Selasa, 04 Oktober 2011

Laksa Sarawak...Air Tangan Mek Kelate

Assalamualaikum & salam sejahtera


Akhirnya setelah beberapa ketika...semalam telah berjaya menghadiahkan diri sendiri dengan semangkuk laksa sarawak. Of kos la buat sendirik dear...itu pun berpandukan resepi yang dikongsi oleh Kak Dayang Jack di Sarawak nun. Kak Diana, Tun...jom la cuba!


Pertamanya memang xleh nak kata laksa tu sedap ke tidak sebab tak pernah lagi rasa macam mana laksa sarawak yang asli. Asyik2 laksa penang @ laksa lemak, jadi laksa sarawak yang dibikin semalam ni rasanya sedap pada hemat sendiri. Harap2 la rasanya menyamai ape yang ori di sarawak tu! Kata orang kalau pes laksa sarawak ni yang the best adalah keluaran Haji Manan...kite mengiyakan ajelah, x pernah tgk dan makan la katakan...

Rupa2nya penyediaan laksa sarawak ni teramat la senang. Kalau ada pes yang instant tu just campur aje dengan santan dan bahan2 lain untuk dibuat kuah. Kalau yang xde boleh la buat sendiri pesnya macam yang cheq sue buat ni. Masa tengah tumis tu baunya wangi sungguh. Cuma kuantiti serai cheq sue gunakan satu aje, itupun belen yang ada kat rumah. Tapi peliknya bila kata laksa, gunanya adalah mihun...macam tak berapa kena aje kan? Kalau cheq sue bila sebut laksa je mesti la laksa... agak2 kalau makan laksa sarawak ni dengan laksa betul sedap tak ye? He he he...


Ini pulak sambal udang kering yang di makan bersama laksa sarawak tu. Rasa dia memang sedap lah, masin udang tu melengkapkan set laksanya. Cara membuatnya tu memang sennag. Cheq sue blend aje semua dan tumis sehingga garing. Air asam jawa tu cheq sue tak masukkan pun... Kuantiti bahan2 ni cheq sue agak2 je campur tolak...
 

 
Nah...ini adalah set lengkap laksa sarawak yang telah cheq sue buat. Perghhhhh rasa2 macam syiokkk je makan semalam. Cuma satu kurangnya laksa ni agak kurang pedas (cheq sue guna cili kering yang tak pedas). Kalau kena yang pedas sikitttttttttttttttttttttttttttt je lagi memang perfect dah hasilnya. Bagi sape yang nak cuba...yang teringin nak rasa laksa sarawak tu bolehlah try resepi ni ye.... Wassalam...
 

LAKSA SARAWAK
Sumber : Kak Dayang Jack 

PES LAKSA SARAWAK

Bahan-bahan (anggaran 200 gm) :
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
LAKSA SARAWAK (RESEPI II)

Bahan-bahan (6-8 orang makan) :
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat dalam sebiji kelapa je
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik) ada sangat kat rumah, tapi malas nak amik kat luar
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
SAMBAL UDANG KERING

Bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar