Tampilkan postingan dengan label Kisahnya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kisahnya. Tampilkan semua postingan

Selasa, 09 Juli 2013

Salam Ramadhan 2013

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah...selesai sudah terawih pertama tahun ini. Berimamkan adik sendiri di surau berdekatan, saya bersyukur masih di beri peluang untuk mengimarahkan Ramadhan. Harap2 tahun ni dapatlah berterawih tanpa keuzuran. InsyaAllah.

Saya bagaikan terlupa pada cinta hati yang satu ini. Sekadar melihat melalui telefon, tak dapat nak online lama-lama. Dek kesibukan dan kepenatan, agak sukar mencari masa dan ruang untuk berlama-lama di sini. Banyak n3 menarik yang saya sudah tertinggal nampaknya. Cuaca di sini yang agak sejuk sejak kebelakangan ini turut mempengaruhi emosi yang sentiasa berada di lingkungan awan mendung.

Ramadhan kali ini pastinya berbeza kerana tiada lagi yang akan bertanya tentang bersahur atau berbuka saya. I have to... Sedih tapi segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Apa juga keputusan yang telah saya buat, yang telah saya ambil tentunya di bawah perancangan Yang Maha Kuasa juga.


Sambal hitam? Apa kena mengena... Sebenarnya dah lama jugak saya buat ni. Kalau buat sambal hitam, saya suka yang basah2 sikit. Banyak yang dijual tu agak kering. Sesekali balik kampung kalau ada belimbing buluh, selalu jugak saya rebus sendiri, ikut suka hati aje pun. Kalau sambal hitam ori tentulah tak sama. Kalaulah ada stok di bulan puasa ni tentu sedap di makan semasa berbuka, pasti menambah selera.


Buat kawan-kawan ku sekalian, selamat berpuasa saya ucapkan. Semoga di Ramadhan kali ini kita semua dikurniakan keberkatan, kesihatan dan keupayan yang baik untuk melaluinya. Semoga juga segala amal kebaikan kita dapat dilakukan dengan lebih bersemangat lagi.

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Jumat, 28 Juni 2013

Jerebu @ PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama jugak tak berupdate blog saya ni. Ingatkan semasa bermesyuarat dapatlah keluar n3 autopublish tapi nampaknya line internet di sana tak berapa nak bagus. Dapat tengok n3 kawan2 je sekilas lalu. Jadi n3 ni sebagai pemanas untuk n3 yang seterusnya. Kepala macam dah jem nak mengayat bila lama tak guna. Hi hi hi...

Semasa ke PD tu, saya drive sambil ditemani rakan dari Taiping. Masa tu jerebu memang tengah tebal di highway. Dekat nak masuk KL jarak penglihatan agak kelabu-kelabu asap sikit. Kawan saya tu beriya ambil gambar, saya memandu tengok sajalah. Walaupun kereta bertutup (pasang aircond) tetapi masih juga dapat bau asap (jerebu) yang masam kesan terbakar. Masa jerebu teruk tahun 1997 dulu, saya masih di bangku sekolah, jadi tak la terasa sangat kesannya di Kelantan.
 

Semasa sampai, IPU di PD masih menunjukkan paras sangat tidak sihat iaitu melebihi 300. Inilah pandangan dari balkoni apartmen. Menghadap laut tetapi langsung tak nampak, cuma dengar bunyi ombak je. Memang kelabu sangat. Masa ni pagi, agaknya udara masih belum bergerak dan perolakan masih belum berlaku. Kiranya saya ni macam menyerah diri je bila ke PD tu. Hidung tersumbat, suara serak dan mula batuk-batuk.
 

Matahari petang. Walaupun kelabu jerebu tu macam mendung, tetapi suhu masih panas. Di semua tempat rasanya boleh nampak yang matahari tu kelihatan 'sakit' dengan lingkaran merah di sekeliling.
 

Pada hari terakhir (Khamis) barulah boleh nampak laut dengan jelas dan cahaya matahari mulai memancar ke bumi. Dah ada yang mandi manda serta bermain jet ski atau banana boat. Masa bertolak tu alhamdulillah keadaan lebih baik sikit daripada hari datang. Semoga jerebu ni akan cepat-cepat hilang...
 
 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Minggu, 23 Juni 2013

The Ragency Tanjung Tuan Beach Resort, PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Seminggu lagi saya terpaksa meninggalkan sekolah kemenuhi tuntutan kerja luar yang di adakan di PD. Tak pernah lagi ke PB, zaman U dulu ada la sekali bercamping dengan kawan2. Kali ni nak drive, tak tahulah camana, harap2 dapat sampai dengan selamat dan tak la sesat. Kalau belah2 KL atau dalam bandar ni saya selesa naik bas aje, tapi dari CH nak ke PD boleh tahan banyak jugak la yang kena. Dari Pudu ke Bandar Tasik Selatan, pastu baru ambil bas, dan kemudian baru teksi. Nak heret beg pun dah satu hal...


Apa kisah dengan jerebu di PD tu ya? InsyaAllah saya akan kongsikan kemudian. Nak gerak dulu.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Senin, 10 Juni 2013

Hotel Goldcourse, Klang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah diberi peluang untuk bersua kembali di sini. Saya kini berada di Hotel Goldcourse, Klang kerana menghadiri mesyuarat (10-13 Jun 2013) bersama Lembaga Peperiksaan. Kiranya tak sempat masuk sekolah, terus je bertolak pagi tadi ke Kuala Lumpur. Turun di KL Sentral dan menaiki komuter ke Klang sebelum naik teksi ke hotel ini.


Sesiapa yang pernah ke hotel ini tentulah mengetahui bagaimana keadaannya. Tak perlulah saya nak huraikan panjang lebar. Ada dua tiga kursus dari KPM yang dijalankan di sini. Tengoklah apa yang menarik nanti dapat saya ceritakan.
 
********** (^__^) ********** 

Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Kamis, 02 Mei 2013

Balik Kampung... Mengundi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

 Kali ketiga mengundi...tetapi perasaannya tidak seperti kali ini. Entahlah, hal politik ni tak reti nak cakap lebih2... Dalam nak balik mengundi tu, saya angkut jugak 27 fail folio Pendidikan Moral yang nak kena semak. Hadehhh... Mintak2 la operasi menanda tu berjaya ^^


 Buat semua yang dah balik dan akan balik, berhati2lah di jalan raya... Selamat mengundi. Jangan gaduh2 okay...

Note : On the way

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Jumat, 09 November 2012

Bola Jaring ~ Setelah 32 Tahun

 
 
Hari ini bermula secara rasminya cuti persekolahan akhir tahun sesi 2012. Pada yang sudah mula bercuti di kampung atau melancong bersama keluarga selamat bercuti cheq sue ucapkan. Jangan lupa berhati-hati dalam apa jua yang anda lakukan. Bersempena dengan cuti Deepavali dan awal Muharram, peperiksaan SPM juga ditangguhkan seminggu untuk membolehkan calon-calon beragama Hindu meraikan hari besar mereka. Cheq sue masih lagi di CH, mungkin sehari dua baru balik kampung. Tak sihat, demam, batuk... tak selesa nak bawa kereta.
Sambil2 berehat tu cheq sue nak kongsikan sedikit tentang aktiviti di sekolah beberapa minggu lepas. Perlu dikongsi sebab ianya sangat istimewa! Selepas selesai peperiksaan akhir tahun, sekolah mengadakan aktiviti sukan berupa permainan bola sepak dan bola jaring untuk pelajar. Para guru perempuan ditugaskan mengawal permainan bola jaring. Dan untuk penentuan tempat ketiga, kami bersetuju untuk melawan pelajar yang rata-ratanya dari tingkatan dua dari kalangan pelajar Asli.
Yang kelakarnya sebelum permainan siap berbincang lagi. Bukan kata nak berbincang strategi, tapi tak tahu kedudukan dan pergerakan sepatutnya. Cheq sue sendiri memakai bip WA tak tahu di mana sepatutnya berada atau apa yang perlu dibuat. Maklumlah, sejak muda sampai ke tak berapa muda ni memang tak pernah main bola jaring.
GENG CHE KIAH   .:. Risha, Kak Rini, Atikah, Lini (Pengadil), Dasilla, Siti, Cheq Sue, Ina
Rupa2nya kederat budak2 ni memang kuat sangat kalau nak dibandingkan dengan para cikgu. Cara diorang passing bola, bertahan dan menyerang memang mengagumkan. Cikgu ni menjerit je lebih, siap dicubitnya pelajar yang tak lepas  bola. Dalam riuh rendah bermain tu ada yang terjatuh dan berebut sampai tak hengat. Budak2 ni memang tinggi semangat kesukanan, memang tak bagi muka langsung pada cikgu, takde nak segannya. Mana yang patut rebut, patut lawan memang depa tak kasi can. Semput + sakit urat jugak la cikgu dikerjakan budak2 umur 14 tahun tu. He he he... Tapi dalam apa jua keadaan pun cikgu tetap juara. Kami menang dengan 3 gol berbalas 2. Kira sengit jugak la kan... Nasib baik jugak memang kalau tak malu kat budak-budak. Berbaloi la sape yang sakit urat, sakit betis dan sakit paha tu...
Jadi geng...camana lepas ni? Nak lawan lagi tak? He he he... Wassalam.
Stylish Thankyou

Rabu, 10 Oktober 2012

Ceritera Kedekut

 
Kedekut? Di dalam dunia ini sebenarnya ada pelbagai jenis ragam manusia dan kedekut adalah salah satu di antaranya. Kedekut harta benda, ilmu atau apa saja sangat menjengkelkan. Pada cheq sue, tak sepatutnya ada perasaan kedekut ni. Memang cheq sue akui, di dalam diri cheq sue sendiri pun ada sekelumit perasaan kedekut terutama tentang penggunaan barangan peribadi dan juga dalam keadaan tertentu. Tetapi cheq sue tak la mahu memperkatakan tentang kedekut itu sebab masing-masing tentunya ada alasan sendiri mengapa bersikap demikian.
 
 
Sebagai seorang yang sangat suka masak dan sangat suka makan... (opstttt), cheq sue memang tidak lokek untuk berbelanja bagi membuat sesuatu masakan. Kadang-kadang apa yang dimasak tu tak habis untuk seorang makan, memang kena berkongsi dengan kawan-kawan. Bukanlah kata bila memasak tu kita mengharapkan pujian. Kalau ada yang memuji itu satu bonus, kan?
 
Yang geramnya bila ada sesetengah orang yang sangat berkira tentang makanan. Kalau dapat yang free dibungkus tak hengat, bila sampai turn dia asyik berjimat cermat. Memang menyampah la sangat orang macam ni. Sepatutnya dalam bab makanan ni biarlah kita memegang prinsip 'sikit sama sikit, banyak sama banyak.' Barulah dapat makan sama-sama. Bukanlah kita ni nak berkira tapi selalu je macam tu sakit sungguh dalam hati. Pernah tak rasa camni?
 
Satu lagi kalau orang kedekut berkaitan resepi. Cheq sue ni tak pernah belajar bab-bab memasak, hanya pandai-pandai sendiri dan selongkar dalam internet. Mana-mana resepi yang dicuba, yang sedap, yang menjadi biasanya cheq sue akan war-warkan kepada kawan-kawan (istilahnya jual) supaya mereka dapat buat paling tidak untuk makan-makan dirumah. Yang dah pandai tu kadang-kala bila kita tanya selalu berdalih itu dan ini. Cheq sue faham la depa keluar duit untuk attend kelas tapi tak salah berkongsi, bukan kata nak bocorkan resepi, cukup dengan memberikan teknik atau cara sahaja..
 
Mmmmm...seterusnya berkaitan dengan peralatan masak memasak ni @ gajet dapur. Bila kita selalu masak, dari sebesar-besar alat atau sekecil-kecil peralatan, sangat seronok kalau kita milikinya sendiri. Kalau nak pinjam-pinjam ni macam segan aja. Sampai bila kan? Seeloknya beli la sendiri. Bukan kata nak guna untuk berniaga pun..cukup sekadar ada bila perlu. Sebab benda-benda peralatan ni bukannya habis guna. Kalau dijaga dengan elok bertahun pun masih boleh pakai. Tak gitu?
 
Wahhh... lega dapat membebel-bebal. Macam keluar peluru M16 rasanya. Maaf kalau ada yang terasa. N3 ini tidak ditujukan pada sesiapa sekadar meluah apa yang di rasa. Wassalam...
 
Stylish Thankyou

Sabtu, 22 September 2012

Karnival RIMUP 220912

 
 
Salam bahagia, selamat berhujung minggu buat kawan-kawan semua. Rasanya inilah saat paling lama blog terbiar tanpa sebarang n3 mahupun menjengok blog kawan-kawan. Selepas balik dari bercuti, terus pula membuat persiapan untuk berjualan di Karnival RIMUP sempena dengan sekolah ganti Sabtu semalam. 
 
Pertamanya cheq sue nak ucapkan selamat pergi dan kembali buat Kak Anim dan Kak Ummi sekeluarga yang akan memenuhi jemputan ke Baitullah pada kali ini, semoga mereka mendapat haji mabrur dan selamat kembali ke tanah air. Di LCCT baru2 ini pun cheq sue ada terserempak dengan sekumpulan jemaah haji dari Malaysia. Alhamdulillah... Untuk sahabat di Sabah yang dengarnya dah berpindah rumah tu...camana, dah siap ke mengenas barang-barangnya semua? *_^
 
 
Untuk karnival semalam tu, cheq sue menerima risiko untuk berjualan tanpa ada yang membantu selain seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun, Faiz. Antara menu yang dijual adalah nasi kerabu (telur masin & ayam bakar), conney dog, roti sosej dan keropok goreng. Nasib baik nak menyediakan bahan-bahan tu dibantu Mok Ja. 
 
Maklumlah, kita bukannya keturunan orang berniaga. Memang agak kalut pada mulanya. Bila masing2 mendesak mahu itu dan ini, semuanya nak cepat. Setelah selesai larian kemerdekaan, para pelajar dan guru memasing dah lapar, maka terus je diorang menuju ke nasi kerabu. Ish ish ish... ingatkan sambutan tak ada, rupanya sampai tak cukup. Belum pun pukul 10 nasi dah habis. Malah tak sempat nak diberikan pada guru yang dah order sebelum itu. Bila dah habis telur masin dan ayam bakar, nasi kerabu kosong pun diorang mahu. Di akhir2 masa hanya tinggal keropok goreng aje. Yang tertinggal hanya gerai Divalicious dan D'Lijah's Corner aje... untung besar deme tu gamaknya...
 
Demikianlah sedikit perkongsian untuk kembali aktif semula. TQ pada yang sudi ke sini dan membaca... Wassalam... 
 
Stylish Thankyou

Senin, 30 Juli 2012

Pengalaman Shoping Raya Dengan Anak


Selamat petang korang semua. Dah siap masak ke belum? Mesti dah setel dah semuanya tunggu nak hidang dan ngap aje kan? Cheq sue and the gang dah siap dah...dok rilek2 kejap tunggu masa. Nak share sikit pengalaman bershopping raya dengan anak angkat pada 28 Julai baru2 ni. Anak angkat? Hish... member sekolah sebenarnya, memang selalu pun cheq sue bawa ke mana-mana. Tu dah jatuh anak angkat dah tu. ^^
Sebelum ni memang tak pernah pun cheq sue bawak budak pi beli barang2 raya. Kalau barang sendiri tu memang adat la kan. Dari Ch cheq sue bertolak dalam pukul 9.15 gitu, sampai di Ipoh (Greentown Mall) dalam pukul 10  lebih, masih tak ramai orang, parking pun masih banyak. Terus aje masuk ke kedai yang memang khas untuk jualan baju2 raya lelaki dan perempuan. Abahnya memberikan RM 250 untuk segela keperluan tu. Fuhhhh...cheq sue dulu jangankan nak bagi jumlah gitu, nak bawa ke bandar pun jangan harap, tahu2 baju raya cuma baju kurung yang ditempah aje.
Budak Hawa yang cheq sue bawa tu berkehendakkan baju kaler pink @ ungu untuk baju rayanya. Dari satu kedai ke satu kedai punya lah payah nak dapatkan apa yang dihajati. Kebanyakan bajunya mahal dek perincian yang ada macam manik dan batu sulam. Dalam dok mencari tu ke sana sini sampai 4 jam barulah jumpa baju yang dihajati. Penat xsoh cakap la, dengan puasanya, panasnya, cuba bayangkan kalau ada 3 4 orang anak yang perlu dibeli keperluannya? Cheq sue termenung jugak seketika, barangkali begitulah yang dirasai kebanyakan ibu bapa di luar sana semasa menyediakan keperluan raya anak-anak. Dah jumpa baju, terus pula cari tudung. Budak2 sekarang ni dah tahu melawa, nak pula selendang nak dipakaikan lilit2 ala-ala Najwa Latif tu la kot. Bila dah dapat baju dan tudung, tinggal kasut pulak yang kebanyakan kedai dimasuki semuanya tidak berkenan. Ada jugak rasa nak sekeh kepala budak tu, geram jugak cheq sue pun. Padahal diri sendiri pun kemain payah jugak nak beli ape-ape... *_*
Itulah sedikit pengalaman cheq sue masa bershopping itu hari. Memang jadi ingatan sungguh. Jom nak berbuka. Wassalam...
Stylish Thankyou

Jumat, 15 Juni 2012

Kesibukan Seminggu. Inilah...


 
 
Petang ni sebenarnya ada aktiviti. Cheq sue dan 5 orang budak Pandu Puteri sekolah (bersama-sama dengan ahli dan pemimpin dari sekolah lain) dikehendaki berada di AVANT Chocolate (Jalan Simpang Pulai) bagi menyambut keberangkatan Tengku Puan Pahang dan ahli rombongan dari 10 buah negara ke Cameron Highlands bagi ACARA PERAYAAN  SAMBUTAN  10 TAHUN ‘FRIENDS OF ASIA PASIFIC ASSOCIATION OF GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS’.

Fuhhhh… itu mengambil masa cheq sue selama seminggu untuk membuat persiapan. Mengerah segala tenaga dan kepandaian. Bukan setakat hari ini sahaja programnya, malah esok team kami dikehendaki pula menunjukkan demo kraftangan kepada ahli rombongan yang akan dibuat di MARDI Tanah Rata. Sebanyak 75 buah penanda buku telah dibuat manually oleh cheq sue dan Mok Ja (big thanks to her!!) manakala selebihnya akan dibuat oleh 5 orang pelajar yang sama, yang sebenarnya baru saja diajar semalam. Harap semuanya berjalan lancar…


Mula-mula fikir nak buat bunga telur tapi takut lambat nak siapkan. Pikir punya pikir inilah yang termampu dihasilkan dalam masa singkat dan tidak memerlukan bahan yang rumit. Ada lagi sebenarnya kraftangan lain yang boleh dihasilkan tapi dek masalah masa dan nak mendapatkan bahan-bahannya tu inilah rasanya paling sesuai.

So di sini cheq sue ingin la nak kongsikan sedikit gambar2 yang berkaitan serta cara-cara nak menghasilkan kraftangan ni. Untuk 100 buah penanda buku, kos keseluruhannya di bawah RM100.


Antara bahan-bahan yang diperlukan. Ada riben yang telah dicantumkan, bunga manik dan kertas warna




 Kat sini pulak ada hot glue, kain lace, riben kain dan alat2 lain




Yang ini pulak masa tengah kemaskan bahagian hujung dan cantum pembaris dengan bahan-bahan hiasan. Memang sakit pinggang masa buat ni. Kaki tangan tu bukan cheq sue tau...
 
Moga2 n3 ni memberi idea pada sape yang nak buat kraftangan begini. Wassalam...
 
 
PENANDA BUKU PEMBARIS
 
BAHAN DIPERLUKAN
Pembaris
Kertas A4 warna – potong ikut saiz untuk membalut pembaris
Kain lace bercorak – potong ikut saiz untuk membalut pembaris juga
Solotape
Double tape
Hot glue / gam panas
Riben yang telah dibentuk
Riben kain yang dibentuk bunga
Bunga manik yang disukai
Penampal (kertas tampal yang disukai)
Gunting / pisau

CARA-CARA
Balut pembaris dengan kertas A4 warna. Lekatkan menggunakan solotape
Lekatkan double tape di bahagian ataskertas  yang di solotape tadi dan balut dengan kain lace bercorak
Kemudia kemaskan bahagian hujungnya dan lipat lebihan kain lace itu ke dalam dengan menggunakan gam panas
Kemudian, lekatkan riben, riben kain dan bunga manik di salah satu hujung pembaris tadi. Kemaskan dan tekan sedikit supaya 3 bahan ini melekat kuat
Akhir sekali tampalkan pula kertas kata-kata di bahagian belakang pembaris tadi. Ianya akan menutup bahagian yang kita tampal untuk lekatkan kain lace tadi.
Akhir sekali bolehlah dikemaskan semua bahagian supaya kelihatan cantik


Stylish Thankyou

Selasa, 12 Juni 2012

Cerle Cerluk


 
 
Rasa kan macam lama sungguh tak masak. Kebanyakan masa cuma makan kat kedai ataupun sekadar roti dah milo. Agak sibuk sikit minggu ni, dengan sukan dan persiapan untuk program FRIENDS Of Asia Pacific (Pandu Puteri) segalanya menuntut komitmen yang tinggi. Rasanya banyak sungguh yang perlu disiapkan. Bila dah malam tu badan dah kehabisan tenaga. Nak on lappy pun malas, sekadar baca2 gitu aje. Maaflah buat kengkawan yang x menerima kunjungan balas dari cheq sue. 
 
Sekarang ni banyak betul cabarannya seorang guru. Selain kerjanya yang dinamakan mengajar itu, ditambah dengan kerja-kerja sampingan + kerja-kerja luaran, siapa kata tugas itu makin mudah. Untuk orang bujang macam cheq sue ni mungkinlah tak berapa rasa sebab belum berkeluarga tetapi lumrahnya sebagai insan biasa, sesekali terasa juga keluh kesah di jiwa. Harapnya segala akan berjalan lancar. Tapi lumrahnya juga bila bujang ni asyik kita aje yang kena buat kerja... tak suka sungguh.
 
Note : Mood membebel

Bila melihat dalam draf tadi, terpandang 1 resepi ni. Belum diupload lagi, sambil2 membebel boleh juga tengok gambar kan. Yang ni pun buat masa kat kg aritu. Alkisahnya memang dendam dengan kacang kuda goreng pedas ni. Dah lama nak buat tapi kat pasar malam di CH ni dah xde pulak orang menjualnya. Kalau takat nak rebus sendiri memang xleh harap lah. Bila dok kg tu ada la orang jual kat pasar, beli dua bungkus baru dua hengget. :)




 
Yang cheq sue buat ni pun guna sambal sedia ada dalam peti je. Kebetulan memang mek ada buat stok, jadi cheq sue tumis kejap dengan bawang besar dan daun kari kemudian leburkan kacang ke dalamnya. Yang kelakarnya bila makan 2 3 sudu, terasa pedas pulak, terus cheq sue bilas semua kacang tu dengan bumbu2nya, buang segala daun dan bawang kemudian dimakan gitu aje. Boleh pulak kan... haishhhhh tak tahan pedas sungguh! Padahal bukannya pedas sangat pun, dalam skala 10 agaknya baru no 3. Cheq sue aje yang x tahan *_* Jadi untuk seterusnya akan ada lagi cubaan untuk kacang kuda goreng pedas ni... 

Wassalam...

Stylish Thankyou

Jumat, 01 Juni 2012

Dah Musim Dah....


 
 
Sekadar memetik kata-kata Nani, bila dok kg, xsempat nak masak sangat. Banyak masanya makan kenduri selain menjamu air tangan emak.  Jadi mulalah nak keluar n3 merapu. Kalau xde n3 atau tak berceloteh mulalah hati tak tentu. Dok kg ni pulak lagi lah…line tenet ngalahkan kura-kura, jangankan nak komen, nak BW pun tersengguk-sengguk. Jadi maaflah kalau tak dapat nak meninggalkan kata sepatah dua… Pada yang sudi meninggalkan komen di ‘ABC’ ni terima kasih banyak-banyak.

Puas jugak melilau keliling rumah, tengok apa2 yang boleh dikongsi. Bila terpandang ada banyak buah-buahan yang lebat berbuah, ini tandanya musim buah sudah kembali. Kalau awal tahun dulu, kebanyakan buah2 di daerah timur ni tak menjadi,  sebaliknya di daerah hulu seperti Gua Musang sangatlah berlebih-lebih. Tapi nampaknya kali ni memang menjadi rezeki daerah2 timur seperti di Pasir Puteh ni… Walaupun dijangka boleh dimakan dalam bulan puasa nanti atau ketika Aidilfitri, memang tak sabar menanti. Masakan tidak, kalau rambutan tu, duduk aje kat bawah pokok, bila rasa nak makan kait aje atau ambil dengan tangan. ^^
 
Mmmmm jemputlah tengok gambar ya. Wassalam...
 


 Rambutan ni special sikit, memang sedap. Kalau berbuah tak pernah sikit. Jenis 'anak sekolah'. Tak pasti pulak sekolah kat mana. He he he..
 



 Raja buah. Durian jenis 'Kunyit' dan 'Bakok' yang ada. Kalau menjadi memang tak puas makan. Buat pulut durian wallahweh...
 
 



 Buah cempedak. Dah lama jugak x berbuah pokok ni. Sekali berbuah memang tak habis makan. Ulasnya kecik aje tapi banyak. Untung kalau nak buat cempedak goreng sebab isi nipis. *_*
 



 Buah paling bekeng...asyik menyalak aje kejenya. Kalau kena yang sedap memang x berenti makan. Ada arahan nak buat jeruk dah. Pasni kena search resepi ^^



 Limau bali. Sedap dibuat colek. Tambah2 kalau ramai yang makan. Sesuai sangat nak makan lepas terawih nanti. Aishhhh...
 
Note : Kat ujung kampung ada kenduri, siap MC dengan silat lagi boleh dengar sampai ke rumah. Nanti mek balik tu siaplah dia cerita ^^
 
 
Stylish Thankyou

Rabu, 30 Mei 2012

Yang Lama Ku Inginkan & Cerita Ceriti ^_^

 
 
Wah...lama jugak xde cerita dari cheq sue ya... blog tak berupdate, BW pun x, reply komen pun tak...hish hish hish.. tu la sebenarnya rasa nak bercuti berblog kejap tapi dah hampir 6 hari x menjenguk ke sini, rindu siotttt... Mesti banyak story mory yang cheq sue tertinggal mahupun resepi malatops kengkawan yang tak sempat nak tengok. Takpelah, bersempena dengan cuti ni kalau ada kelapangan cheq sue akan skodeng satu2 dan buat mana yang sempat.
 
 
Berbalik pada tajuk kat atas tu, semalam cheq sue ke kedai baking di KB dan akhirnya telah dapat shortbread cutter yang memang dah lama cheq sue listkan. Bukan tak pernah jumpa sebelum ni tapi tak padan dengan saiz oven kecik cheq sue tu. Yang ni sama saiz dengan loyang oven tu. Apa lagi, rembat la satu. Harganya dalam RM38. Yang pastinya lepas ni nak buat frambrozen kenari ataupun boleh cuba buat shortbread pulak ^^


 
Bermula aje cuti sekolah baru ni, cheq sue bercuti-cuti Malaysia ke Bera bersama Cik Norliza a.k.a Mok Ja. Ke rumah emak saudara sebenarnya. Sebelum ni memang tak pernah ke sana. Kalau belah2 Kuantan tu pernah sampai ke Maran, Jerantut, Temerloh aje. Itupun ikut member atau naik bas. Jadi bila drive sendiri ni dapat la kenal2 jalan dan tengok tempat2 orang. Perjalanan dari CH ke sana mengambil masa 6 jam ikut jalan CH-Sungai Koyan - Raub - Mempaga - Karak (Highway) - Temerloh - Bera (Triang). Baliknya pula menempuh jalan berliku di laluan Jerantut - Kuala Lipis. Memang beri pengalaman sungguh.
Ok...dikesempatan ini juga cheq sue ingin nak ucap tahniah pada Mas dan Mrs Aidi atas kelahiran cahaya mata meraka. Mas dapat baby boy (anak ke 3) ~ Muhammad Adam~ manakala Luna dapat baby boy juga untuk anak sulungnya ~ Diniyzahin Dzulqarnain ~. Peluk cium dari Makcik Sue ya... untuk kedua mummy tu selamat berpantang okeh... Semoga sihat dan selamat semuanya.

Satu lagi untuk sahabat di Tawau, 'adik' Zack a.k.a Zachoes, selamat hari ulangtahun ke 30. Welcome to 3 series.... Semoga berbahagia selamanya... 
 
Ok lah...itu aje nak membebel pagi ni. InsyaAllah ada kelapangan kita jumpa lagi. Selamat bercuti!!!

Wassalam...
Stylish Thankyou

Selasa, 22 Mei 2012

Penimbang Digital


 
 
< Google >

Kisah penimbang digital. Dalam fraft xde n3 masak2, so cerita la sikit. Xde la asyik nengok ke roti labu tu je. Kalau sebelum ni guna penimbang digital borrowed from school, tapi dah beli satu penimbang digital baru minggu lepas di Ipoh. Di kedai tu (kedai baking) ambil2 barang yang dibeli, bila kira jumlah semuanya RM118 sedangkan penimbang digital (cheq sue beli 2 unit) dah RM 96. Bila masuk kereta tengok resit tu terpk ngape murah sangat barang-barangnya... Rupa-rupanya makcik kecai tu lupa nak kira harga 2 penimbang digital tu... Bila bawa ke kaunter semula, barulah dia perasan, memang dia belum kira, so dikurangkan lagi harganya kepada RM 46 ajeeeeeeeee........... 
^_^

Moralnya... Kejujuran! Oleh sebab kita nak guna buat makan-makan, nak sedia tempahan orang, tak baik pulak nak biarkan aje...kang tak pasal2 pulak dapat rezeki tak berkat. (*_*)

Demikianlah adanya... Wassalam...


Stylish Thankyou

Sabtu, 05 Mei 2012

Biar Bulan Bicara...


 
 
Eh, aci tak cerita tentang bulan di siang hari ni? He he he... xpe la ya.... Kebetulan malam tadi bulan mengambang penuh, terambik gambar pulak sekitar Maghrib  dan sekitar jam 9 malam, tu yang teringin nak share. Walaupun gambar tu x berapa nak lawa, halal lah. Dok kg ni aktiviti masak slow sikit, kongsi ajelah n3 bukan2 ni ya.

Selalunya balik kg jarang nak nampak bulan penuh. Sesekali bila nampak tu memang suka sangat lah. Langit terang dan cerah aje. Boleh nampak gumpalan awan. Bila dapat melihat ke langit, dengan sinaran bulan dan kerdipan bintang sungguh indah rasanya. Tambah-tambah pulak bagi insan berhati halus cam i ni... Ouchhh!



 
Gambar ni di snap lebih kurang pukul 7 malam. Memang suka sangat bila tengok. Keluar rumah nak ke masjid, bila nampak cepat2 pi amik kamera.
 


 
Yang ni pulak cheq sue snap masa balik masjid, memang terang benderang aje di sekeliling rumah, nak main sorok2 pun boleh rasanya. Mmmmm, kuasa Allah kan, tak terfikir oleh manusia.

Wassalam...

Minggu, 29 April 2012

Allah Maha Adil ~ Jadikanlah Pengajaran


 
 
Wahhh, lamanya tak berblog. Ada ke yang tertanya-tanya ke mana hilangnya cheq sue selama ini? Haish, memang sibuk bebenar kalau dah 5 6 hari takde n3 baru. Bukan apapun, balik aje dari berkursus, sambung pulak ke perkhemahan Pengakap sekolah sebagai AJK Makanan. Tu yang x menyempat nak keluar n3. Terima kasih juga pada pengunjung yang sudi bertandang....

Sebagai permulaan, cheq sue nak kongsikan satu cerita semasa berkursus baru-baru ini. Pada sesiapa yang baca tu jadikanlah pengajaran dan panduan. Ini adalah sebuah kisah benar yang berlaku di Negeri Terengganu.

Di dalam sebuah sekolah tu, ada sepasang suami isteri. Mereka berdua ni memang agak susah kalau nak keluar dari sekolah contohnya macam bawak budak berkursus ke, berkhemah ke...memang ada saja alasan yang diberi terutamanya alasan berkaitan dengan anak-anak atau dengan bahasa mudahnya "payah anak" (mungkin dari segi nak tinggalkan pengasuh dsb). Nak dijadikan cerita, ada satu masa tu mereka sekeluarga (suami isteri + 4 orang anak) pergi ke satu kawasan perkelahan. Dengan kuasa Allah, ke empat-empat anak mereka telah lemas dan meninggal dunia.

Bila difikirkan semula, Allah telah memakbulkan doa ibu bapa mereka yang sebelum ini selalu memberikan alasan "payah anak" jika ada keperluan di tempat kerja. Jadi Allah telah mengambil kesemua anak-anak daripada mereka.

Berderau bulu roma bila mendengar cerita ini. Walaupun cheq sue ni masih belum ada anak tetapi kadang2 terlepas cakap juga. Jadi untuk kawan-kawan sekalian, ambillah kisah ini sebagai teladan. Moga2 memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam...

Senin, 02 April 2012

Kegilaan Zaman Muda ^__^


 
 
Bila mengenang kembali zaman dolu-dolu 
Ketika muda belia, memang tersenyum sendiri
Cheq sue dulu boleh dikatakan gila jugak dengan novel-novel ni
Tiap-tiap bulan memang tak miss beli sebiji
Kebetulan minggu lepas ada buat operasi kemas rumah sikit
Sejak pindah masuk ke rumah ni tahun 2007, kotak berisi novel's ni memang tak berusik
Bila dikeluarkan, tgk2 Alhamdulillah xde yang rosak @ digigit lipas
 Ni tengah plan nak ke Pesta Buku Antarabangsa KL
Dah lama tak bersesak-sesak 
Mmmmm



 
Macam2 tajuk rupanya ada
Kalau dibaca semula gerenti tak habis 
Yang paling baru cheq sue beli adalah STANZA CINTA & AWAK SUKA SAYA TAK
Kedua2 buku ni memang sangat2 bermakna
Sarat dengan mainan emosi yang meruntun jiwa
 


 
Dek kerana kegilaan itulah
Terhasil beberapa naskah hasil khayalan Cheq Sue
Sebenarnya minat menulis memang ada sejak dulu
Kalau dilihat di sidebar ni ada ruangan khusus untuk kenangan novelog yang dibuat
Dan yang paling baru adalah novelog MISTERI CINTA
Di dalam pembikinan masih ada yang belum siap
Tengah typing, dan still pending
Since Dis 2010, dah makan dua tahun
Haishhhhhh..... 
Apapun ini adalah satu cara untuk cheq sue meluah rasa
Selain berbicara dalam mainan resepi, kat dalam cerita yang direka inilah
Cheq sue berkata-kata
Errrkkkk...
Cukuplah bebelan pagi ni
Nak upload resepi x sempat bergambar lagi
Moga bahagia
Wassalam