Tampilkan postingan dengan label Pandu Puteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Pandu Puteri. Tampilkan semua postingan

Senin, 02 Juli 2012

Perkhemahan Pandu Puteri Daerah CH 2012



 
 
Hai semua... bersiaran kembali setelah 5 hari "ABC" dibiar sepi tanpa kata. Rasa pelik bila cikgu tak berkata-kata kan. Sebagai permulaan, cheq sue nak kongsikan bingkisan tentang Perkhemahan Pandu Putei Daerah Cameron Highlands 2012 yang telah berlangsung di Kem Sungai Pauh, Taman Sedia CH pada 27 - 29 Jun yang lalu. Maaf jika n3 ni agak panjang ya...
 
Perkhemahan peringkat daerah ini julung-julung kali di adakan. Sebelum ni CH pernah menjadi tuan rumah bagi perkhemahan Pandu Puteri Tunas peringkat negeri pada tahun 2010 di tapak perkhemahan yang sama. Untuk pengisian aktiviti peringkat daerah, selalunya dibuat karnival atau sukanria, tetapi tahun ini perkhemahan dibuat sebagai menyahut cabaran Pegawai Kokurikulum PPD Puan Juanita Lee. Sebenarnya PPPCH mempunyai kewangan yang sangat terbatas selain sumber tenaga yang tidak mencukupi kerana rata-rata guru pemimpinnya adalah perempuan. Tapi, kami ingin membuktikan bahawa tidak ada apa yang tidak boleh di buat sekiranya ada usaha dan keinginan.

Cabaran pertama perkhemahan sudah tentulah cuaca yang tidak menentu. Setelah lama tidak hujan, 3 hari sebelum perkhemahan bermulanya hujan petang. Dan pada hari pertama, hujan dan kesejukan menjadi cabaran pertama untuk diatasi. Dengan penyertaan 8 buah sekolah (2 sekolah menengah dan 6 sekolah rendah) maka team urusetia mencuba sedaya upaya untuk menghadapinya. Boleh baca lanjutnya di sini

Untuk hari pertama, petangnya di adakan taklimat kepada guru dan peserta, manakala malamnya dijalankan aktiviti nyanyian. Dek kerana kesejukan melampau, aktiviti malamnya ditamatkan lebih awal untuk memberi peluang kepada pelajar merehatkan diri. Suhu pada malam itu dikatakan mencecah 8'C. Cheq sue sebagai orang dewasa sangat-sangat terkesan dengan kesejukan sehingga mengigil-gigil, jadi apatah lagi dengan pelajar sekolah rendah yang berumur 9 ke 12... Walaupun berselimut tebal, 2 lapisan toto, tidur masih terganggu. Itulah yang dikatakan pengalaman. Paling sejuk sepanjang 9 tahun di CH.



Untuk hari kedua, alhamdulillah cuaca baik walaupun kesejukan masih ada. Tak malu dikata, sepanjang 3 hari perkhemahan sekali saja cheq sue mandi. Di dalam gambar di atas, cheq sue pakai 2 tshirt dan 2 seluar. Rata-rata pelajar pun memakai sweater sepanjang masa. Pada hari kedua ni agak padat dengan aktiviti, bermula dengan senaman pagi, diikuti dengan gubahan dan permainan KIMS, kemudian memasak dan kraftangan, diikuti dengan pertolongan cemas dan ikatan & simpulan pada petangnya dan malamnya pula dibuat malam kebudayaan. COH (Court Of Honour) pula mengakhiri aktiviti malam tersebut. Untuk aktiviti yang dinyatakan tu, ada dibuat pertandingan dan ada sekadar pembelajaran kemahiran sahaja. Pada malam kedua ni, suhu agak sejuk juga, dalam lingkungan 10'C tetapi boleh tidur dengan lena. Alhamdulillah. Untuk bingkisan hari kedua ni boleh la tengok di sini



Ini adalah penolong kem komandan dengan pelajar dari SK Ringlet (rasanya). Pada petang hari kedua, kami berdua sempat bergerak ke tapak perkhemahan setiap sekolah untuk meninjau-ninjau. Cheq sue sebagai kem komandan, tidak banyak masa terluang yang ada kerana perlu menguruskan aktiviti dan juga perkara-perkara di sepanjang perkhemahan. Penolong kem komandan dan penasihat PPPCH Kak Suria banyak membantu melancarkan pergerakan dan perjalanan aktiviti, terima kasih banyak-banyak!



Ini adalah gambaran kabus yang menyambut kedatangan peserta pada hari pertama. Memang rasa macam kat oversea lah. Bila bercakap pun boleh nampak asap berkepul keluar dari mulut. Tiba-tiba aje kabus bergerak menyelubungi tapak perkhemahan. Walaupun begitu, semua peserta berjaya mendirikan khemah walaupun dalam kesejukan. Tahniah!!





Di sini pula tempat urusetia. Segala perancangan, perbincangan hatta makan pun di sini. Lupa nak cerita, sepanjang perkhemahan ni, sarapan, makan tengah hari dan makan malam ditempah manakala untuk minum pagi, minum petang, minum malam dan minuman sepanjang perkhemahan dibuat secara bergilir-gilir oleh setiap sekolah. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masa dan perbelanjaan membeli bahan mentah. Sebenarnya dalam sesuatu perkhemahan, makan dan minum peserta memang menjadi agenda penting dan perlu dirancang dengan baik. Tahniah kepada Kak Ani dari SK Kampung Raja yang berjaya mengetuai team makan minum ni dengan jayanya walaupun dalam keadaan tidak sihat (sambil rindukan anak pun ya...)

Hari ketiga merupakan penutup kepada perkhemahan ini. Pada paginya di adakan kembara yang dikendalikan oleh SMK Sultan Ahmad Shah dengan bantuan abang-abang RELA yang mengetuai perjalanan. Dalam masa 1 jam pelajar berjaya menamatkan perjalanan dan kembali semula ke tapak perkhemahan untuk mengemas barang, menurunkan khemah dan bersedia untuk majlis penutup.

Bagi majlis penutup, ianya dilakukan secara dalaman dengan dilakukan oleh Pesuruhjaya PPPCH Kak Suria. Dijalankan dalam keadaan tenang dan gembira kerana segala yang dirancang telah dilakukan dengan sempurna. Beliau menzahirkan rasa gembira dengan kejayaan aktiviti ini dan berharap dapat membuatnya lagi pada tahun akan datang. Pada majlis ini juga di adakan penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti dan cenderahati kepada guru pengiring. Tahniah kepada Kak Nor dan Dasilla yang menjadi pengiring kepada pasukan SEMEKAR kerana berjaya memenangi pertandingan memasak (no 3) dan khemah terbaik (no 1). Untuk senarai penuh pemenang aktiviti dan ceritanya bolehlah dibaca di sini.

Secara peribadi, cheq sue ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan perkhemahan kali ini terutama kepada penasihat perkhemahan iaitu Kak Suria dan penolong kem komandan iaitu Zu serta ajk urusetia lain yang banyak membantu. Dengan pengalaman yang tidak seberapa, tugas kem komandan digalas penuh tanggungjawab yang akhirnya memberi pengalaman berharga kepada diri sendiri. Kepada semua pelajar dan guru pengiring yang mengikuti perkhemahan ini, cheq sue mohon maaf jika ada silap dan salah, mana tahu terkasar bahasa semasa mengendalikan semua aktiviti. InsyaAllah jika ada rezeki boleh kita berjumpa lagi. Wassalam...

Note : Terima kasih kerana menghabiskan bacaan n3 ini  ^_^

Stylish Thankyou

Selasa, 19 Juni 2012

Sekitar Demo di MARDI Tanah Rata ~ 17 Jun 2012

 
 
Bahagian kedua dalam aktiviti Pandu Puteri minggu lepas. Untuk n3 bahagian 1 boleh tengok sini. Cheq sue nak habiskan dulu sebelum keluar dengan n3 masak-masak. *_*
 
Setelah aktiviti di AVANT berakhir dengan jayanya, kami kena pula menunjukkan demonstrasi kraftangan di hadapan deligasi yang dibuat di MARDI Tanah Rata. Ianya melibatkan 3 buah sekolah iaitu SMK Sultan Ahmad Shah, SMK Kg Raja dan SK Convent. Masing2  tampil dengan kraftangan yang sangat menarik. Sekolah kami menunjukkan demo kraftangan seperti yang cheq sue tampilkan dalam n3 ini. Meh kita tengok gambar2 lagi.......... Tapi sebenarnya tak sempat nak ambil gambar banyak pun sebab kelam kabut..
 



 Baru je sampai ke MARDI. Isi perut dulu dengan nasi ayam tanpa kuah sup. Cikgu dah tak lalu makan dok pikir nak demo lepas tu..
 






 Diorang ni eksaited sungguh nak belajar buat. Memang kelakar sungguh time ni. Dalam kelam kabut tu tak ingat nak cakap dalam BI main hantam aje. Siap guna bahasa isyarat lagi...




 Yang ni peserta ddari Taiwan. Masa ni dah habis bahan untuk demo sebab tinggal sikit untuk bahagian 2. Kami tunjuk je apa yang ada, lipat origami burung. Yang kat hujung tu origami buat bunga ros




 Yang ni pulak peserta dari Jepun dok ajar kitaorang buat kimono. Kita demo kat dia dia demo kat kita. Semua bahan dia sediakan termasuklah gam yang dibawa dari sana. Phewwww memang seronok buat ni tau. Nanti nak cuba buat semula, boleh cheq sue kongsikan step by step ngan korang...




 Ni tengah sedia untuk pusingan kedua. Yang ni tinggal peserta yang baru siap mesyuarat. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma agak ralat sebab Tengku Puan Pahang tak berkesempatan melihatnya.

Apapun, tahniah dan terima kasih pada semua yang menjayakan aktiviti ni. Wassalam

Note : Lega. Prepare untuk 2 camping lak. * x *


Stylish Thankyou

Senin, 18 Juni 2012

Sekitar Sambutan Keberangkatan Tengku Puan Pahang & Deligasi Ke Avant Chocolate ~ 16 Jun 2012


 
 
 Alhamdulillah... Syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya segala yang dirancang telah dapat dilaksana seadanya. Di sini ingin cheq sue kongsikan sedikit bingkisan tentang apa yang berlaku pada majlis sambutan keberangkatan Tengku Puan Pahang dan deligasi ke AVANT Chocolate di CH pada 16 Jun 2012. 
 
Sebelum tu maaf sekiranya bingkisan ini melangkaui isi blog masak-masak cheq sue ni. Oleh sebab cheq sue tak ada FB, maka cheq sue kongsikan sedikit untuk tatapan kawan2 dan pelajar2 cheq sue yang terlibat seramai 5 orang tu. Kesemua pelajar yang terlibat ni akan menerima sijil peringkat antarabangsa selain pengalaman berharga yang tak mudah diperoleh di mana-mana. Suka dinyatakan di sini antara negara yang terlibat adalah Malaysia, Thailand,  Hong Kong, Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Filipina, Australia, Pakistan dan Maldives

Jom sama2 tengok bingkisannya. Maaf gambar tak menawan.





 Pelajar bersama pesuruhjaya daerah CH Puan Suria. Masa ni tengah standby sebab diorang dah on the way. Kat tangan budak2 tu adalah kalung bunga yang akan dipakaikan sebagai welcoming kepada mereka.
 




 Budak berdua ni dikehendaki memakaikan kalung kepada Tengku Puan Pahang dan 2 puteri baginda. Masa ni diorang cakaplah TPP tu cantik dan tinggi. Yang tak tahannya dok dup dap dup dap...siap nak luruh jantungnya. He he he... bukan senang nak dapat peluang camni tau..





 Ketibaan TPP. Baginda menaiki kereta manakala yang lainnya menaiki bas. Yang dua dibelakang berambut panjang tu adalah puteri baginda. Masa ni tak sempat nak ke mana-mana sebab kena standby.





 Yang ni pulak standby untuk kalungkan pada peserta. Sebab bilangan pemimpinnya tak cukup, semua kena kalungkan. Pastu peserta pulak semua semangat nak turun bas, jadi memang tak menang tangan.





 Antara yang sempat dirakam. Yang ni tak tahu deligasi dari mana, mungkin Jepun @ Korea Selatan. Seronok jugak sesekali dapat pengalaman macam ni. Sempat bergelak ketawa gitu. Depa ni pun eksaited sebab tak sangka dapat kalungan yang cantik tu...





Yang ni peserta dari Australia...tengah pilih barang kat dalam kedai. Kemain sungguh depa ni bershopping..




 




 Selesai acara melawat2 tu, peserta diberi pulak dengan cupcake, coklat, popia dan puff oleh pihak AVANT.  Kita mampu nengok aje, teringin gak nak rasa tapi ada keje buat pulak. Haishhh... Yang ni peserta dari Korea Selatan





 Tea girl. Segan sungguh la time ni. Pegang dulang teh strawberry. Macam ramai je mata memandang. Dengan peserta dari Malaysia.





 Masa ni TPP dah siap melawat dan minum, baginda sempat juga menyinggah di gerai untuk membeli sayur-sayuran. Tak sempat nak mencelah untuk snap gambar sebab kena standy untuk babai pulak... **
 
 
 To all my girl scouts yang terlibat, tq very much darlings.... Wassalam...
 
 
Stylish Thankyou