Sekitar Sambutan Keberangkatan Tengku Puan Pahang & Deligasi Ke Avant Chocolate ~ 16 Jun 2012
Alhamdulillah... Syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya segala yang dirancang telah dapat dilaksana seadanya. Di sini ingin cheq sue kongsikan sedikit bingkisan tentang apa yang berlaku pada majlis sambutan keberangkatan Tengku Puan Pahang dan deligasi ke AVANT Chocolate di CH pada 16 Jun 2012. Sebelum tu maaf sekiranya bingkisan ini melangkaui isi blog masak-masak cheq sue ni. Oleh sebab cheq sue tak ada FB, maka cheq sue kongsikan sedikit untuk tatapan kawan2 dan pelajar2 cheq sue yang terlibat seramai 5 orang tu. Kesemua pelajar yang terlibat ni akan menerima sijil peringkat antarabangsa selain pengalaman berharga yang tak mudah diperoleh di mana-mana. Suka dinyatakan di sini antara negara yang terlibat adalah Malaysia, Thailand, Hong Kong, Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Filipina, Australia, Pakistan dan Maldives
Jom sama2 tengok bingkisannya. Maaf gambar tak menawan.
Pelajar bersama pesuruhjaya daerah CH Puan Suria. Masa ni tengah standby sebab diorang dah on the way. Kat tangan budak2 tu adalah kalung bunga yang akan dipakaikan sebagai welcoming kepada mereka. Budak berdua ni dikehendaki memakaikan kalung kepada Tengku Puan Pahang dan 2 puteri baginda. Masa ni diorang cakaplah TPP tu cantik dan tinggi. Yang tak tahannya dok dup dap dup dap...siap nak luruh jantungnya. He he he... bukan senang nak dapat peluang camni tau..
Ketibaan TPP. Baginda menaiki kereta manakala yang lainnya menaiki bas. Yang dua dibelakang berambut panjang tu adalah puteri baginda. Masa ni tak sempat nak ke mana-mana sebab kena standby.
Yang ni pulak standby untuk kalungkan pada peserta. Sebab bilangan pemimpinnya tak cukup, semua kena kalungkan. Pastu peserta pulak semua semangat nak turun bas, jadi memang tak menang tangan.
Antara yang sempat dirakam. Yang ni tak tahu deligasi dari mana, mungkin Jepun @ Korea Selatan. Seronok jugak sesekali dapat pengalaman macam ni. Sempat bergelak ketawa gitu. Depa ni pun eksaited sebab tak sangka dapat kalungan yang cantik tu...
Yang ni peserta dari Australia...tengah pilih barang kat dalam kedai. Kemain sungguh depa ni bershopping.. Selesai acara melawat2 tu, peserta diberi pulak dengan cupcake, coklat, popia dan puff oleh pihak AVANT. Kita mampu nengok aje, teringin gak nak rasa tapi ada keje buat pulak. Haishhh... Yang ni peserta dari Korea Selatan
Tea girl. Segan sungguh la time ni. Pegang dulang teh strawberry. Macam ramai je mata memandang. Dengan peserta dari Malaysia.
Masa ni TPP dah siap melawat dan minum, baginda sempat juga menyinggah di gerai untuk membeli sayur-sayuran. Tak sempat nak mencelah untuk snap gambar sebab kena standy untuk babai pulak... ** To all my girl scouts yang terlibat, tq very much darlings.... Wassalam...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar