Tampilkan postingan dengan label Tips / Kaedah Penjagaan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Tips / Kaedah Penjagaan. Tampilkan semua postingan

Kamis, 05 September 2013

Outbreed..inbreed..dan linebreed (Part 1)

Ini adalah sharing saya buat rakan-rakan yang baru dalam breeding serama. Untuk kawan-kawan hok lama-lama, saya rasa tak perlu bacalah sebab pengalaman mereka ini adalah lebih luas dan mendalam berbanding apa yang saya tahu.

Jadi perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam menternak ayam serama di reban saya. Kalau ada yang berbeza pendapat, ini hanyalah kaedah yang berbeza dengan kawan-kawan semua.

Olay...salah satu soalan yang paling kerap saya terima dari sahabat sahabat yang datang berkunjung di reban Telok Mas dan juga di-sms-kan ke hpone saya adalah tentang kaedah mengacuk/breeding yang digunakan dalam menghasilkan ayam serama. Hendak menjawap di dalam bentuk sms nanti agak susah sedikit dengan ruangan yang terbatas. Jadi saya berkongsi sedikit informasi yang telah saya gunakan di reban saya sepanjang 2tahun yang lepas. (harap memberi manfaat)

Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah 'breeding' yang digunapakai oleh penternak dan peminat ayam serama. Jadi kaedahnya juga agak subjektif. Mana-mana boleh digunakan asal ianya sesuai dengan impian yang ingin kita capai. Dan menternak dan menghasilkan produk reban kita memang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi (ini yang selalu gagal dimiliki oleh peminat baru). 

Ramai breeder baru kerap mengeluh apabila baru sahaja menternak ayam serama di reban mereka. Pertamanya kerana hasil anak yang belum mencapai sasaran seperti hasil otai-otai yang lama. Saya pernah terbaca satu tulisan seorang breeder berpengalaman iaitu Hj Iskandar Keramat yang mengatakan, paling kurang 1.5 tahun dalam menghasilkan serama yang berkualiti. Itulah... PALING KURANG setahun setengah. Tetapi saya rasa lebih baik kalau saya  sebut 2 tahun.

Ini kerana, hasil pertama (1st batch) selalunya agak kurang memberangsangkan. Pertama saya perhatikan kerana selalu orang baru akan menggunakan jantan muda dan induk yang muda. Jadi ada banyak masalah dan hasil kurang mantap. Saya lihat, semakin matang jantan dan betina induk, hasilnya juga semakin elok dan berkualiti (andaian baka yang elok dan molek). Kerana itu, susah kita dapat lihat otai menjual jantan atau induk matang yang mereka gunakan. 

Dan...inilah tempuh yang selalu gagal ditekuni dengan baik oleh peminat baru kerana hasil pertama mereka yang mendukacitakan......

Mengacuk atau memproses ayam serama adalah satu proses yang berterusan. Maksudnya, dari kita mula membeli sepasang pembaka sehinggalah kita mengacukkan hasil-hasil yang telah disebutkan sebelum ini. Kerana itu kita kena balik pada asas kita hendak ternak serama. Apakah tujuan kita...?

Macam saya, matlamat adalah menghasilkan serama yang sesuai untuk dibawa ke tengah atau dimeja pertandingan. Mengikut citarasa dan cantek dari sudut pandangan mata saya sendiri (Lain orang lain citarasanya).

Langkah pertama adalah memilih pembaka dan induk reban. Langkah ini paling penting sebab jika pemilihan tidak sesuai maka ia akan membuang masa dan tenaga kita serta merugikan wang pembelian kita. Memilih pembaka dan induk sangat penting. Bukan sekadar membeli hanya pada nama baka ayam tersebut tetapi sebaiknya mengetahui susur galur dan genetik yang dibawa oleh ayam tersebut. Selalunya, faktor ini akan menjadi pekara yang paling penting akan saya lakukan. Maksudnya pembaka yang dipilih mestilah memiliki salah satu yang pekara-pekara berikut...aksesori yang mantap atau gaya yang mengiurkan hahahaha.

Kalau kita boleh mendapat kedua-duanya memang bagus (tetapi selalu harga akan jadi mahal). tapi sekurang-kurangnya pembaka tersebut mempunyai salah satu dari krateria tersebut. Aksesori seperti yang kita inginkan atau gaya yang 'jahat" (ayam aktif kebas dan lonjak dada). Jadi kita kena pilih sama ada jantan ada gaya dan induk aksesori atau pun sebaliknya. Kalau boleh dapat ayam dari baka pure yang sudah mempunyai ciri-ciri yang bagus lagi baik dibuat pembaka...cuma ongkosnya selalu lebih mahal. Tapi pandangan saya, baka yang pure atau darah yang kuat genetik yang tertentu lebih baik dibuat pembaka berbanding darah/genetik yang tidak stabil.

Antara beberapa ekor pembaka reban 
Aksesori mantap...gaya kena charge lagi dengan induk sesuai
Aksesori dan gaya pilihan. tapi kena guna induk yang sesuai gak..

warna pilihan saya dan cuting yang saya suka.... dada tinggi..
Ini pembaka ara dengan aksesori klasik hehehe. Kating tinggi. Gaya kena adjust lagi

Gaya mantap...aksesori pun mantap...harap turun warisnya..


sambung artikel akan datang......



Selasa, 20 Agustus 2013

Baka sebagai satu jenama....

Assalam buat semua sahabat serama...
Salam lebaran..dan salam syawal yang mulia.

Selepas raya nie, ada beberapa bon besar yang akan dilangsungkan. Yang pasti Bon Jertih hujung minggu ini dan Bon Kenyir kalau tak salah sekitar 21hb Sept nanti akan menjadi perhatian dan tumpuan semua peminat tegar ayam serama (termasuk saya).

Untuk bon ini, saya memang tak dapat nak ke sana lantaran urusan perniagaan yang susah nak dilepaskan. Insya Allah, di kemudian hari mungkin ada masa yang lebih sesuai untuk saya berjalan jalan sambil berjumpa kawan-kawan yang sama minat dan hobi ini.

Okay...untuk kali ini saya nak berkongsi sedikit ulasan. Ada ramai sahabat yang bertanya tentang baka atau susur galur ayam serama. Terutama semasa saya online di FB atau yang datang ke reban saya di Telok Mas.

Saya melihat baka ayam serama ini ibarat satu JENAMA dalam bidang ini. Bila kita sebut satu-satu baka akan ada peminatnya atau pengikutnya dan akan ada identiti yang menjadikan jenama itu terkenal dan dikenali dikalangan peminat ayam serama. Katakan kita sebuat baka A, maka akan terbayang-bayanglah bentuk dan rupa ayam baka A tersebut. Kebanyakan jenama (baca: BAKA) ini terkenal mungkin disebabkan kekerapan baka tersebut memenangi pertandingan, kemantapan aksesori dan gaya atau disebabkan 'marketing' yang baik oleh pemainnya.

Sama macam pelbagai produk barangan yang kita gunakan di dalam kehidupan kita setiap hari...kita membeli kadang kala disebabkan oleh pengaruh 'marketing' yang berjalan dengan baik oleh penggunanya dan ada kala disebabkan kekuatan jenama barangan tersebut. Tetapi ada juga JENAMA yang tidak terkenal tetapi diketahui mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Atau kurangnya 'exposure' oleh pengeluar barang tersebut itu sendiri. Jadi kita sebagai pengguna perlu bijak menilai dan meneliti sebelum membuat keputusan semasa membeli.

Sama situasinya dalam pembelaan ayam serama. Bila ada yang tanya saya baka yang saya gunakan, saya sebut nama orangnya, kebanyakannya tidak akan tahu kerana ada JENAMA yang tidak terkenal dan diketahui. Tetapi ia tetap satu JENAMA kerana produknya telah dikeluarkan 10 ke 15 tahun yang lepas. Dan hasil rebannya selalu dicari oleh peminat-peminatnya yang tersendiri. Cuma kurangnya marketing yang baik atau ada yang me-rebrandkan semua JENAMA tersebut selepas membeli menyebabkan bakanya tidak jadi sebutan.

Untuk membina JENAMA dalam ayam serama ini pun perlukan kaedah yang sama digunakan dalam marketing produk biasa di pasaran. Perlu kerap membuat promosi dan mendapatkan testimoni yang baik dari pengguna. (Dalam serama, perlu kerap keluar ke pertandingan dan dapatkan kedudukan yang baik-ranking- dalam pertandingan tersebut)

Jadi, nasihat saya....jangan mudah keliru dengan populariti sesuatu jenama kerana yang paling penting, kita kena kenal jenama yang ada dan dalam masa yang sama , sila lihat jenama yang tidak sangat ke depan di pasaran kerana bukan semua BAKA mempunyai nama, ada BAKA yang memang tidak mempunyai JENAMAnya. Cuma ia dikenali dengan nama pemternaknya sahaja..
(TIPS: Apabila seseorang breeder sudah menternak dalam tempuh yang panjang dengan menggunakan baka-baka yang terpilih dan kawalan kacukan, selalunya kestabilan genetik akan terbentuk dan akan terhasil indentiti ayam serama di reban mereka. Ini sebenarnya juga ibarat satu BAKA cuma ia tidak diberi nama)

Dan selalu kena tahu apa yang kita inginkan kerana setiap JENAMA mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.....

Antara anak reban yang nampak cutting...







Selasa, 23 Juli 2013

Memilih pembaka...

Assalam ..

Entri ini saya tulis sebagai perkongsian kepada pembaca blog terutama bagi peminat yang baru berjinak jinak meminati kecantikan ayam serama. Alhamdulillah, minggu ini saya terima banyak pertanyaan tentang pembaka yang hendak saya lepaskan. Syukur...takat ini ada 3-4 ekor yang sudah selesai urusannya. 

Tapi saya bukan hendak bagitahu saya sudah lepaskan pembaka tersebut, saya cuma mahu berkongsi sedikit tips supaya peminat baru ini tidak membuang masa dan tenaga (termasuk duit) seperti mana yang telah saya lalui sebelum ini.

Macam yang selalu saya tekankan dalam tulisan saya yang lepas, pemilihan pembaka dan juga induk sangat kritikal dalam proses breeding terutama dalam mencapai visi dan impian kita menghasilkan serama mengikut ciri-ciri yang kita sukai.

Jadi soalan yang kerap saya tanya pada pembeli adalah nak pembaka yang warna apa? Dan minat serama nie untuk buat suka-suka atau memang ada hati untuk bawa ke depan (pertandingan). Secara jujurnya, jawapan yang paling banyak diterima akan menjurus pada membela sekadar suka-suka, dengan niat nak dapat harga yang murah murah.

Masalahnya, jawapan yang kita berikan tidak akan membantu kita dalam usaha kita mendapatkan serama yang baik dan bergaya pada masa akan datang kerana langkah paling penting kita tidak diambil dengan jujur. Kerana itu selalunya , ayam yang paling awal kita beli selalunya tidak memberi sebarang hasil yang kita ingini dan selalunya pembaka tersebut sudah sampai ke rumah jiran-jiran kita yang minat serama tapi tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli.

Pendapat saya, kalau hendak bela serama sekadar suka-suka, cukup setakat ambil pembaka yang memang kita pun tak hendak langsung ada dalam reban kita. Kadang sesetengah penternak hanya mengambik duit beli dedak sahaja. Belakang hari, usah disalahkan pada si penjual kerana pembeli tidak jujur dalam memberitahu tujuan dia membeli sepasang serama itu.

Ayam serama adalah sama macam mahkluk Allah yang lain yang hidup berdasarkan sains genetiknya. Kalau kita tanam benih mangga usah impikan hasilnya buah manggis. Kalau kita satukan pasangan melayu dengan melayu, usaha kita harap hasilnya anak muka mat saleh (kecuali dengan izin Allah). Ini hukum sains genetik. Dalam kita hendak menghasilkan serama yang mempunyai ciri-ciri aksesori yang kita impikan, kita perlu mempunyai pembaka atau induk yang mewarisi genetik ciri-ciri tersebut. Jika tidak kita sekadar hanya membuang masa, usaha dan tenaga kita berbanding mereka yang benar-benar menitikberatkan pemilihan pembaka dan induk yang betul.

Maka, saya selalu berharap seseorang peminat itu berterus terang supaya pembaka yang dicadangkan adalah sesuai dengan keinginan dan impiannya. kalaupun belum sedia, tunggu sampai cukup baru kita ambil. lebih baik dari kita ambil yang bukan-bukan dan kemudiannya kita tukar lagi dan tukar berkali kali...sekadar membuang masa dan tenaga kita....

Pembaka pertama yang saya beli. saya tidak tahu kenapa saya beli pembaka berwarna jalak
Kerana saya minat warna ara. Tak lama di reban telok mas sebab mati.
mungkin kerana kurang perhatian dari saya sendiri dan saya sibuk cari pembaka yang lain..
#beli semata-mata cukup buget (modal kecil)
Anak yang terhasil dari pemilihan pembaka dan induk.
mewarisi warna, aksesori dan kating keturunannya.
Gaya belum tahu...
Anak Ara 


Senin, 15 Oktober 2012

Berlunjur pun berlunjurlah...Alhamdulillah

Menghasilkan ayam serama yang cantik bergaya memang menjadi idaman semua peminat seni kecantikan ayam serama. Tetapi yang menyebabkan hobi ini menjadi unik dan mencabar adalah bukan semua hasil dari reban akan mengeluarkan ayam yang cantik bergaya. Dan kita juga tidak tahu samada anak-anak yang ditetaskan di reban bakal menjadi 'peluru' berbisa si penternak ataupun tidak.

Dalam memelihara serama; SABAR adalah salah satu dari intipati yang perlu ada di dalam diri seorang peminat.

Kalau sebelum ini, blog banyak berkongsi gambar ayam berstatus 'cantik bergaya'. Hari ini saya akan membuka sisi lain yang selalu tidak ditunjukkan oleh seseorang penternak. Ayam berlunjur ...

Pengalaman berjalan-jalan di reban, memang banyak hasil ayam yang belum jadi atau istilah ' tidak jadi' berada di dalam reban penternak. Cuma yang selalu ditonjolkan adalah yang sudah 'siap' atau sudah cantik.

Di bawah ini adalah 3 ekor serama di rumah STM (asing dari reban ternak) yang masih lagi belum tahu apa jadinya nanti. Tetapi kerana kita sudah tahu susur galur bloodline-nya, paling tidak ia masih berpotensi menjadi bapak reban hehehehe.


Kelabu ( ada bloodline balung halus ekor kelabu dan juga tok uban pure )
Kuning pula sudah semakin galak (bloodline muka putih -tok uban dan bapak kuning  reban)

Ciri yang sama ayam berlunjur ini :- balung nipis dan kecil . Muka pucat  termenung aje

Sama juga...balung nipis dan muka betina pucat hahaha

Tepuk-tepuk tangan...barulah nak naik badan sikit..Alhamdulillah

Kamis, 09 Februari 2012

Tips : Cara membela anak serama

Sudah beberapa bacth anak serama di reban saya yang mati sebulan dua ini. Maka saya cuba cari maklumat yang mampu membantu saya mengatasi cabaran tersebut. Maka terjumpa artikel yang menarik ini. Saya ambil keputusan untuk kongsikan informasi ini di sini supaya dapat dimanfaatkan oleh pembaca.

Kredit adalah kepada penulis asal iaitu dari Blog Serama Cinta.

Disini nak berkongsi demi cara-cara bela anak ayam serama yang menetas gunakan inkubator dengan cara terbaik, tips-tips ini dari member serama dan pngalaman saya, sebab pengalaman dan kajian Saudara buat amat teliti, banyak bersamaan yang saya pernah cuba. inilah cara2 yang saya rasa amat sesuai dan berkesan dengan cuaca Kita di Malaysia.

Anak ayam - Hari 1,2 & 3. Anak ayam yang baru menetas dapat bertahan tanpa makanan dan air selama 2-3 hari. Manakala anak ayam yang ditetaskan mengunakan mesin inkubator pula akan dibiarkan selama 48 jam untuk mengeringkan bulunya. Kemudian ia boleh dipindahkan ke dalam kotak kayu khas yang dilengkapi dengan alat pemanas biasanya gunakan mentol berkuasa 5-15 watts, auto termo start dan aksesori lainnya.

Anak ayam - Hari 4-90 biasanya Kotak kayu dapat menampung anak ayam dari umur 3 hingga 60 hari atau lagi panjang hingga 90hari. Berikut adalah peralatan yang diperlukan :-

i. Sumber panas selama 24 jam. Lampu/mentol berkuasa 10 hingga 15 watts hendaklah dinyalakan selama 24 jam. Mentol hendaklah digantung 2-3 inci dari paras tinggi anak ayam. Ini untuk mengelakkan pancaran cahaya secara langsung kepada matanya. Pancaran cahaya yang berlebihan akan mengakibatkan stress mata dan masalah-masalah lain kepada anak ayam, punca panas atau haba ini salalunya diletakan di salah satu sudut kotakini. Cadangan : Guna mentol 5watt yang bersize kecil, untuk senang dapat berkas kaca ber size yang lebih besar, dengan ini boleh kita masukan mentol kedalam kaca tersebut, Kegunaan ini ialah mengcegah mata anak ayam terkena direct kepada mentol itu (boleh terjadi buta anak ayam tersebut) ini berlaku ayam saya, dengan ada bekas kaca diluar ini mentol boleh letak mana-mana sudut dan paras yang dihendaki bagi anak ayam boleh mendekati untuk mendapatkan haba yang cukup, terutama bagi anak ayam yang baru tetas yang lemah, boleh sentiasa berdekat (ditepi mentol) untuk dapatkan panas yang mengcukupi. sebaba ada bekas kaca jadikan cover mentol tidak tergoyang dan suhu mentol dapat maintain degan baik, mentol itu boleh diguna jangka masa lebih lama lebih jimat dan selamat. Cadangan 2 -cari atau buat satu kotak kira-kira bersize 8,

ii. Lantai kotak - lantai kotak dialas dengan 3 atau 4 helai kertas surat khabar. Sewaktu melakukan kerja pembersihan harian, buanglah lapisan yang atas sahaja. Lapisan yang bawah masih boleh digunakan untuk hari berikutnya. Jangan gunakan kertas yang keras dan licin. Ini berbahaya kepada kaki anak ayam. Oleh itu, gunakanlah kertas yang lembut dan tidak licin.Cadangan: kita boleh letak sedikit pasir supaya boleh maintain keadaan itu sentiasa kering,ini boleh mengelakan anak ayam makan najis sendiri, ayam biasa nya akan makan sedidkit pasir untuk menolong sistem hadaman dia, masa ini anak ayam akan cari benda yang keras. jikalau tak dapat, dia akan makan najis yang mana dah kering, terutama yang berwarna putih. dan pasir ini hendak di buang dan ganti yang baru pastikan sentiasa bersih.

iii. Cawan makanan dan air. Anda boleh membuatnya sendiri. Gunakan botol mineral yang bentuknya persegi berukuran 0.5 liter (500 ml). bekas makanan dan air yang dijual di kedai haiwan peliharaan juga boleh digunakan. Namun, ia haruslah disesuaikan dengan ketinggian dan perkembangan anak ayam.Yang penting sekali ialah bekas air, jagan terlalu besar dan tingi membawa risiko bila anak ayam boleh termasuk ke dalam bekas air menyebabkan basah sejuk atau mati lemas.

iv. Kebersihan keseluruhan. Secara amnya, lebih bersih persekitaran akan lebih sihat anak ayam anda. Oleh itu, jagalah kebersihan kotak tersebut sebersih yang mungkin. Pembuangan najis dan surat khabar hendaklah dilakukan setiap hari. Bekas air haruslah dibasuh setiap dua hari sekali. Ini untuk mengelak jangkitan dari najis itu sendiri. Makanan dan air hendaklah diganti setiap hari.

v. Nasihat. kotak berkenaan ini dibinaan /dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan seperti papan lapis atau kayu mengikut ruang dan size kehandak masing-masing serta dilengkapi dengan sumber haba dan aksesori lain.
Adalah bijak untuk menempatkan sumber haba di suatu bahagian. Ini untuk memastikan haba terpusat dan berkekalan di satu sudut sementara bahagian lain bebas haba dan dingin. Jadi apabila anak ayam membesar, ia mempunyai pilihan untuk berada dekat dengan sumber haba atau menjauhinya.Ini Satu Cara yang terbaik (Effective) untuk mengasingkan haba atau sumber haba ini ialah dengan menggunakan kotak kertas yang berukuran 10 inci x 10 inci panjang x 8 inci tinggi di mana dua sisinya dibuat lubang seperti pintu (cukup besar untuk memasukkan tangan) dan mencapai soket mentol yang tergantung.
ini juga bergantung kuatiti ayam yang ada...(Kotak ini bagaikan badan ibu ayam, anak serama akan masuk ke dalam dan keluar bila-bila masa saja bila rasa sejuk @ panas yang di perlukan individual.

PERINGATAN : Jikalau tiada dengan cara ini, kepanasan kotak ini akan meningkat bila cuaca terlalu panas, bila (over head), bergembangan ini akan menyebabkan setengah ayam menjadi seperti berikut : ayam jadi lemas bernafas, tiada selera makan, minum terlalu banyak air untuk hilang dahaga, najis cecair dan kotak jadi basah, ayam tidak cegas seperti biasa.


Bila utara dalam kotak itu tidak beredar dengan baik, bila berlanjut kepanasan haba akan menyebabkan najis-najis ayam mengeluarkan gas atau bau yang kuat, ini boleh peningkan ayam kita.

Sediakan sebatang kayu kecil dengan diameter lebih kurang 1" diletakkan mendatar/melintang kotak. Semakin ayam membesar, ia mungkin memerlukan kayu untuk bertenggek sama ada untuk tidur atau sebagai tempat berehat. Ia juga dapat membentuk kaki yang kuat dengan mencengkam kayu tersebut.

Pintu kotak haruslah dibuat daripada besi dan dilapiskan dengan jaring seperti jaring nyamuk untuk mengelakkan penceroboh seperti kucing, tikus atau binatang lain di waktu malam.Kotak juga hendaklah diletakkan di dalam rumah.

Pilihlah satu sudut yang udara di dalamnya beredar dengan baik tetapi jauh daripada pancaran matahari atau hujan. Berjemur dan bermain pasir.

Apabila anak ayam mencapai umur satu setengah bulan dan seterusnya, anda boleh membiarkannya berjemur. Ini dapat merehatkannya di samping pancaran matahari dapat membunuh bakteria di celah-celah bulunya. Ia juga dapat merangsangkan pertumbuhan kebiasaan semula jadinya. Maklumat lain yang bergunaApabila anak ayam sudah membesar, anda hendaklah menambah peralatan sedia ada. Selalunya pertumbuhan atau pertukaran pada peralatan anak ayam ini boleh dilakukan apabila anak ayam berusia dua setengah bulan dan seterusnya.

Sumber haba. Tukarkan mentol 15 kepada 10 watts. Ini kerana anak ayam yang sudah membesar mempunyai banyak bulu. Bulu-bulu ini dapat membantu dengan memastikan anak ayam sentiasa berada pada suhu yang sesuai. Ini dilakukan sehingga usia ayam mencapai dua setengah hingga tiga bulan serta bulu tumbuh sepenuhnya.