David Beckham dengan tatu di tangannya
Merokok, minum arak, berjemur panas dan telefon mudah alih telah dikenal pasti mempunyai implikasi terhadap kanser.
Tetapi sekarang nampaknya satu lagi sebab lain tidak lama lagi boleh ditambah ke dalam senarai yang semakin berkembang, iaitu tatu.
US Food and Drug Administration telah melancarkan penyiasatan selepas penyelidikan baru muncul dengan penemuan yang merisaukan iaitu ada bahan kimia toksik dalam dakwat tatu.
Kajian yang diterbitkan baru-baru ini telah mendapati bahawa dakwat boleh mengandungi pelbagai bahan-bahan yang tidak pasti, termasuklah beberapa phthalates, logam, dan hidrokarbon yang karsinogen dan pengganggu-pengganggu endokrin.
Satu bahan kimia yang biasa digunakan untuk membuat dakwat hitam tatu dipanggil benzo (a) pirena diketahui menjadi penyebab barah yang kuat yang menyebabkan kanser kulit dalam ujian pada haiwan.
Dakwat berwarna sering mengandungi plumbum, kadmium, kromium, nikel, titanium dan lain-lain logam berat yang boleh mencetuskan alahan atau penyakit, ahli sains berkata.
Beberapa pigmen itu adalah dakwat pewarna gred industri yang sesuai untuk pencetak atau cat kereta, mengikut lembaran fakta FDA.
Kini FDA telah melancarkan siasatan terhadap keselamatan jangka panjang dakwat itu, termasuk apa yang berlaku apabila mereka rosak dalam badan atau pudar dari pendedahan cahaya.
[Daily Mail , Unikversiti]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar