Kamis, 13 Oktober 2011

Karipap Sardin ~ Tun's Dough

Assalamualaikum & salam sejahtera

Salam Jumaat yang mulia...semoga hadirnya hari ini membawa bahagia buat semua. Yang masih tidur tu bawak2 la bangun, pi cuci kereta ke, potong rumput ke jogging ke aga jugak pekdahnya... ** Sila jangan layan, ini ayat jeles orang yang kene kerja.

Pagi ni bersarapan apa? Cheq sue tadi ternampak Kak Naz pun ada buat karipap menggunakan resepi Tun Telani. Petang semalam dok pk2 nak buat apa...teringat ada setin sardin yang dibeli bulan lepas. Cheq sue memang suka karipap sardin, tambah2 kalau yang ada bawang tu banyak2... Aduhhh sedapnya.



Sebelum ni dah buat karipap menggunakan resepi Q, alhamdulillah menjadi. Yang Tun ni pun menjadi, kira2 bertambahlah koleksi resepi doh karipap. Yang penting senang dan mudah. Cheq sue dapat dalam 20 biji karipap ni, saiz sedang. Satu masalahnya bila goreng macam x berapa masak di bahagian dalam. Rasa dah gelek nipis jugak doh tu, agaknya kena gelek senipis kulit bawang kot Tun...




Yang belum masak ni...posing dulu untuk masuk blog. 6 bijik cheq sue frozenkan dan selebihnya cheq sue goreng bawak ke sekolah. Kali ni doh tu xde nak terbuka walaupun cheq sue guna kelim menggunakan acuan dan barulah dikelim semula secara manual. Cheq sue bukan ape...kalau terap guna cawan ke ape2 bende bulat memang x menjadi. Kalau dah dibentukkan guna acuan tu ada rupa sikit karipapnya. 




Masa nak goreng tu, dah ikut petua Q, panaskan dulu kuali dan tutup bila nak masukkan karipap. Tapi ada jugak sebijik dua jerawat yang keluar. Mmmmm xpelahm jerawat anak dara, manis nampaknya. Yang penting boleh makan dan sedap... Kalau sape yang nak cuba tu sila2 la tgk ye... Pada Tun, tq eh... Wassalam...

DOH KARIPAP
Sumber : Tun Telani


Bahan-bahan :
  • 4 cwn tepung
  • 2 tbs margerin
  • 1/2 cawan minyak cheq sue guna minyak jagung
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
  2. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  3. dh sejuk siket, campur garam n air.
  4. Uli-uli.. siap! buleh wat karipap dan inti yang disukai
INTI SARDIN SEMPOI
Sumber : Cheq Sue


Bahan-bahan :
- 1 tin sardin (kecil) toskan sosnya dan hancurkan sedikit
- 1 biji bawang besar - mayang halus
- 2 sudu besar cili boh / cili giling
- gula, garam secukupnya


Cara-cara :
- tumis bawang besar dan cili hingga layu dan agak garing
- masukkan ikan dan goreng hingga masak
- perasakan dengan garam dan gula
- bila sudah masak ketepikan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar