Salah satu dari manfaat apabila kita menceburi dunia serama ini (samada kita sedari ataupun tidak), sudah tentu sekali adalah menambahkan lagi jaringan kawan-kawan dari pelbagai latarbelakang dan lokasi yang mempunyai minat yang sama. (Memang secara psikologinya, manusia akan suka bersama dan berkumpul dengan orang yang cenderung mempunyai minat dan jiwa yang sama dengan mereka.)
Begitu juga di dalam ber'serama'. Semenjak saya menceburi hobi ini, makin bertambah ramai kawan dan sahabat baru yang saya kenali dan kerap juga kami berkumpul untuk berkongsi cerita dan informasi yang pelbagai (sudah pasti lagi cerita-serita sensasi di dalam hobi ini).
Dari Johor hingga ke Sabah, malahan merentas lautan hingga ke Indonesia dan juga Filipina. Tidak lupa juga seorang sahabat peminat serama yang sekarang bermastautin di Newcastle UK tetapi masih mempunyai ayam-ayam serama yang dijaga oleh rakan-rakannya di sini. Kerap juga kami bertukar-tukar cerita tentang hobi ini di internet.
Hari ini saya menerima kunjungan sahabat dari Johor yang mesra dikenali di Facebook sebagai Daarul Alu. Beliau hadir bersama rakan-rakannya yang lain sambil ditemani oleh Pok Ki. Cuma kunjungan ini agak terbatas dengan masa kerana mereka mahu cepat pulang untuk perjalanan ke Kenyir pula di sebelah petangnya.
Saya ucapkan terima kasih kerana sudi bersilaturrahim di Telok Mas. Insya Allah ada umur, persahabatan hanya atas dasar hobi yang sama ini dapat dieratkan lagi.
Bagi rakan-rakan yang lain...Ahlan wa sahlan ke Telok Mas....moga aktiviti bersilaturrahim ini disuburi lagi di dalam dunia serama Insya Allah...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar