Senin, 31 Oktober 2011

Roti UFO..... Haishhhh :(

Assalamualaikum & salam sejahtera


Pagi semalam, berkenan dengan roti UFO yang dibuat Kak Ros. Adik beradik dengan Mexican Bun, cuma yang ni xde inti. Cheq sue terus mark resepi, memang nak cuba, tambahan pulak kuantitinya yang sedikit. Xde la susah sangat nak habiskan nanti. So balik petangnya, cheq sue pun sediakanlah bahan2 dan campak aje dalam BM...

Nak diceritakan, tengah2 BM dok uli tu, ada la sekali dua pi tengok. Mmmm nampak macam tak naik aje dohnya. Agaknya sebab cheq sue bubuh telur sebiji tak? Malas pulak nak timbang. Kalau  guna separuh aje, camana yang separuh lagi tu.... Inilah agaknya sebab derhaka pada resepi, dah jadi vantat roti UFO ku...


Okey...xpelah, abaikan aje roti yang segan x segan nak naik tu. Dah buat, kena la teruskan. Untuk toppingnya tu cheq sue agak2 ajelah, mood pun dah ke laut sebab roti x jadi. Kira2 jadi ke x jadi jalan ajelah...nak buang sayang... Bila dah bakar tu, naik jugak lah setengah kali ganda. Dengan toppingnya yang dah meleleh-leleh sampai ke dulang. Bau sedap sebab cheq sue bubuh nescaffe. Memang semerbak. Bila dah masak tu...tengok2 bahagian bawah pulak terhangit. Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kalau x hangit sedap jugak. Bila makan tang roti dengan toppingnya memang sedap, tapi x sanggup nak gigit bahagian bawahnya. Sakit gigi!

Begitulah resam bila memasak ni, terimalah kenyataan sekiranya apa yang dicuba tidak memuaskan hati. Alhamdulillah bila menjadi. Kat dalam blog ni, jangan nak tunjuk yang elok2 aje...yang tak elok tu tunjuk jugak sebagai pengajaran masa depan. Cheq sue x link kan resepi kat sini, next time cuba baru kita masukkan. Kak Ros, nampaknya pasni kena buat balik roti ni...memang tak puashati betul.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar