Jumat, 15 Juni 2012

Kesibukan Seminggu. Inilah...


 
 
Petang ni sebenarnya ada aktiviti. Cheq sue dan 5 orang budak Pandu Puteri sekolah (bersama-sama dengan ahli dan pemimpin dari sekolah lain) dikehendaki berada di AVANT Chocolate (Jalan Simpang Pulai) bagi menyambut keberangkatan Tengku Puan Pahang dan ahli rombongan dari 10 buah negara ke Cameron Highlands bagi ACARA PERAYAAN  SAMBUTAN  10 TAHUN ‘FRIENDS OF ASIA PASIFIC ASSOCIATION OF GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS’.

Fuhhhh… itu mengambil masa cheq sue selama seminggu untuk membuat persiapan. Mengerah segala tenaga dan kepandaian. Bukan setakat hari ini sahaja programnya, malah esok team kami dikehendaki pula menunjukkan demo kraftangan kepada ahli rombongan yang akan dibuat di MARDI Tanah Rata. Sebanyak 75 buah penanda buku telah dibuat manually oleh cheq sue dan Mok Ja (big thanks to her!!) manakala selebihnya akan dibuat oleh 5 orang pelajar yang sama, yang sebenarnya baru saja diajar semalam. Harap semuanya berjalan lancar…


Mula-mula fikir nak buat bunga telur tapi takut lambat nak siapkan. Pikir punya pikir inilah yang termampu dihasilkan dalam masa singkat dan tidak memerlukan bahan yang rumit. Ada lagi sebenarnya kraftangan lain yang boleh dihasilkan tapi dek masalah masa dan nak mendapatkan bahan-bahannya tu inilah rasanya paling sesuai.

So di sini cheq sue ingin la nak kongsikan sedikit gambar2 yang berkaitan serta cara-cara nak menghasilkan kraftangan ni. Untuk 100 buah penanda buku, kos keseluruhannya di bawah RM100.


Antara bahan-bahan yang diperlukan. Ada riben yang telah dicantumkan, bunga manik dan kertas warna




 Kat sini pulak ada hot glue, kain lace, riben kain dan alat2 lain




Yang ini pulak masa tengah kemaskan bahagian hujung dan cantum pembaris dengan bahan-bahan hiasan. Memang sakit pinggang masa buat ni. Kaki tangan tu bukan cheq sue tau...
 
Moga2 n3 ni memberi idea pada sape yang nak buat kraftangan begini. Wassalam...
 
 
PENANDA BUKU PEMBARIS
 
BAHAN DIPERLUKAN
Pembaris
Kertas A4 warna – potong ikut saiz untuk membalut pembaris
Kain lace bercorak – potong ikut saiz untuk membalut pembaris juga
Solotape
Double tape
Hot glue / gam panas
Riben yang telah dibentuk
Riben kain yang dibentuk bunga
Bunga manik yang disukai
Penampal (kertas tampal yang disukai)
Gunting / pisau

CARA-CARA
Balut pembaris dengan kertas A4 warna. Lekatkan menggunakan solotape
Lekatkan double tape di bahagian ataskertas  yang di solotape tadi dan balut dengan kain lace bercorak
Kemudia kemaskan bahagian hujungnya dan lipat lebihan kain lace itu ke dalam dengan menggunakan gam panas
Kemudian, lekatkan riben, riben kain dan bunga manik di salah satu hujung pembaris tadi. Kemaskan dan tekan sedikit supaya 3 bahan ini melekat kuat
Akhir sekali tampalkan pula kertas kata-kata di bahagian belakang pembaris tadi. Ianya akan menutup bahagian yang kita tampal untuk lekatkan kain lace tadi.
Akhir sekali bolehlah dikemaskan semua bahagian supaya kelihatan cantik


Stylish Thankyou

Tidak ada komentar:

Posting Komentar