Rabu, 26 Oktober 2011

7 Tinggalan Purba Yang Terkenal dan Popular di Dunia



Menelusuri sejarah peradaban manusia, menyenaraikan 7 kawasan purba paling popular di dunia. Kawasan ini meliputi pelbagai tamadun daripada Greek, Rom, China, India dan Mesir Purba.


7. Ayutthaya
Dibina pada tahun 1350 oleh King U-Thong, Ayutthaya pernah menjadi ibu kota kerajaan Siam dan merupakan satu daripada Bandar paling besar di dunia ketika itu dengan populasi seramai lebih kurang 1 juta penduduk dalam tahun 1700. Ia juga merupakan antara Bandar paling cantik di dunia dengan 3 istana mewah dan lebih 400 kuil keagamaan. Ayutthaya telah dibakar oleh tentera Burma sekitar tahun 1767, namun begitu, ia masih mampu menarik jutaan pelancong setiap tahun yang bersemangat untuk melihat tinggalan hebat Thailand ini.


6. Pompeii

Terletak berdekatan Naples di daerah Campania, Italy, Pompeii adalah kawasan tinggalan purba di kota Rom, tertimbun dibawah aliran larva dan debu-debu sewaktu letusan Gunung Vesuvius dalam tahun 79 AD. Setelah sekian lama, Pompeii telah ditemui semula secara tidak sengaja pada tahun 1748 dan penemuan seterusnya membongkar rahsia kehidupan sewaktu zaman kegemilangan empayar Rom. Kawasan tinggalan ini adalah antara yag paling popular di Itali dengan lebih 2.5 juta pengunjung pada tahun 2008 sahaja.


5. Chichen Itza
Satu daripada contoh terunggul dan unik daripada senibina Maya, Chichen Itza adalah satu kawasan tinggalan besar yang terletak di Utara Semenanjung Yucatan. Walaupun penemuan arkeologi telah menunjukkan kawasan purba ini musnah dalam tahun 1000 AD, tinggalan jalan yang menghubungkan semua struktur utama kota dan senibina yang kompleks menggambarkan betapa majunya peradaban purba ini suatu masa dahulu. El Castilo, juga dikenali sebagai Temple of Kukulkan, telah dinamakan sebagai satu daripada New Seven Wonders of The World selepas pengundian antarabangsa.


4. Stonehenge
Stonehenge adalah kawasan prasejarah yang terletak di negeri Wiltshire, lebih kurang 3.2 kilometer daripada Amesbury. Pakar arkeologi menganggarkan bahawa monument batuan ini telah didirikan sekitar tahun 2500 BC dipercayai digunakan sebagai kawasan perkuburan lampau. Selain menjadi kawasan purba tarikan pelancong, ia juga telah diiktiraf di dalam UNESCO’s list of World Heritage Sites in 1986.


3. Machu Pichu
Kawasan pelancongan paling popular di Peru, Machu Pichu telah digambarkan oleh UNESCO sebagai “an absolute masterpiece of architecture and a unique testimony to the Inca civilization”. Dibina dalam tahun 1460 pada altitude 2400 meter di atas paras laut, Machu Pichu telah ditinggalkan 100 tahun kemudian, sewaktu penjajahan Sepanyol. Terletak hanya 50 batu barat laut ibu kota lama Inca, Cusco, Machu Pichu tidak pernah ditemui oleh penjajah Sepanyol dan hanya ditemui pada tahun 1911 sewaktu Hiram Bingham, seorang sejarawan Amerika telah dibawa ke kawasan tinggalan ini oleh penduduk Cusco. Sejak itu, ia telah menjadi kawasan pelancongan utama dunia.


2. Acropolis of Athen
Bangunan ini dikenalpasti sebagai pembinaan paling kompleks dan unik yang ditinggalkan oleh tamadun Greek Purba kepada masyarakat dunia. The Acropolis of Athen adalah antara tapak purba paling kerap dilawati di dunia. Pengunjung datang untuk melihat sendiri hasil ciptaan pengukir terkenal Pheidias. Proses baik pulih telah mula dijalankan sejak tahun 1975 dan masih diteruskan sehingga kini.


1. Pyramid of Giza
Piramid-piramid di Mesir sudah selalu dikatakan sebagai yang struktur pembinaan yang paling menakjubkan yang pernah dibina di dunia dan piramid Giza antara yang teristimewa. Piramid giza ini adalah pembinaan piramid yang terbesar dan Piramid Khufu merupakan satu daripada 7 benda ajaib lampau yang masih teguh berdiri. Lebih 10 juta pengunjung yang datang ke Mesir untuk menerokai piramid ini tertarik dengan misteri pembinaan piramid-piramid ini lantaran waktu pembinaan dalam tamadun yang tidak mempunyai teknologi canggih seperti hari ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar