Assalamualaikum & salam sejahtera
Alhamdulillah dapat kembali bersiaran dari CH... Perjalanan balik tadi diiringi hujan sehingga Gua Musang, selepas itu cuaca cerah ceria. Syukur pada Allah x ada apa-apa yang berlaku.
Malam ni nak share sikit tentang 3 bende yang cheq sue beli di 2 tempat berbeza. Memang seronok la dengan cerita yang bakal dinyatakan ni. Rasanya ada segelintir blogger masakan ni yang berperasaan sama macam cheq sue.. Apa? Ye la...daripada xde apa2, dah ada apa-apa...maksud cheq sue dari segi penggunaan peralatan masak dan menghidang tu... Macam cheq sue ni sikit2 kumpul dan beli peralatan untuk menghidang. Konon la nak ambik gambar tahap diva kan... he he he...tapi xpelah untuk kepuasan sendiri.
Bende yang pertama ni adalah pot yang ada tutup ni. Apa ke namanya ya? Yang ni cheq sue beli di KB, semasa dalam perjalanan balik dari KB. Selalu tengok aje SSF Deco Home, aritu terniat pulak di hati nak singgah. Memula ingatkan barangan rumah aje...rupanya bermacam2 ada dalam tu... Opssstttt jakunz! Skodeng sana sini, terberkenan dengan bende pot ni, yang lain tu bukan tak berkenan tetapi bila melihat tang harganya dok menelan ayaq liur aje la.. Yang ni pun regenye 10 hengget (macam mahal aje) saiznya lebih kot dalam 10 cm diameter. Cumanya bila nak bayar tu, bila tgk cashier bungkus pot tu menggunakan kertas pembalut yang cantik, berpandangan jugak cheq sue dan member... Amboi, patot le boleh up harga! Cheq sue tengok pon, yang masuk kat situ semua curlast-curlast you...
Bende yang kedua ni pulak cheq sue beli di kedai bundle di Selising, memang glemer. Cheq sue tak pernah singgah, tapi memang selalu ramai orang kat situ. Bila dah masuk...terus teringat pada Che Mat DTS. Eh eh eh...bukan nak propa okeh...tapi kat dalam tu banyak sangat pingggan mangkuk antik, yang dah lama-lama tu, macam2 pesen tau. Che Mat kan banyak koleksi pinggan2 camtu...agak2 kalau Che Mat pi kan mesti diborongnya semua. Cheq sue ni memang la rabun jadinya bila masuk ke sana. Kalau boleh itu hendak ini pun hendak. Tapi cheq sue cuma beli claypot dan caserol seramik 3 beradik ni aje. Boleh la nanti buat bakar makaroni. Harga? Claypot tu 10 hengget manakala caserol tu 18 hengget. Mmmmmm kalau nengok ke bungkusnya tu memang la guna 5 6 keping surat khabar. He he he... Janji dapat guna...
Dah ada 3 bende ni, boleh la mula skodeng resepi. Ramekin pun x test lagi...dah masuk yang ni. Haishhhhh...
Sekian alkisahnya... Wassalam...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar