Assalamualaikum & salam sejahtera
Enough is enough! Hai bisa aje bunyinya. Cerita tentang apam polkadot lagi... Never ending story. Kali ni cheq sue buat guna resepi lain tapi dengan semangat yang sama. Agaknya memang dah takdir xleh nak buat apam ni, memang tak jadi. Cheq sue dah tukar periuk kukusan tapi nampaknya hasil masih sama. Masih kembang mambang, cuma ada sedikit yang dapat diselamatkan. Tapi rasanya cukup setakat inilah...xnak dah cuba lepas ni. Boleh percaya ke???
Pada kawan-kawan yang banyak memberi petua, tunjuk ajar dan sokongan pada cheq sue sepanjang 2 3 kali mengapam polkadot ni, terima kasih banyak-banyak. Segala apa yang dikongsikan tu memang cheq sue hargai, cuma agaknya xde jodoh antara cheq sue dan apam polkadot ni. Ish ish ish... Babai apam polkadot!!!
Antara jadi dan tidak. Kali ni cheq sue guna 2 saiz paper cup, sebab x cukup acuan lompang. Yang peliknya versi dot2 tu ada yang jadi, tetapi bila masuk nak kukus yang lain, saiz yang sama, jadik kembang pulak. Aduhhhh, penat dah cikgu dok pikir tapi masih xde jawapan. Api kecil kembang, api kecil kembang.... macam nak menzahirkan tuan yang membuat ni aje... adushhh
k
Tataplah ini sebagai kenangan...
Buat ladybird pun kembang, buat strawberi pun kembang... Haish... Agaknya satu masa nanti bila anak-anak mintak nak makan apam ladybird like this (agaknya dah xde pesen ladybird ni ye....), masa tu la agaknya cheq sue cuba kembali.... he he he... Wassalam...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar