Sabtu, 01 Oktober 2011

Jus Nenas & Asam Boi

Assalamualaikum & salam sejahtera

Suram aje pagi minggu ni ya... Ibarat kata kak Rosa, ramai yang mengunci pintu dan meng'off' pc untuk melaksanakan aktiviti masing-masing. Bershopping barangkali atau sekadar berjalan2 mencuci mata. Mmmm rasa2 nak ke Ipoh pulak, macam nak makan pizza je!

Sebelum tu nak hidangkan korang dengan jus nenas yang dah habes ni. Buat pagi semalam, tapi xleh nak upload gambar sampai la ke pagi ni. Konon2 minum jus di pagi hari nak cuci segala isi perut la... Jus ni macam jus yang dibuat selalu la, cuma kali ni nak habiskan nenas dalam tin. Kebetulan ada pulak asam boi tu yang dimasukkan sekali. Asyik2 asam boi...asyik2 asam boi... He he he... Kalau ada yang nak mencuba tu sila2 la ya... Wassalam...


JUS NENAS & ASAM BOI
Sumber : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- nenas dalam tin + airnya, sedikit madu, 2 biji asam boi, air masak secukupnya, ais (opt)
*bahan2 ni korang agak2 la ye...nak dapat 2 ke 3 gelas...

Cara-cara :
- rendam asam boi di dalam air masak sebentar (sehingga kembang)
- blendkan sehingga hancur nenas dan madu.
- masukkan ke dalam gelas yang mengandungi asam boi tadi
- siap untuk diminum sejuk @ begitu sahaja

Tidak ada komentar:

Posting Komentar