puluh ekor anak jadi pelapis...itulah otai namanya....
Koleksi Blog : Momen BOTB 'Raja Melaka" yang dimenangi oleh Abang Khalid di Bon Melaka  bulan Okt 2011 anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka