Rabu, 12 Oktober 2011

Puding Kasih Bertaut


Assalamualaikum & salam sejahtera

Puding kasih bertaut ni cheq sue buat semalam. Sebelum ke dinner, cheq sue buat dulu bahagian dalamnya dan balik tu baru cheq sue  buat bahagian luarnya pulak. Alhamdulillah jadi elok aje, etapi macm sedikit keras dan warnanya agak gelap mungkin disebabkan oleh penggunaan 'nisse' yang agak kehitaman. Untuk resepi ni cheq sue kurangkan sedikit gula. Semua yang dibuat ni cheq sue bawa ke sekolah. Abis you!

Sebenarnya dah lama nak mencuba, tapi asyik tertunda2 aje. Padahal cara2 tu bukannya payah sangat. Utuk bahagian dalamnya, cheq sue buat agak tebal, sebab lupa ada satu lagi acuan kecil2. semuanya 3 acuan tu yang main tuang je semua. Kalau guna 4, bahagian dalam tu akan lebih tenggelam. Ni semuanya dalam satu aras saje. Xpelah, untuk percubaan pertama ni alhamdulillah bertaut semua kasihnya...


Kalau guna warna kalerpul mesti lagi cantik. Tapi sebab malas dan mengejar masa cheq sue buat dua aje. Lagipun nampak adunannya macam tak banyak sangat. Ni pun guna acuan ais aje untuk lapisan dalam, bercinta jugak nak keluarkan walaupun dah dibasahkan terlebih dahulu acuannya.



Pada sape2 yang nak mencuba tu sila la ye nengok resepi kat bawah ni. Dah ramai yang buat, cheq sue aje tertinggal ketapi. Pada Kak Naz, cheq sue CnP kat sini lak ye untuk rujukan akan datang. Wassalam...

PUDING KASIH BERTAUT

Bahan-bahan A :
  • 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
  • 300 ml air
  • 200 ml santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 100 gm gula Melaka atau nise
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :
  • Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
  • Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar