Rabu, 26 Oktober 2011

Mesin Membasuh Manusia ( Mesin Memandikan Manusia )



Mesin aneh ini telah dinamakan sebagai "Ultrasonic Bath". Mesin mencuci tubuh manusia ini telah diperkenalkan sebagai konsep perintis memandikan manusia menggunakan robot pada Expo Dunia 1970 di Osaka, Jepun. Mesin ini dibina dengan ketinggian 2 meter dan menggunakan sebuah tangga untuk memasuki ke dalamnya. Setelah itu, pengguna perlu menetapkan suhu air yang dikehendaki untuk mencuci tubuhnya. Selepas 15 minit maka proses permulaan pencucian tubuh badan pun akan bermula.

Proses pertama adalah selama 5 minit yang diberi nama sebagai proses pre-rinse iaitu proses penyemburan air ke tubuh badan pengguna dengan menggunakan air suam. Setelah itu mesin tersebut akan diisikan dengan air yang telah ditetapkan suhunya dan kemudian diperuntukan pula masa selama 3 minit untuk proses mandian mencuci bersih tubuh badan pengguna.

Setelah selesai, tubuh badan pengguna berkenaan akan dibilas dengan menggunakan air suam selama 2 minit. Proses terakhirnya pula adalah diperuntukkan selama 5 minit untuk proses pengeringan tubuh. Ketika proses pengeringan ini berlaku, udara hangat akan ditiupkan ke tubuh pengguna, sementara itu sinar inframerah dan ultraungu juga dipancarkan bagi membunuh bakteria yang masih berada pada tubuh pengguna.

  
Lihat jenama penciptanya-Sanyo

Syarikat Elektrik Terkemuka Sanyo turut juga mengeluarkan mesin yang seumpama ini yang telah diberi nama sebagai HIRB (Human In Roll-lo Bathing). Mesin ciptaan syarikat Sanyo ini modelnya adalah lebih kecil dan diletakkan di rumah-rumah orang tua (warga emas) untuk digunakan sebagai tujuan memudahkan proses memandikan warga emas di sana.

P/S: Namun rekaan mesin ini tidak pula dikeluarkan dan dipasarkan secara banyak di pasaran dunia. Agaknya mungkin kurang relevan untuk digunakan oleh manusia kerana nampak seperti tubuh je dicucinya. Kepala tak cuci sekali ke? 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar