Asalamualaikum & salam sejahtera...
Okeylah...kita tinggalkan seketika episod duka apam polkadot. Terima kasih pada kawan2 yang memberi semangat. Tapi rasanya cukup la setakat itu dulu, kumpul kekuatan semula untuk mencuba.
Cerita tentang kek pisang ni, cheq sue buat petang semalam, sebab ada 2 biji lagi pisang tanduk yang belum habis. Goreng sudah, apam sudah....giliran kek pulak. Banyak jugak resepi kek pisang yang ada dalam koleksi tapi cheq sue sesaje google dan akhirnya berkenan dengan resepi dari rumah Kak CT Delima yang awet muda tu... Bahan2nya simple dan caranya pun senang. Hasil kejadiannya pula sangat memuaskan.

Cheq sue buat kek ni sebanyak dua adunan, iaitu 3 cawan pisang (dalam 1 1/2 biji). Memang dapat banyak jugak, satu loyang 10' dan loaf ni. Memang sengaja guna dua acuan, satu tu potong2 bawa ke sekolah, manakala yang di dalam loaf ni dibahagi dua untuk kawan2 spesel cheq sue. Dalam adunan tu pulak, cheq sue masukkan kismis hitam, kebetulan ada stok. Oleh sebab tu gula dikurangkan, kot2 la manis rupa2nya sedang2 aje. Sedang-sedang yang sedap gitu! Mmmm...ni la kali pertama cheq sue guna kismis dalam kek, dan taburannya sekata, xde yang terkumpul di bawah. Seronok!
Tekstur kek ni memang lembut tetapi agak berderai dan kering sedikit. Tetapi tidak sedikit pun mencacatkan rasanya. Rupa2nya bila menggunakan pisang tanduk, aroma pisangnya tu hampir2 tiada. Kalau tidak kerana esen pisang, memang x kata kek pisang tau. Ada kawan2 yang tanya kek apa...bila cheq sue kata kek pisang, ada yang tak percaya! Wahhhh...gini ghupenye penangan pisang tanduk ye! Ada jugak beberapa orang kawan meminta resepi, tapi cheq sue tertinggal di rumah, esok baru nak bawak ke sekolah. Cheq sue mintak izin dengan Yatie dan Kak CT untuk dipanjang2kan ye...bila resepi mudah ni memang seronok nak share dengan kawan2.
Oklah....jemputla tengok. Kalau nak kena la buat sendiri ya...dah habis ni! Wassalam...
KEK PISANG
Resepi : Yatie'cooking
Sumber : Kak CT Delima
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 3/4 cawan gula castor
- 2 biji telur
- 1 1/2 cawan pisang emas dilenyek (cheq sue guna pisang tanduk, diblend dengan 1/2 cawan susu cair)
- 1/2 cawan minyak masak (minyak jagung Daisy)
- sedikit esen pisang
- 50 gm coklat urai (cheq sue tambah 1/2 cawan kismis hitam)
Cara-cara:
1. Pukul telur & gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan pisang yang dilecek halus & esen perasa pisang.
3. Masukkan minyak masak / butter cair.
4. Akhir sekali masukkan tepung & soda bikarbonat.
5. Bakar / kukus (cheq sue bakar 150'C selama 1 jam atau hingga masak).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar