Minggu, 16 Oktober 2011

My 2nd Macarons ~ Better!

Assalamualaikum & salam sejahtera


Alhamdulillah...Itu aje perkataan yang paling sesuai dilafazkan untuk hasil kedua macaron ni. Syukur sgt2 sebab kali ni boleh makan, x manjadi rezeki cik tong dah. Kalau yang pertama dulu (lihat di sini), dengan linangan air mata tau buang macs ni. Huuuuuuuu memang seriau dah nak cuba lagi tapi ada lebihan telur putih selepas membuat biskut dahlia jadi cheq sue cuba sekali lagi. Kali ni xde dup dap dup dap dah... Tawakkal aje kalau jadi ada rezeki boleh makan, kalau x jadi nak buat camana ye dak?

Cheq sue masih lagi menggunakan resepi yang sama, dan C&P jugak link yang sama dan penghargaan jugak pada 2 insan yang sama iaitu Kak Ita dan Kak Rima yang sudi mengenengahkan resepi ni serta langkah step by stepnya yang tersangat banyak membantu.



Kali ni hasil macs ni masih kurang memuaskan tapi x la pecah2 macam yang dulu.  retak2 sikit tu ada lah tapi masih 'berupa' la kata orang. Pun begitu, macs cheq sue ni ada dua pesen. Yang pertamanya, bahagian bawah tu flat, rata aje dan yang kedua ni berlubang terus. Masa nak angkat tu tapaknya tertanggal, bila ditelangkupkan jadi macam mangkuk pulak. Haishhhh macam2 aje si macs ni. 


Apapun memang sedap di makan bila letak filling nutella. Member cheq sue iaitu cheq da, dah pernah buat macs ni, walaupun kitorang ni seangkatan dalam membuat macs (x jadi2 lagi...) tapi yang dia buat 1st time pun dah boleh makan. Bila dia letak nutella aduhhhh memang masyuk la gigit. Tu yang menguatkan azam cheq sue nak buat lagi macs ni. Walaupun masih dalam kategori termanis, memang SEDAP yang sukar digambarkan dengan kata-kata.



Yang cheq sue ni x manis macam dulu. Serbuk badam pun tak terasa sangat sebab serbuk badam cheq sue tu macam kasar2 sikit. Kalau di blend dulu mesti lagi terasa. Gula aising tu pulak banyak yang berketul-ketul jadi x lepas bila tapis tu. Takpe, takpe, ni pelajaran lagi. Baru dua kali kan nak jadi terus ye dak? The next time will be better and better... InsyaAllah...

Kalau korang ada belen2 telur putih tu, cuba la buat ni, seronok tau dapat belajar. Satu ke satu bende kita tahu. So jangan takut2... jadi tak jadi tu letak no dua.... Jangan degil ye, ni ayat cikgu, silakan percaya... Wassalam...

MACARONS WITH NUTELLA FILLING
Resepi : Sis Rima
Sumber : Kak Ita (I) & (II)

  • 80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
  • 65g gula castor
  • 80g serbuk almond
  • 140g gula icing
  • pewarna (cheq sue guna red cristmas - liquid dan kuning - powder)
Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yg serbuk lebih mudah! kang takut klu guna yg jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk.


Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.  Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu..


Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan


Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!
Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.


Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.


Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.


Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.


Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar


Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak. cheq sue guna 130'C selama 15 minit

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!

Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Ita suka letak Nutella sedap!

** utk rujukkan sendiri lain kali:
  • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
  • kurangkan suhu atau masa bakar..
  • hentak dengan lembut dulu loyang selepas siap diletakkan adunan supaya x ada udara di dalamnya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar