Tampilkan postingan dengan label Macaroon. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Macaroon. Tampilkan semua postingan

Rabu, 31 Oktober 2012

Macaroon Kali Ke 7 & 8

 
 
  Betapa gigihnya lah cheq mek sue ni... kalau kata apam polkadot tu memang dah berputus harap, tapi dengan macaroon ni memang sentiasa nak cuba buat walaupun tidak berjaya. Bayangkan saja, ini sudah kali ke 7 dan ke 8 cheq sue membuatnya. Satu yang suka bila buat macaroon ni walaupun tidak menjadi tetapi masih boleh dimakan.

Ingatkan bila guna KENWOOD dah menjadi la macs nya tapi belum lagi, hampir-hampir menjadi aje. Agak puas hati jugak dengan kemenjadian hasil ke 7 ni walaupun kakinya masih tak mahu keluar.

 
Satu sebab yang cheq sue perasan adalah kandungan telur putih yang tak mencukupi. Untuk dua biji telur beratnya tidak mencapai apa yang dikehendaki. Lepas ni kena timbang la ikut betul2 sukatannya.
 
 
Untuk fillingnya cheq sue cuma letak nutella. Memang sedap sangat.
 
 
1st time guna macaron sheet map yang dibeli dari kedai online Kak Ida 1001resepi. Memang mudah sangat guna sheet tu, mudah je nak keluarkan cuma agaknya sebab cheq sue letak penuh2 sangat, bila masak tu dia kembang semangkuk. *-*
 

Ini pulak cerita macas yang ke 8..dibuat pada hari yang sama sebab nak menghabiskan serbuk badam. Yang ni cheq sue memang timbang telur putihnya. Untuk mencapai berat yang dimahukan perlu dalam 2 biji lebih tapi yang ni serbuk badam pula yang tak cukup. Tu yang kalau lihat shellnya agak nipis dan rapuh.

Yang ni memang dah target pun tak akan jadi cuma buat ajelah untuk habiskan bahan. Fillingnya pula cheq sue letak cream cheese. Agak sedap jugak rasanya masam-masam manis gitu.

Resepinya masih lagi cheq sue tak mahu share takut memberi kesan pada orang lain yang nak cuba. Kalau dah jadi nanti baru cakap okeh... :)

 
Setakat ni tak putus asa lagi dengan macs. InsyaAllah lepas ni bila dah ada bahan dan kelapangan memang nak cuba semula. Doa-doakanlah agar menjadi... Wassalam..

Stylish Thankyou

Senin, 09 Juli 2012

Apa Kisah Kali Ke 6 Ni...



 
 
Macaroon, kali ke enam sudah. Fuhhhh... sampai enam kali buat tapi tak berjaya lagi? Apa hal ni cheq sue? Awatnya? Tang mana salah resepinya tu? Bukan salah resepi pun, silapnya dari pihak cheq sue sendiri. Memang semangat nak buat macaroon ni, tak pernah putus asa sedikit pun. Tak la macam putus asa nak buat apam polkadot yang asyik mengembang tu. 
 
Buat macs ni memang dah agak dah tak jadi. Sebabnya? Serbuk badam x cukup. Lantak! Gula aising tak cukup. No hal... Last2 bukan macs yang jadi, tapi meringue cookies. Hi hi hi, xpe, koman2 leh jugak makan, kan?





Kunon2 letak lap-lap kat atasnya dengan harapan macs ni jadi love macs, tapi apakan daya, memang jauh dari nyata.
 



Takpelah, nanti ada kelapangan boleh cuba semula. Belum putus asa lagi pun sebenarnya. Untuk cuci2 mata nengok macs yang tak jadi tu boleh la klik di label macaroon ni... Wassalam.


Stylish Thankyou

Selasa, 20 Maret 2012

Macaron, Kali Ke 5


 
 
Projek macs ketika di kampung
Sudah lima kali buat rupanya tapi masih belum dapat macs yang betul
That sexy one...
Cup... kenapa terus ke 5? Mana kali ke 4?
Sebenarnya dah buat kali ke 4 
* Eh, kalau xde 4, xde 5 kan!
Cumanya yang kali ke 4 tu langsung xde kejadian
Biasanya yang xde kejadian tu masih boleh dinikmati, tapi yang ke 4 tu xleh
Sebab tu la cheq sue tak masukkan



 
Masa dok kg, memang dah plan nak buat macs pun
Dok terbayang terik mentari, sebab dah niat nak jemur panas aje kasi kering
Memula memang panas baek punya, tapi di akhir2 tu agak mendung pulak
Dengan masterchef cilik yang sibuk nak menolong
Dah elok2 telur putih jadi softpeak, dah bertukar jadi hardpeak
Xpe...xpe... asal buleh makan sudah la
Kalau kena buang macam bersalah aje...
 


 
Dah begitulah kejadiannya seperti di dalam gambar dua keping itu
Kata anak sedara cheq sue dari kolumpo tuh
 
'Sedap jugak makcik tak jadi pun.'
 
Adehhh.....


 Sadis sungguh kata-katamu itew Ayuni eh
Tapi memang betul pun, yang ni walaupun xde rupa memang ada rasa
Crunchy, manis ngam-ngam
 
Apapun, insyaAllah akan dibuat lagi
Belum putus asa ni
Moga-moga berjaya
Wassalam...

Rabu, 29 Februari 2012

Macaron Kali Ke 3, Belum Putus Asa

 
 
Hey sexy...
 
Kali ke 3 try buat macaron, masih belum jadi
Rupa dah ada walau tak jelita
Kaki a.k.a skirt pun ada jugak nampak walaupun merata-rata
Sekali pandang macam macs yang cacat aje
Hurmmm....
Aceli masa buat tu dah rasa x akan jadi
Tapi tetap teruskan
Sebenarnya bila makan tu rasa sedap jugak
Dengan lemak badam dan manis2nya tu
Perghhhhh tak hengat beb
Walaupun xde filling memang layan makan gitu
Yang kat gambar ni cheq sue try letak inti jem bluberry tapi x ngam
Tak masyukkk





 
Yang penting, keinginan untuk buat macs sampai sukses tak pernah pudar pun
Tak macam apam polkadot yang tak jadi jadi tu
Asyik kembang mambang aje  
Memang berpatah arang berkerat rotan la rasanya
Xmo buat dah...
Tapi macs ni x pulak rasa gitu
Jangan risau, ada rezeki nanti jadi la tu kan Kak Cek???
Sungguhpun cheq sue jeles... semuanya ku simpan di hati...





 
Xpe..xpe...
Dah ada stok bahan2 nak buat boleh la cuba pulak nanti
Tak jadi xpe, janji leh makan
He he he
Wassalam

Note : Coretan kenangan

Minggu, 16 Oktober 2011

My 2nd Macarons ~ Better!

Assalamualaikum & salam sejahtera


Alhamdulillah...Itu aje perkataan yang paling sesuai dilafazkan untuk hasil kedua macaron ni. Syukur sgt2 sebab kali ni boleh makan, x manjadi rezeki cik tong dah. Kalau yang pertama dulu (lihat di sini), dengan linangan air mata tau buang macs ni. Huuuuuuuu memang seriau dah nak cuba lagi tapi ada lebihan telur putih selepas membuat biskut dahlia jadi cheq sue cuba sekali lagi. Kali ni xde dup dap dup dap dah... Tawakkal aje kalau jadi ada rezeki boleh makan, kalau x jadi nak buat camana ye dak?

Cheq sue masih lagi menggunakan resepi yang sama, dan C&P jugak link yang sama dan penghargaan jugak pada 2 insan yang sama iaitu Kak Ita dan Kak Rima yang sudi mengenengahkan resepi ni serta langkah step by stepnya yang tersangat banyak membantu.



Kali ni hasil macs ni masih kurang memuaskan tapi x la pecah2 macam yang dulu.  retak2 sikit tu ada lah tapi masih 'berupa' la kata orang. Pun begitu, macs cheq sue ni ada dua pesen. Yang pertamanya, bahagian bawah tu flat, rata aje dan yang kedua ni berlubang terus. Masa nak angkat tu tapaknya tertanggal, bila ditelangkupkan jadi macam mangkuk pulak. Haishhhh macam2 aje si macs ni. 


Apapun memang sedap di makan bila letak filling nutella. Member cheq sue iaitu cheq da, dah pernah buat macs ni, walaupun kitorang ni seangkatan dalam membuat macs (x jadi2 lagi...) tapi yang dia buat 1st time pun dah boleh makan. Bila dia letak nutella aduhhhh memang masyuk la gigit. Tu yang menguatkan azam cheq sue nak buat lagi macs ni. Walaupun masih dalam kategori termanis, memang SEDAP yang sukar digambarkan dengan kata-kata.



Yang cheq sue ni x manis macam dulu. Serbuk badam pun tak terasa sangat sebab serbuk badam cheq sue tu macam kasar2 sikit. Kalau di blend dulu mesti lagi terasa. Gula aising tu pulak banyak yang berketul-ketul jadi x lepas bila tapis tu. Takpe, takpe, ni pelajaran lagi. Baru dua kali kan nak jadi terus ye dak? The next time will be better and better... InsyaAllah...

Kalau korang ada belen2 telur putih tu, cuba la buat ni, seronok tau dapat belajar. Satu ke satu bende kita tahu. So jangan takut2... jadi tak jadi tu letak no dua.... Jangan degil ye, ni ayat cikgu, silakan percaya... Wassalam...

MACARONS WITH NUTELLA FILLING
Resepi : Sis Rima
Sumber : Kak Ita (I) & (II)

  • 80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
  • 65g gula castor
  • 80g serbuk almond
  • 140g gula icing
  • pewarna (cheq sue guna red cristmas - liquid dan kuning - powder)
Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yg serbuk lebih mudah! kang takut klu guna yg jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk.


Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.  Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu..


Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan


Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!
Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.


Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.


Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.


Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.


Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar


Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak. cheq sue guna 130'C selama 15 minit

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!

Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Ita suka letak Nutella sedap!

** utk rujukkan sendiri lain kali:
  • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
  • kurangkan suhu atau masa bakar..
  • hentak dengan lembut dulu loyang selepas siap diletakkan adunan supaya x ada udara di dalamnya