Assalamualaikum & salam sejahtera
BLENDED ORANGE CAKE
Kalau saja disebut ‘blended orange cake ~ BOC’ cheq sue percaya rata2 daripada para bloggers @ non bloggers dah pernah cuba membuatnya. Bukan saja dengan oren, malah ada yang mencubanya dengan strawberry, pisang, epal, carrot dan juga nenas. Kalau tengok di laporan MyR, dah 132 orang yang menunjukkan hasil masing-masing. Yang belum tu jangan kira lah…Begitulah penangan BOC ni. Cheq sue sendiri pernah membuatnya beberapa kali, dalam bentuk kek atau cupcake. Satu resepi yang mudah dan InsyaAllah x menghampakan. Rasanya pun sedap dan mewah dengan aroma oren. Terima kasih kepada Kak Fida yang memperkenalkan resepi ni. Selalunya resepi2 yang dimasukkan di MyR memang tidak mengecewakan.
1st time buat kek ni dulu memang agak manis pada tekak cheq sue. Bila dah 2 3 kali buat ni memang akan kurangkan gulanya. Ye lah, tahap kemanisan seseorang tu tak sama. Tambah2 kalau buat guna lima yang agak masam, tentu nak lebih manis sedikit supaya lebih seimbang rasanya.
Untuk adunan kali ni cheq sue lebihkan sedikit limau kerana saiznya yang agak kecil. Time nak blend tu memang kena amik masa agak lama sebab x dapat adunan yang halus…maklumlah blender pun dah agak using usianya… Tu kot agaknya penyebab kek ni cedera sikit kat bahagian atasnya. Tapi xpelah…takat nak makan2 sendirik no hal punye… (ayat cover!)
Mmmmmm okeylah…Korang jemput2 lah tengok… Kalau rasa2 dah lama tak buat kek boleh buat sekali lagi BOC ni. Cheq sue tengah OTW balik ke CH…ni pun autopublish. Jumpa malam nanti ya… Wassalam…
BLENDED ORANGE CAKE
Resepi : Kak Fida @ MyR
Bahan-bahan :
- 1 bji buah limau cheq sue guna 2 biji, 1 sekali dengan kulit dan 1 lagi isinya shj
- 1 cawan minyak
- 2 cawan gula halus cheq sue guna 3/4 cawan aje
- 3 biji telur
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
- Biji bunga matahari untuk tabur di atasnya
Cara-cara
- Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar