Sabtu, 29 Oktober 2011

Petai

Assalamualaikum & salam sejahtera


Alhamdulillah...semangat sungguh makan tengah hari tadi. Balik dari KB sedang elok perut berkeroncong. Dapat sepinggan nasi berlaukkan daging goreng, berkuahkan ikan singgang dan berulamkan petai....hurmmmmm memang senang hati. Siapa x suka petai? Mana nak tengok sikit... Petai ni memang la sejenis ulam yang sangat2 membuka selera. Pekena pulak dengan budu, sambal belacan atau sambal tempoyak, x sedar boleh menambah nasi berpinggan-pinggan. Selain dimakan segar, petai ni sedap jugak dicelur, dijeruk ataupun as known boleh juga dibuat sambal tumis. Kalau dicampur dengan ikan bilis ke, ayam ke, udang ke memang layan habes...

Petai kat dalam gambar tu adalah segar dari pokok... cek cheq sue baru saja memetiknya dari pokok. Eh, bukan dia yang panjat, tapi beruk la...baru 2 3 bulan perlihara dan boleh turunkan kelapa dan petai, tapi bila bab makan tersangat la memilih... **Tak padan dengan beruk!!

Jom kita tengok ape khasiat petai ni... Walaupun bau kureng menyenangkan tapi khasiatnya memang diakui...

Strok.
Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.




Merokok.
Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin. 

Anemia.
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia. 

Sembelit.
Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit

Kegemukan.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan. 

Depresi.
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

Sumber : Fazlisyam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar