Assalamualaikum & salam sejahtera
Dua tiga hari ni memang sangkut sikit bila nak upload gambar. Sepatutnya sira pisang ni di n3 selepas cendol, tapi berhabuk jadinye xleh masuk2 bila nak upload. Xpelah walaupun dah habis di santap nak jugak tunjuk sebagai memberi idea kepada kawan2 untuk mencubanya.
Mungkin ramai yang dah tahu yang cendol ni sedap jugak tau kalau dimakan dengan sira pisang selain dari dibuat air cendol, talam, puding atau dimakan dengan air gula. Kalau sape yang ada kesempatan tu boleh la cuba, pasti tergoda. Cheq sue pun tak tahu jugak, cuma mek yang selalu dok cakap yang dia suka sangat kalau makan macam ni.
Sira pisang bercendol ni kalau dapat di makan sejuk2 memang la sedap. Jadi kalau nak tahu jangan segan2 mencubanya ya... Wassalam...
SIRA PISANG BERCENDOL
Sumber : Cheq Sue
Bahan-bahan :
- pisang secukupnya, gula, air, bunga cengkih, daun pandan, secubit garam kasar (agak2 la ya untuk sebanyak mana pisang yang digunakan)
- cendol
Cara-cara :
- didihkan air, gula, bunga cengkih, daun pandan dan garam
- masukkan pisang dan masak sehingga pisang lembut
- bila dah siap bolehlah dihidang ke dalam mangkuk dan masukkan cendol untuk dinikmati bersama
Tidak ada komentar:
Posting Komentar