Jumat, 14 Oktober 2011

Biskut Dahlia Luar Musim

Assalamualaikum & salam sejahtera

Ha, jangan pelik pulak tetibe keluar n3 sekut raya. Ni adalah satu cara untuk menghabiskan stok tepung kastard. Selongkar nye selongkar, ada 1 plastik yang belum di bukak. Yang dah guna ada lagi separuh. Jadi dari biar gitu aje cheq sue pun buat la biskut dahlia ni menggunakan resepi Che Mat kita. Kembang ke tak kembang ke, runtuh tak runtuh yang tu belakang kira. Yang penting gebu dan cair di mulut. Perghhh...

Cheq sue ni nak kata suka tak berapa suka tapi just layan aje dahlia @ samperit ni. Kalau raya pun kadang2 cheq sue tak buat. Bukan kata biskut ni low kelas ke ape, tapi sebab kita tak berapa tu yang malas tu.  Memula paip adunan ni memang cantik terletak aje, memang seksi you! Tapi bila dah masuk oven, terus aje bunga tu jadi layu. Cheq sue xnak pk la nape dia jadi camtu, tapi kalau flat macam beskut meri tu nak la cheq sue pk... Setakat kembang macam ni kira halal la Che Mat dehhhh....


Kat tempat cheq sue ni ada sorang kawan memang gemar makan sekut ni, rasa2nya sebalang dah boleh bagi pada dia. Kat cheq sue tinggal sekeping dua jadi lah, buat kudapan minum petang. Korang kalau rasa nak tu mahap la ye, x dapek den nak nolong haaaaa... Bawak2 la cuba ye... Selamat berhujung minggu..Wassalam...

BISKUT DAHLIA
Sumber : Che Mat @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda)
  • 160 g gula aising (mat guna 140 g)
  • 2 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
  • 240 g tepung gandum*
  • 100 g tepung jagung*
  • 160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
  • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan. Oven cheq sue tu hangit kalau guna suhu ni, cheq sue guna 150'C selama 10-15 minit. Oven cap ayam la katakan.... *_*
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar