Tampilkan postingan dengan label Kitchen ToolS. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kitchen ToolS. Tampilkan semua postingan

Selasa, 30 Oktober 2012

Tefal 5 Beradik

 
 
N3 selapas raya. Lama sungguh bercuti, sampai kekok jugak nak bercerita. Hujung2 tahun ni memang ke laut gitulah, nak buat apa-apa pun malas, tambah2 pulak dengan broadband yang semakin menyakitkan hati.  Tapi takpelah make it slowly.  
 
Cane, cantik tak tools baru cheq sue ni? Menambahkan koleksi TEFAL, kali ni pun sama, beli dari UK, kalau ada yang nak lihat bolehla tengok di link ni.
 

 
Dalam set 5 beradik yang cheq sue beli ni ada 1x24 cm Frying pan, 1x20 cm Frying pan, 1x20 cm Sauce pan with Lid - Capacity 2.7 Litre, 1x18 cm Sauce pan with Lid - Capacity 2.0 Litre dan
1x16 cm Sauce pan with Lid - Capacity 1.4 litre
 
Sekali fikir memang agak ralat nak keluarkan duit 3 angka untuk beli set ni tapi bila dah beli, tengok memang puas hati. Takpelah spend duit sikit, daripada duit hilang tapi tak ada apa....
 

 
Oklah, sampai jumpa lagi. Wassalam...

Stylish Thankyou

Jumat, 06 Juli 2012

Testing Acuan Checkered Cake



 
 
 Dok asyik tengok aje kawan2 cuba checkered cake, akhirnya berjaya juga cheq sue buat. Dah lama jugak beli acuan tu, yang bulat dan yang 4 segi tapi baru hari Khamis lepas (5 Julai 2012) dapat cuba. Untuk pengetahuan semua, cheq sue beli acuan tu secara online di FB. 
 
 Mula2 tengok kek dam ni di blog Kak Ita, memang terfikir2 caman Kak Ita buat. Bila dah faham sesikit memang mencari-cari di kedai baking tapi al payah sungguh nak mendapatkannya. Hinggalah pada satu masa cheq sue terbaca n3 di Juicy Cafe. Shuhairi ada menyatakan di mana beliau mendapatkan acuan ni. So cheq sue pun selongkar dan akhirnya berjaya memilikinya.




 Beginilah cara susunannya. Cheq sue kahwinkan plain sponge dengan s'berry sponge. Tak sempat nak ambil kek penuh dan kek yang dah dipotong sebab di bawa ke sekolah untuk sambutan harijadi guru pada bulan Julai. Tapi overall memang cantik kek dam tu, nak buat pun tak la susah.




Antara potongan yang menanti di susun. Kena berhati-hati sebab mudah sangat patah potongannya tu. Yang cheq sue buat walaupun dah beringat tapi masih jugak patah 2. Lepas ni nak cuba acuan dam bulat pulak. Kalau jadi nanti cheq sue tunjuk kemudian eh. Wassalam...

Stylish Thankyou

Rabu, 04 Juli 2012

Idaman Sejak Dulu...



 
 
Hari semalam tersangatlah menyedihkan. Sebelum cerita tentang n3 hari ni cheq sue nak lepaskan perasaan sikit. Ehhhhh bukan hape pon, semalam alhamdulillah dapat puasa. Balik sekolah petang tu terasa penat sikit + mengantuk. Tak mau layan perasaan tu, cheq sue preparekan kek untuk hari Jumaat ni. Memula plan nak buat kek sifon, tengah asingkan telur putih dan kuning, sampai telur ke 5 dah termasuk pulak kuning telur ke dalam putih telur. Adehhhhh.... padahal nak guna telur 6 biji je. Tension sungguh cheq sue masa tu. Nak tak nak, kena ejas buat kek span 1 1/2 adunan. Tu satu hal... bila dah setel bab kek tu, sedia pulak satu kek lagi, sebab teringat permintaan ibu mengandung nak makan kek yang ada tapak.... he he he, cheesecake dengan base rupanya. Buat punya buat, base dah ok. Bila sampai adunan cheesenya tu, terlebih cecair pulak, pastu cheesenya tu taknak hancur. Salah cheq sue jugak sebab careless sangat, patut kena blend atau guna FP, tapi cheq sue whisk. Bila dah masak, kek tu jadi cair sikit dan lembik hingga ke basenya. Memang boleh makan pun tapi kena guna sudu, pastu rupa pun tarak. Tengok la camana nanti, kalau ada mood cheq sue uploadkan camana ghupenye. Tapi sebelum tu jangan lupa lak klik sini. atau sini.. tolong tau! ^_^
 
 Berbalik pada n3 kali ni setelah selesai membebel. Hi hi hi... Nah, tengok gambar bawah tu. Nak menunjuk siket aihhh. Ini merupakan benda yang memang dah lama cheq sue inginkan (semuanya cheq sue nak kalau boleh). Set kaserol 3 beradik ni memang dah lama cheq sue ushar, kumpul duit sesikit sehingga sampai ke jumlahnya. Sejak berkecimpung dalam dunia masak memasak ni memang ada banyak sungguh benda di dalam wishlist. Dengan terbelinya benda ni (dan benda-benda itu.....), kurang-kurang nampak jugak harta yang ada sepanjang 9 tahun bekerja, janganlah duit habis tapi habuk pun takde. Memang kalau difikirkan benda2 camni sesuai untuk golongan yang dah berkeluarga. Tapi xpelah, dah ada rezeki lebih cheq sue nak dapatkan Alhamdulillah....
 




Set LUMINARC ni ada 3 dalam ukuran 1L, 2L dan 3L serta penutup plastik. Pastu ada pulak disertakan jag sebagai hadiah. Bunga sekuntum tu tak termasuk senarai ye...disediakan khas oleh tuan punyanya. Cumanya kan, cheq sue dok pikir semenjak dua menjak ni, banyak suruh barang2 kat rumah. Kalau la my mom nengok, kompom sehari dia membebel. Nanti dia kata 'beli barang banyak-banyak tak guna nanti kena dakwa dek barang tu'. Setakat nak masak nasi 1/3 pot, ikan seekor + ayam sekeping, kena pikir dulu mak nak guna ni. He he he...

Itulah sekadar bingkisan untuk hari ini. Sampai jumpa lagi.... ^_^ Wassalam...
 
Stylish Thankyou

Sabtu, 23 Juni 2012

Berpeluh Jugak Nak Dapatkan Ni....



 
 
Perghhh... lama sungguh dok pk sebelum decide nak beli benda alah ni. Jangan main-main, beli dari UK, agak murah sedikit berbanding harga di Malaysia. Ceritanya begini... ada seorang kawan mengoder pan TEFAL, jadi terberkenan pulak dengan benda ni so cheq sue oder la bersama member sebaking di sekolah tu CHEQ DA. Sebagai seorang yang sangat addict dengan kek dan baking, ini adalah satu gajet yang harus dimiliki. Walaupun tidak menerima tempahan beriya-iya tapi ini adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan.
 




 
Sebelum ni pun memang guna hand whisker biasa tu aje nak buat kek. Dah lama jugak ianya berjasa. Dah lupa tahun bila beli tapi sampai sekarang alhamdulillah tak pernah bagi masalah. Cuma kadang2 tengah guna tu ada rasa renjatan elektrik jugak. Kalau dah lama2 sangat ada bau-bau hangit gitu. Kadang2 ada jugak bunyi2 asing macam gaya nak tercabut pemukulnya. Jadi dek kerana itulah cheq sue pejam dua belah mata untuk membeli KENWOOD Kitchen Machine Prospero Compact 4.3L ni. Barang empat angka beb, berpeluh jugak tau. Takpelah walaupun ada orang kata... "MAKAN JELAH MESIN TU" bila cheq sue nak pi korek duit di Tabung Haji sebab gaji dah abes... Huh...





 
Rupa-rupanya mixer ni didatangkan sekali dengan food processor dan blender, di samping pemerah jus dan 3 disc FP. Wahhhh...ini dah bagus, sebab food processor tu dok dalam wish list cheq sue. Jadi dah tak payah beli dah. Tu yang untung. Hi hi hi... Cumanya oleh sebab semua dalam bahasa omputeh, kena la cheq sue study dulu cara-cara pengoperasiannya. Entah tempahan siapa yang akan merasmikan mixer ni. Tambah2 pulak sekarang sibuk sikit, mampu jeling2 ajelah dulu.
 




 
Selain daripada tu jugak, diberinya sekali buku resepi step by step buat kek. Sempat jugak dibelek-belek. Memang bagus jugak bukunya walaupun kebanyakan kek menggunakan brandy @ wine. Takpe, nanti bila ada masa boleh dicuba dan dikongsi bersama. Jangan risau, pasti hasil yang dibuat tu nanti adalah HALAL.... ^_^

Oklah, selamat berhujung minggu... Wassalam


Stylish Thankyou

Rabu, 30 Mei 2012

Yang Lama Ku Inginkan & Cerita Ceriti ^_^

 
 
Wah...lama jugak xde cerita dari cheq sue ya... blog tak berupdate, BW pun x, reply komen pun tak...hish hish hish.. tu la sebenarnya rasa nak bercuti berblog kejap tapi dah hampir 6 hari x menjenguk ke sini, rindu siotttt... Mesti banyak story mory yang cheq sue tertinggal mahupun resepi malatops kengkawan yang tak sempat nak tengok. Takpelah, bersempena dengan cuti ni kalau ada kelapangan cheq sue akan skodeng satu2 dan buat mana yang sempat.
 
 
Berbalik pada tajuk kat atas tu, semalam cheq sue ke kedai baking di KB dan akhirnya telah dapat shortbread cutter yang memang dah lama cheq sue listkan. Bukan tak pernah jumpa sebelum ni tapi tak padan dengan saiz oven kecik cheq sue tu. Yang ni sama saiz dengan loyang oven tu. Apa lagi, rembat la satu. Harganya dalam RM38. Yang pastinya lepas ni nak buat frambrozen kenari ataupun boleh cuba buat shortbread pulak ^^


 
Bermula aje cuti sekolah baru ni, cheq sue bercuti-cuti Malaysia ke Bera bersama Cik Norliza a.k.a Mok Ja. Ke rumah emak saudara sebenarnya. Sebelum ni memang tak pernah ke sana. Kalau belah2 Kuantan tu pernah sampai ke Maran, Jerantut, Temerloh aje. Itupun ikut member atau naik bas. Jadi bila drive sendiri ni dapat la kenal2 jalan dan tengok tempat2 orang. Perjalanan dari CH ke sana mengambil masa 6 jam ikut jalan CH-Sungai Koyan - Raub - Mempaga - Karak (Highway) - Temerloh - Bera (Triang). Baliknya pula menempuh jalan berliku di laluan Jerantut - Kuala Lipis. Memang beri pengalaman sungguh.
Ok...dikesempatan ini juga cheq sue ingin nak ucap tahniah pada Mas dan Mrs Aidi atas kelahiran cahaya mata meraka. Mas dapat baby boy (anak ke 3) ~ Muhammad Adam~ manakala Luna dapat baby boy juga untuk anak sulungnya ~ Diniyzahin Dzulqarnain ~. Peluk cium dari Makcik Sue ya... untuk kedua mummy tu selamat berpantang okeh... Semoga sihat dan selamat semuanya.

Satu lagi untuk sahabat di Tawau, 'adik' Zack a.k.a Zachoes, selamat hari ulangtahun ke 30. Welcome to 3 series.... Semoga berbahagia selamanya... 
 
Ok lah...itu aje nak membebel pagi ni. InsyaAllah ada kelapangan kita jumpa lagi. Selamat bercuti!!!

Wassalam...
Stylish Thankyou

Minggu, 12 Februari 2012

Dah Lama Intai, Baru Dapat

 
 


 
Dua bende ni dah lama dok dalam waiting list cheq sue
Sebenarnya jarang sangat beli barang secara online
 Sebab macam takut2 aje
Bila dah ada antara blogger yang jual bende ni, cheq sue cuba la beli
Jalapeno cheese powder dan acuan roti jala muncung 3 ni akhirnya dah ada di genggaman
 
Cuma tak tahu la bila pulak nak mengetes acuannya tu
Jalapeno cheese powder tu dah cheq sue cuba, sebijik cam yang KFC tu
Dah ada member yang tunggu nak oder, nak cukupkan orang aje
 
Memang berbaloi sangat bila beli, tak sanggup dah nak pi menabung kat KFC yang dah kaya raya tu
Korang kalau teringin nak beli ni boleh rujuk link kat bawah... :)
 
Jalapeno cheese powder
Acuan roti jala

TQ pada keduanya
Wassalam...

Errr... korang pernah beli barang baking ke masak2 ke kat online? Cer share sikit..

Minggu, 30 Oktober 2011

Tools : SSF Home Deco & Kedai Bundle

Assalamualaikum & salam sejahtera

Alhamdulillah dapat kembali bersiaran dari CH... Perjalanan balik tadi diiringi hujan sehingga Gua Musang, selepas itu cuaca cerah ceria. Syukur pada Allah x ada apa-apa yang berlaku.

Malam ni nak share sikit tentang 3 bende yang cheq sue beli di 2 tempat berbeza. Memang seronok la dengan cerita yang bakal dinyatakan ni. Rasanya ada segelintir blogger masakan ni yang berperasaan sama macam cheq sue.. Apa? Ye la...daripada xde apa2, dah ada apa-apa...maksud cheq sue dari segi penggunaan peralatan masak dan menghidang tu... Macam cheq sue ni sikit2 kumpul dan beli peralatan untuk menghidang. Konon la nak ambik gambar tahap diva kan... he he he...tapi xpelah untuk kepuasan sendiri.


Bende yang pertama ni adalah pot yang ada tutup ni. Apa ke namanya ya? Yang ni cheq sue beli di KB, semasa dalam perjalanan balik dari KB. Selalu tengok aje SSF Deco Home, aritu terniat pulak di hati nak singgah. Memula ingatkan barangan rumah aje...rupanya bermacam2 ada dalam tu... Opssstttt jakunz! Skodeng sana sini, terberkenan dengan bende pot ni, yang lain tu bukan tak berkenan tetapi bila melihat tang harganya dok menelan ayaq liur aje la.. Yang ni pun regenye 10 hengget (macam mahal aje) saiznya lebih kot dalam 10 cm diameter.  Cumanya bila nak bayar tu, bila tgk cashier bungkus pot tu menggunakan kertas pembalut yang cantik, berpandangan jugak cheq sue dan member... Amboi, patot le boleh up harga! Cheq sue tengok pon, yang masuk kat situ semua curlast-curlast you...


Bende yang kedua ni pulak cheq sue beli di kedai bundle di Selising, memang glemer. Cheq sue tak pernah singgah, tapi memang selalu ramai orang kat situ. Bila dah masuk...terus teringat pada Che Mat DTS. Eh eh eh...bukan nak propa okeh...tapi kat dalam tu banyak sangat pingggan mangkuk antik, yang dah lama-lama tu, macam2 pesen tau. Che Mat kan banyak koleksi pinggan2 camtu...agak2 kalau Che Mat pi kan mesti diborongnya semua. Cheq sue ni memang la rabun jadinya bila masuk ke sana. Kalau boleh itu hendak ini pun hendak. Tapi cheq sue cuma beli claypot dan caserol seramik 3 beradik ni aje. Boleh la nanti buat bakar makaroni. Harga? Claypot tu 10 hengget manakala caserol tu 18 hengget. Mmmmmm kalau nengok ke bungkusnya tu memang la guna 5 6 keping surat khabar. He he he... Janji dapat guna...

Dah ada 3 bende ni, boleh la mula skodeng resepi. Ramekin pun x test lagi...dah masuk yang ni. Haishhhhh...
Sekian alkisahnya... Wassalam...

Jumat, 28 Oktober 2011

New Tools ~ RAMEKIN

Assalamualaikum & salam sejahtera

Wahhhh...harini xde n3 masak2 ye... Bukan tak masak, tapi masak yang biasa2 aje. Lagipun arini agak sibuk ckit. Pagi tadi ke KB, baliknya pulak kena siapkan nasi untuk dibawa ke masjid. Sambil2 tu ada jugak bua apam nasi. Tapi dek kekangan waktu, x nyempat nak bergambar. So malam ni kita layan pulak story ramekin yang cheq sue dah draf bulan lepas. Aikkkkk............


*RAMEKIN? Alah...orang lain dah lama ada bende ni, cheq sue baru nak bising-bising. Kampung mana datang ni?

Agaknya itulah yang difikirkan sesetengah orang. Ye ye...cheq sue ngaku memang jakun pasal bab2 ni. Bila mula menskodeng myResepi barulah cheq sue kenal dan amik kisah tang bende2 ni. Bila tengok kawan2 guna, search dalam glossary dan di google, barulah tahu namanya ramekin. Ohhhhh....

Bila tgk kawan2 guna ramekin ni untuk buat souffle, puding atau  yang sewaktu dengannya, memang cun tahap Maya Karin lah... Kadang2 bila ke kedai ke mana2 ke skodeng jugak kot ada jual bende ramekin ni. Memang nak sangat tambah barang dalam koleksi.

So cheq sue try ushar satu kedai barang2 dapur ni yang letaknya berdepan dengan TESCO 18, Ipoh. Selalu tengok je kedai tu bila kuar TESCO, terdetik hati tu nak masuk ke sana. Bila dah masuk.........mak aiiiiiiiiiiiiiiiiii banyaknya barang yang boleh dibeli. Rasa nak borong semuanya. Tapi lupa nak tgk ape ke nama kedai tu tapi letaknya betul2 di jalan keluar TESCO. Kalau sape yang ada lalu kat sana tu bolehla singgah. Yang cheq sue beli ni saiz ape tah...harganya RM2.30 seunit.  Untuk permulaan ni cheq sue tangkap dulu setengah dozen, tengok la kalau rasa nak tambah boleh pi lagi ye dak... Jom guna ramekin pulak pasni...  Wassalam!